4 Kelebihan Memulakan Perniagaan Shaklee Dengan Group Yang Betul Dan Telah Berjaya.

Bila buka sahaja facebook Cikta lihat ramai kawan-kawan yang telah menceburi bidang perniagaan. Alhamdulillah!
Happy pula rasa. Tapi bukan itu yang Cikta nak cerita dalam entry kali ini. Sebenarnya Cikta tertarik dengan satu penulisan yang lalu di wall facebook Cikta.

Kenapa Nabi Muhammad SAW berniaga?
Sunnah atau Nak kaya?
Kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan. Nabi Muhammad SAW berniaga di usia muda. Di usia 20an. Dan nyata pada usia itu Baginda masih belum dilantik menjadi seorang Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah Baginda tidak dibuat secara terang.
Orang-orang yang berniaga ini tawakkal mereka lebih tinggi. Kerana mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha dan tawakkal mereka mutlak pada Allah Taala sahaja.
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat sendiri pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, Nabi Muhammad SAW akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi Rasul.
Kemudian apa?
Ukhwah dan silaturrahim.
Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik Islam mahupun bukan. Dan ketika itu ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Kerana itu dalam berniaga perkara pokok yang perlu dijaga adalah ‘good contact ‘, masyarakat cina sangat menjaga hubungan ‘good contact’ mereka. Dalam konteks dakwah Nabi Muhammad SAW, ‘good contact’ digunakan dalam usaha dakwah Baginda kelak. Mereka melihat keluhuran dan kejujuran Baginda. Jika produk yang di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dengan jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dengan jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.
Kemudian apa lagi?
Berniaga juga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya dan akan terhasil idea untuk menghasilkan produk yang terbaik daripada yang sedia ada. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia. Dan dalam konteks dakwah Nabi Muhammad SAW, Baginda kerap berdagang kesana kemari dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, Baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda juga tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah Baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan juga wanita.
Perniagaan adalah merupakan satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah Nabi SAW menjadi Rasul iaitu diusia Baginda 40 tahun. Namun ramai yang tidak tahu apa yang Baginda buat sewaktu usia muda. Ketahuilah, Baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya menjalankan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi sebaik-baik hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya tujuan berniaga semata-mata untuk kaya, maka tidak perlu berniaga. Kerana itu adalah kesilapan pertama. Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama Islam.
Lupakah kalian pada sabda Baginda, bahawa sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW adalah yang memberi manfaat pada mukmin yang lainSebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat dan bukan semata-mata mahukan kekayaan.
Berapa usia kita? Contohi Nabi SAW di usia kita. Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah. Kata sayang Nabi Muhammad SAW kan? Jadi kena tiru cara Nabi SAW.
Sebab itu apabila memulakan perniagaan kena pegang 2 benda ini. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ianya sunnah. Sunnah itu bukan saja pada jubah, makanan atau pemakaian. Tetapi sunnah pada perlaksanaan.
Indah kan kata-kata ini? Menusuk dalam hati. Sangat betul! Cikta mula mengenali bidang perniagaan semasa 2012 lagi. Semasa itu memang jujur Cikta katakan, Cikta meniaga hanya kerana duit semata-mata. Ingin tambah pendapatan yang ada. Tapi benar bagai dikata jika berniaga itu semata-mata kerana untung, ianya tidak kemana.

Mengenali Shaklee

Mula mengenali Shaklee bukan kerana perniagaannya tetapi Cikta berkenalan dulu dengan produknya. Dan kerana produknya memberikan Cikta manfaat maka Cikta mula terfikir untuk berkongsi dengan semua. 2013 Cikta mula memulakan perkongsian sebagai seorang Pengedar Shaklee yang sah di media sosial.
Asas perniagaan Shaklee ini mudah. Use, Share dan Build (USB) . Kita guna (Use) produk Shaklee yang berkualiti untuk kebaikan diri. Dari segi kesihatan dan kecantikan. Selepas itu kita kongsikan (Share) dengan orang lain apa manfaat yang kita perolehi. bertujuan untuk membantu memberi manfaat kepada insan yang lain. Dan selepas itu kita bina (built) legasi kita sendiri untuk membina perniagaan yang teguh. Senang kan? Selaras dengan sabda Rasulullah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW adalah yang memberi manfaat pada mukmin yang lain. Dan dari situlah kita akan mendapat keuntungan. Dan Cikta berharap ini semua bukanlah keuntungan dunia semata-mata tetapi keuntungan di akhirat juga. amin.

Berniaga Dengan Ilmu.

Berniaga memang nampak mudah tetapi ramai terlepas pandang bahawasanya sesebuah perniagaan yang dibuat ini perlulah diasaskan dengan ilmu pengetahuan. Mahukan ilmu kenalah berguru. Dan dalam konteks perniagaan Shaklee ini guru itu dipanggil mentor.
Ya. Perniagaan Shaklee adalah perniagaan yang bermentor. Ini adalah salah satu kelebihan dalam bisnes Shaklee. Mentor di amanahkan untuk mengajar dan memimpin bisnes-bisnes partner yang berminat dan mahu berjaya dengan cara yang betul jika mahu berjaya dalam bisnes ini. Jadi konsep yang diamalkan dalam bisnes Shaklee ini cantik. Mentor bukan hanya berjaya seorang, ia kena bawa bisnes partner yang lain untuk sama-sama berjaya.

Kelebihan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain?

Selain daripada perniagaan yang bermentor buat pengetahuan anda, Shaklee bukan saja mempunyai produk yang terjamin kualitinya malah Shaklee juga mempunyai pelan perniagaan yang sangat sesuai dengan semua yang sedang mencari idea dan peluang untuk membuat bisnes untuk menambah pendapatan.

Mari Cikta terangkan 3 kelebihan lagi bisnes Shaklee berbanding bisnes jenis konvensional yang lain. Iaitu :

  • Modal Rendah Dan Tidak Ada Risiko

Bisnes konvensional selalunya memerlukan kedai dan pekerja. Jadi majoriti peniaga akan berusaha untuk membuat pinjaman bagi menyelesaikan deposit kedai, renovasi, pembelian stok serta gaji pekerja. Itu semua kos sebelum mula bisnes lagi tau! Sudah banyak bebanan hutang yang perlu ditanggung.

Tetapi didalam bisnes Shaklee, Cikta boleh dapat “gaji” seawal bulan pertama Cikta serius berniaga. Walhal modal tidak sampai pun RM100. Anda tidak  ada risiko untuk muflis kerana anda tidak membuat pinjaman perniagaan. Senang kan?

  • Jenama Besar, Sudah Lama Dipasaran Dan Diyakini Berkesan.

Shaklee telah bertapak didalam dunia perniagaan 103 tahun yang lalu iaitu sejak 1915. Shaklee merupakan jenama yang sangat komited dengan kualiti produk dan usaha untuk mengubah kehidupan manusia kearah yang lebih baik dan sihat. Buat pengetahuan semua, Shaklee telah melalui lebih daripada 6 kali zaman kegawatan ekonomi dunia dan masih berdiri teguh sehingga kini. Alhamdulillah!

  • Franchise Mampu Milik

Anda tentu tahu bisnes franchise adalah bisnes yang memerlukan modal mencecah ratusan ribu ringgit, jadi hanya sedikit sahaja orang yang mampu menceburinya.

Bisnes Shaklee dipanggil sebagai ‘People Francise’. Ini maknanya anda boleh buka seberapa banyak cawangan di semua tempat tanpa kos. Contohnya kami di Celikvitamin Group mempunyai cawangan atau rakan niaga di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Sekiranya ada pelanggan yang mahu perkhidmatan penghantaran (COD) Cikta tidak risau, rakan niaga Cikta kan ada. Senang kan?

Jom Pilih Cikta Sebagai Mentor.

Anda tahukan betapa pentingnya untuk anda memilih mentor yang betul dalam perniagaan Shaklee ini? Jadi kenapa anda kena pilih Cikta untuk memulakan perniagaan Shaklee ini?

Ini kerana Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah daripada 2013 lagi. Seorang Senior Supervisor Shaklee. Pengasas kepada Team GIO (Geng Ibu Ohsem) yang telah melahirkan supervisor di dalamnya. Mentor didalam Bravo Academy yang dikelolakan oleh TMB (Team Mak Besi) Dan yang paling penting Cikta merupakan seorang Leader yang bernaung di bawah CVG (Celikvitamin Group) iaitu satu Group yang besar sangat komited dalam bisnes Shaklee.

Cikta merupakan pengasas kepada blog rakvitamin.com ini dan blog ibuohsem.com. Anda boleh klik SINI untuk mengenali Cikta dengan lebih lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang peluang perniagaan Shaklee ini. Sila hubungi dengan segera.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge