3 Cara Untuk Mengelakkan Ibu Hamil dan Ibu Yang Menyusukan Cepat Lapar Semasa Berpuasa

Bulan puasa dah tak lama lagi. Walaupun sekarang ni terpaksa berkurung dirumah dek kerana wabak yang sedang berleluasa kat luar sana itu, tidak apa. Kita masih boleh sambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia itu dengan hati yang terbuka. So macamana dengan persediaan? Semua ok kah? Lagi-lagi untuk golongan ibu-ibu hamil dan ibu-ibu menyusu.

Seronokkan bila tengok ibu-ibu hamil atau ibu-ibu menyusu gigih untuk tunaikan kewajipan berpuasa penuh? Seriously memang salute sangat. Bukan senang tau nak tahan lapar dalam keadaan macam itu tanpa ada semangat dan kesungguhan. Ibu hamil dan Ibu menyusukan baby yang takut bila puasa cepat lapar, mungkin cara-cara elak lapar di bawah ini dapat membantu anda untuk bertahan sehingga sebulan berpuasa. In shaa Allah!

3 Cara Untuk Mengelakkan Ibu Hamil dan Ibu Yang Menyusukan Cepat Lapar Semasa Berpuasa

1) Bersahur 30 Minit Sebelum Imsak

Waktu bersahur yang disarankan untuk ibu hamil dan ibu menyusukan adalah setengah jam sebelum imsak untuk pastikan tidak terlalu lapar bila berpuasa sepanjang hari.

Hidangan untuk bersahur pula mestilah mempunyai kandungan karbohidrat, cukup dengan protein dan vitamin. Maksudnya ambillah hidangan yang lengkap dengan nasi, ayam atau telur atau ikan dan yang paling penting dan jangan dilupakan masukkan sayur juga supaya hidangan menjadi seimbang. Selepas itu jangan lupa makan makanan tambahan atau supplement perlu diambil sebaik selesai bersahur.

2. Berbuka Tepat Pada Masanya

Ini penting tau! Bila masuk waktu berbuka tu jangan dilewat-lewatkan. Boleh get ready dengan buah kurma atau kismis untuk mempercepatkan proses penambahan tenaga. Selepas itu boleh teruskan dengan makan makanan yang berat seperti nasi atau roti. Makan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan kelaparan yang melampau. Pastikan minum air sebanyak yang mungkin selepas berbuka untuk mengelakkan badan dari masalah kekurangan air.

3. Hadkan Aktiviti Di Siang Hari

Anda boleh mengelakkan buat kerja-kerja yang berat di siang hari. Apabila sudah terlebih menggunakan tenaga badan akan menjadi semakin letih.  So kalau boleh elakkan supaya tidaklah pitam pula nanti. Masa lapang tu, bolehlah diisi dengan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat seperti memperbanyakkan membaca buku, Al-Quran dan berzikir. Amalan seperti solat-solat sunat pun salah satu senaman yang paling terbaik saat kita mengandung tau.

Vitamin Yang Disarankan Untuk Ibu Mengandung Dan Ibu Menyusukan

  • Vitalea : sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu menyelesaikan masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan.
  • B Complex : mencegah penyakit deabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.
  • Sustained Release Vitamin C : membantu menguatkan sistem immune badan.Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Kalau ibu hamil jatuh sakit, susah hendak mendapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai skin yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.
  • Ostematrix :  Membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan hanya mengamalkan Ostematrix sebelum tidur setiap hari. Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.
  • ESP : Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi dengan baik. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.
  • Omegaguard  : Omega 3 dan 6 dalam Omegaguard penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omegaguard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang menaglami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee terutamanya set yang disarankan untuk ibu hamil dan menyusu ini atau peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Shaklee, boleh terus menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6011-28640846

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge