Baru-baru ini viral tentang Hotel RM1 yang ditawarkan oleh Aplikasi OYO. Riuh-rendah di wall Facebook Cikta. Alhamdulillah Cikta pun berpeluang check in di salah satu Hotel yang tersenarai iaitu Hotel Holmes di Gelang Patah, Johor.
Dapatlah berstaycation untuk sambut anniversary Cikta dan suami pada 19.11.2018 hari tu sambil mengupdate artikel di blog kesayangan Cikta ni. Serious masa tu idea datang mencurah-curah. Memag kena berstaycation selalulah lepas ini. Lagi syok sebab dengan Aplikasi OYO ni dapatlah staycation dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi yang RM1 ni bukan berpatutan lagi, memang gempaklah!