4 Cara Mengawal Paras Kolestrol Dengan Selamat Dan Berkesan

Di Malaysia masalah kolestrol tinggi ini bagaikan satu perkara biasa.Ini mungkin disebabkan gaya hidup, kesukaran untuk mengawal diet seharian dan beberapa faktor lain membuatkan ramai dikalangan kita menghadapi masalah ini. Almaklumlah di Malaysia ini memang banyak makanan yang sedap-sedap. Setuju tak?

Kolestrol Itu Apa Sebenarnya?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta dalam penghasilan hormon. Kiranya jika kolestrol ini tiada pun tidak boleh. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah dan dikenali sebagai liporotein. Lipoprotein ini terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kebiasaannya kita dengar tentang kolesterol yang termendap di dalam saluran darah akan mengakibatkan masalah strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL juga memberi lebih banyak masalah dan kesan kepada kesihatan kita.

Jenis Kolestrol

Di dalam badan kita ini, ada 2 jenis lipoprotein yang membawa kolesterol.
Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan satu lagi dikenali sebagai HDL (high density lipoprotein).

LDL (low density lipoprotein)

LDL ini dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa katakana ianya jahat? Ini kerana, jika paras LDL tinggi, ianya membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL (high density lipoprotein)

HDL pula dikenali sebagai ‘kolesterol’ baik. Sebab ape katakan ianya baik? kerana ianya membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi oleh sebab itulah dikatakan kolestrol ini penting juga untuk badan kita. Bukan semuanya kene buang. Kena clear disitu!

Sel yang sihat didalam badan kita sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Fungsi Kolestrol.

Terdapat beberapa fungsi penting kolestrol didalam tubuh badan kita. Antaranya ialah:

• Membantu membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
• Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
• Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
• Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
• Membantu menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
• Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
• Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
• Membantu menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.

Tahap Normal Kolestrol

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa Akan Jadi Jika Kolestrol Bukan Ditahap Sepatutnya?

Perlu tahu, kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang kebiasaannya berlaku ialah:

• Strok
• Serangan jantung
• Penyempitan arteri
• Darah tidak mengalir dengan baik

Cara Mengawal Paras Kolestrol.

Beberapa cara perlu dipraktikkan bagi membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan. Antaranya:

MENGAWAL DIET
Makanan sebenar (real food) yang mengandungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak akan memberi kesan buruk kepada tahap kolesterol dalam tubuh kita. Tetapi masalah akan berlaku apabila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, anda perlu memperbanyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.

PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL
Risiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi jika kita jarang melakukan pergerakan seperti bersenam. Maka anda digalakkan banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

MENURUNKAN BERAT BADAN
Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL
Terang dan jelas bahawa kedua-dua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.

Shaklee Boleh Membantu Anda

Sekiranya Anda mengalami masalah ketidakseimbangan kolesterol iaitu terlalu tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, Cikta nasihatkan Anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement. Ini kerana, dikhuatiri pengambilan suplemen akan bertidak balas dengan ubat yang anda ambil secara rutin.

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat ‘magic’ atau ‘ajaib’ yang boleh menjadikan anda sihat dalam sekelip mata. Pengambilan secara konsisten suplemen Shaklee dan mengamalkan tips yang diatas akan membantu anda. In shaa Allah!

Set Cadangan Shaklee Untuk Masalah Kolestrol Tinggi

Phytocol-ST

Dirumus khas dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi didalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin. Ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh. Fisoterol juga telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat membantu merendahkan paras kolestrol LDL.

Omegaguard

Omegaguard pula adalah merupakan asid lemak daripada minyak ikan omega-3. Ianya sangat tinggi dengan kolesterol HDL. Ianya adalah  berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati bagi proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ianya dapat membantu merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat membantu melancarkan aliran darah.

Kehadiran plak pada dinding arteri ini adalah sangat membahaya. Ini  kerana ianya boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ianya menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko masalah strok dan arteri mengeras lalu pecah. Dengan kata lain, ianya membantu membersihkan saluran arteri.

Lecithin

Lecithin Shaklee diekstrak daripada kacang soya organik  non-GMO (genetically modified organism). Setiap kapsul adalah megandungi 530mg lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. Ianya  kaya dengan “polyunsaturated fat”, dimana ianya juga meningkatkan kadar HDL & menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) di dalam badan.

Lecithin Shaklee juga dikenali sebagai “pengemulsi semulajadi” kerana ianya mempunyai kesan “melekat pada lemak”. Ianya bermakna Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Gabungan supplement diatas cadangan daripada fungsi setiap produk, Suplemen shaklee bertindak secara semulajadi keatas tubuh kita. Dengan pengambilan konsisten ianya akan memberi kesan yang positif, namun setiap kesan bergantung mengikut individu.

Saksikan Video dibawah, teruja dengan keputusan untuk amalkan gaya hidup sihat bersama shaklee demi keluarga. Hasilnya ia dapat turunkan bacaan tekanan darah tinggi dan bebaskan diri daripada masalah Obesiti.

Untuk terus membeli set ini, sila klik :

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan supplement Shaklee, Anda boleh terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan wakil pengedar Shaklee yang sah di Malaysia.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge