Tentang Cikta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hai! Nama Cikta Masita binti Hassan. Tapi lebih mesra dengan panggilan Cikta. Seorang pengedar Shaklee yang sah (ID : 1268683). Cikta  merupakan seorang isteri dengan 3orang anak. Cikta memilih menjadi pengedar Shaklee secara fulltime daripada rumah kerana ingin menjaga sendiri anak-anak walaupun Cikta mempunyai diploma dalam bidang perakaunan daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Cikta kini menetap di Gelang Patah, Johor. Dan Cikta juga kerap berulang alik daripada Gelang Patah, Johor ke rumah ibu bapa Cikta di Ulu Tiram, Johor. Jadi jika anda dikawasan sekitar Johor Bahru dan memerlukan perkhidmatan penghantaran vitamin Shaklee Cikta sedia membantu. In shaa Allah.

Kenapa Cikta Pilih Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Mungkin ramai yang memendang serong ibu-ibu yang menjadi surirumah walaupun mempunyai sijil. Rugi katanya. Tapi tidak pada Cikta. Mari Cikta kongsikan bersama anda semua kenapa Cikta memilih untuk menjalankan perniagaan Shaklee ini.

Pada tahun 2012, selepas melahirkan anak pertama Cikta menghadapi masalah penyusuan. Anak pertama jadi mungiin ramai yang setuju jika Cikta katakan Cikta kekok untuk menyusukan bayi Cikta sendiri. Akibatnya bayi Cikta ketika itu menolak Direct Breast Feeding. Jadi Cikta berusaha untuk pam susu untuk baby menyusu melalui botol. Alhamdulillah Cikta dapat menyusukan bayi selama 4bulan dengan bantuan Alfalfa Shaklee.

Semenjak itu Cikta mula mencuba pelbagai vitamin Shaklee untuk diri sendiri. Cikta pernah juga makan set kurus Shaklee kerana selepas melahirkan anak pertama Cikta mengalami masalah berat badan yang static dan tidak mahu turun. Alhamdulillah supplement Shaklee sangat sesuai dengan Cikta dan keluarga. Jadi Cikta membuat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan pejimatan sebanyak 15% hingga 25% semasa membeli produk Shaklee.

Mula Mahu Serious Dengan Bisnes Shaklee

Niat untuk berkongsi cerita tentang Shaklee effect yang cikta rasakan tetapi mendapat sambutan yang hangat sehingga ada rakan-rakan yang rapat mula membeli dengan Cikta. Alhamdulillah. Dari situlah perjalanan bisnes Shaklee Cikta bermula sehingga kini Cikta berazam untuk membantu lebih ramai orang untuk mendapat kebaikan produk Shaklee serta dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan.

Cikta juga mula memasang azam untuk membantu lebih ramai surirumah seperti Cikta untuk mempunyai pendapatan sendiri serta boleh membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. In shaa Allah!

Seronok menjadi Shaklee Independent Distributor atau Pengedar Shaklee ni sebenarnya. Disamping mendapat diskaun yang banyak dan harga yang murah untuk makan sendiri, ramai yang sudah sedar tentang kepentingan makanan tambahan dan kebaikan menjaga kesihatan. Jadi Cikta sebagai pengedar Shaklee berpeluang membantu menyebarkan dan berkongsi tentang kebaikan vitamin dan produk Shaklee yang dijamin halal, semulajadi serta selamat untuk diamalkan dalam jangkamasa yang lama. Dan Shaklee telah wujud sejak tahun 1956 dan masih kekal menjadi supplement pilihan no 1 di Amerika Syarikat dan kini di Malaysia.

Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee?

Anda mempunyai 2 pilihan iaitu :

  • Yuran pendaftaran hanyalah serendah RM65 + RM10 (Postage) . Yuran ini adalah untuk menampung kos Starter Kits yang mengandungi pelbagai informasi yang penting tentang produk, harga, keberkesanannya, Landmark study yang dijalankan serta Business Manual bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan Shaklee.

Atau

  • Anda juga boleh memilih untuk membuat pembelian produk Shaklee sebanyak 200point UV (unit value) iaitu bersamaan dengan RM650 . Anda akan mendapat KEAHLIAN SECARA PERCUMA (bernilai RM65) dan Pulangan Cash (Cash Bonus/Rebate) sebanyak RM30++ . Anda jimat hamper RM100.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, pendaftaran ahli atau peluang perniagaan. Anda boleh terus menghubungi Cikta. Cikta akan bantu. In shaa Allah!

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan