4 Cara Mengatasi Masalah Anak Memilih Makan Atau Picky Eater Dengan Mudah, Selamat Dan Berkesan.

Menjadi ibubapa bukanlah perkara yang mudah, kita perlu memantau bagi memastikan perkembangan tumbesaran anak agar sempurna. Namun, yang sering menjadi masalah utama kepada ibu bapa adalah anak yang tidak mahu makan atau sangat memilih makan (picky eater) sehingga menyebabkan pertumbuhan badannya menjadi terbantut dan kerap jatuh sakit.

Anda juga mengalami masalah yang sama? Ketahuilah cara mengatasi masalah ini agar perkembangan tumbesaran dan kesihatan mereka menjadi semakin baik. Sebelum itu, mari kita cari punca yang menyebabkan anak kita susah untuk makan.

12 Punca Anak Susah Makan

1. Fasa Pertumbuhan Lambat

Apabila menjelang umur 2 atau 3 tahun, pertumbuhan anak akan menjadi semakin perlahan, begitu juga dengan tabiat pemakanan mereka. Di sinilah bermulanya fasa anak akan menjadi “picky eater” atau makan memilih. Apabila masuk era persekolahan pula, pertumbuhan dan selera mereka mula sekata dan seimbang.

2. Memilih Makanan

Situasi ini normal anak membesar menjadi “picky eaters’ dan ketahuilah Anda bahawasanya semua kanak-kanak normal akan melalui fasa pembangunan diri sebegini. Mereka akan menjadi sangat sensitif dengan warna, bentuk dan rasa bagi sesuatu makanan. Kita sebagai ibu bapa perlu kemahiran dan kreatif untuk mengawal situasi ini.

3. Mengalami tekanan

Kanak-kanak tidak suka dipaksa untuk merasa sesuatu makanan yang mereka tidak suka. Ianya mungkin akan menyebabkan mereka malas untuk makan, makan bersendirian atau membunuh terus selera makan mereka. Sebaiknya, beri ruang dan bijak dalam komunikasi dengan kaedah rundingan yang baik mampu mengatasi masalah ini.

4. Alergik

Sesetengah kanak-kanak alergik terhadap sesuatu makanan, atau mungkin pelbagai jenis makanan. Diet harian yang terkawal atau peraturan makanan tertentu mungkin akan menyebabkan mereka menjadi bosan dan kurang minat untuk makan.

5. Pakar rasa makanan

Pada awal fasa pertumbuhan kanak-kanak, mereka sangat peka terhadap rasa. Mereka akan lebih cenderung menyukai rasa manis, lemak atau bergaram. Rasa pahit adalah musuh utama mereka. Jadi tidak hairanlah jika mereka lebih sukakan gula-gula, aiskrim & snek keropok kentang dan akan menjadi sangat anti dengan ubat dan sayur.

6. Sensitif kepada tekstur makanan

Sesetengah kanak-kanak mungkin akan memandang sinis atau berpaling terhadap makanan yang bakal diberikan kepada mereka kerana teksturnya seperti berjenis bubur, lembik, menggerutu atau licin. Ada juga yang mungkin sensitif kepada fizikal bentuk atau bau makanan itu.

7. Gemar satu jenis makanan sahaja

Perasan tak, Sosej dan nugget adalah jenis makanan yang paling digemari kanak-kanak. Kadang-kadang mereka lebih rela makan makanan ini sahaja berbanding makanan lain. Ianya juga disebut sebagai sindrom “Food Jag”. Pada mereka ianya sudah cukup, sungguh sedap dan mengenyangkan. Hakikatnya jika anak makan makanan ini mereka seperti tidak makan langsung kerana kandungan nutrien yang tidak seimbang.

8. Ketagihan kepada snek tidak sihat

Makanan ringan atau makanan segera amat mempengaruhi kanak-kanak. Apabila sudah  ketagihan snek sebegini, sukar untuk mengembalikan pola pemakanan sihat mereka. Hati-hati dengan pendedahan awal jenis makanan ini kepada anak anda.

9. Kurang bimbingan dan galakkan

Tabiat pemakanan ibu bapa dan keluarga adalah sangat mempengaruhi corak diet si anak. Sokongan, bimbingan dan pendedahan awal amat penting untuk menggalakkan mereka memperolehi makanan yang baik.

10. Gangguan atas meja makan

Kanak-kanak mudah terganggu dengan TV, gajet telefon atau mainan di atas meja makan. Ini akan menyebabkan mereka hilang fokus untuk makan. Beri mereka ruang untuk fokus dan mengenal makanan sementara sedang makan bersama keluarga.

11. Terlalu Letih

Aktiviti harian seperti bersekolah, tuisyen, bersukan atau aktif bermain di luar akan membuatkan anak menjadi letih dan mungkin juga boleh menganggu mood serta waktu makan mereka. Jadi jangan terus paksa mereka makan. Berikan mereka waktu berehat, ianya akan kembali normal setelah kembali cergas seperti sediakala.

12. Mengalami masalah kesihatan

Kanak-kanak memang lazimnya sangat mudah diserang sakit seperti demam, selesema, batuk dan pelbagai penyakit biasa lain. Seperti orang dewasa juga dan ianya adalah normal. Selera mereka juga akan menurun apabila sedang sakit atau mungkin menolak makanan buat sementara waktu. Dimasa ini, Anda haruslah memberikan penjagaan yang terbaik dan elakkan mereka mengalami dehidrasi. Apabila sudah sihat, diet mereka akan normal kembali kebiasaannya.

4 Cara Mengatasi Anak “Picky Eater”

  • Kenalpasti punca.

Rujuk 12 punca anak susah makan di atas atau mungkin ada punca lain bagi mengenalpasti mengapa anak anda susah mahu makan serta memilih makanan. Dari situ, ambil langkah mengatasi yang terbaik seperti dalam ruangan ini. Biarkan kanak-kanak membesar dalam dunia mereka. Ada masa mereka perlu bebas dalam aktiviti seharian mereka, dan ada masa mereka perlu mengikut peraturan atau jadual yang ditetapkan oleh ibu bapa. Elak memberi kongkongan, lebihkan kerjasama dan galakkan.

  • Berikan nutrisi seimbang. 

Setelah kenalpasti punca, Anda boleh cuba untuk ubah tabiat pemakanan mereka secara perlahan-lahan kepada yang lebih sihat. Berikan nutrisi pemakanan seimbang yang sesuai dengan usia dan keperluan mereka. Anda mungkin perlu menjadi agak kreatif untuk menarik minat mereka agar mereka mahu mencuba makanan di luar kebiasaan mereka.

  • Atur jadual makan anak.

Perut anak biasanya akan kosong setiap 3-4 jam. Anak akan cenderung makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap. Cuba atur untuk memberi mereka makan 7 kali sehari yang terdiri daripada 3 kali makanan berat dan diselang seli dengan snek sihat.

  • Berikan nutrisi tambahan terutama protein albumin. 

Nutrisi lengkap sangat diperlukan oleh tubuh anak untuk pertumbuhan yang sihat dan kuat. Selain daripada vitamin dan mineral, protein albumin juga adalah merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada sel di dalam tubuh anak.

Nutrisi Untuk Anak Yang Susah Makan

Anak anda hanya perlukan Mealshake. Melshake membekalkan nutrisi lengkap yang mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting, 9 jenis asid amino perlu, sumber tinggi dalam kandungan serat dan protein, tinggi kalsium dan rendah glisemik indeks

Video diatas adalah kisah 2 orang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat cerewet makan, sering tidak sihat dan kurus kering. Mari kita lihat apa yang ibu-ibu prihatin dan penyayang ini lakukan untuk membantu anak-anak mereka.

Mealshake ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak pandai menelan tablet. Ianya juga sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia seawal 1 tahun dan ke atas.

Ingin terus membeli Mealshake untu anak kesayangan anda, sila klik :

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, anda boleh terus menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp : +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge