4 Tips Bantu Rawat Kulit Berkurap Supaya Tidak Berjangkit Dengan Berkesan.

Muka bukan main cun-melecun tapi sayang badan berkurap! Alamak, macamana ni? Takkan nak biar sahaja kan? Kurap bukan sahaja mendatangkan perasaan malu dan juga rendah diri. Tetapi juga menimbulkan kerisauan kalau-kalau ianya berjangkit dan merebak ke bahagian badan yang lain.

Memang tiada pilihan, kena rawat sehingga hilang. kan? So jom kita kenali kurap dan gejala kurap serta cara untuk merawat kurap tersebut dengan berkesan tanpa ianya merebak dan berjangkit ke bahagian lain.

Apa Itu Kurap?

Kurap adalah sejenis penyakit kulit yang boleh berjangkit. Ianya terjadi disebabkan jangkitan kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte. Kurap juga terjadi disebabkan oleh kulit yang sentiasa lembap disebabkan oleh jenis fabrik kain yang tidak menyerap peluh. Ianya boleh berjangkit melalui sentuhan daripada yang mempunyai kurap, samada melalui haiwan ataupun manusia. Kurap dan Panau seakan sama simptomnya kerana ianya jangkitan daripada kulat.

Gejala kulit berkurap

Kulit berkurap akan kelihatan seperti plak kemerahan-merahan yang bersisik. Kadangkala seperti bintik merah-merah ataupun bisul-bisul halus di kawasan berkurap. Tetapi jika dibiarkan lama-kelamaan ianya akan membentuk seperti gelang yang mempunyai sempadan.

Ianya berbentuk seperti gegelang yang juga dikenali sebagai ringworm. Walaupun ianya tiada kaitan dengan jangkitan cacing.

Bahagian paling mudah terjadi kurap seperti kawasan lipatan badan dan tempat mudah berpeluh di peha, punggung dan perut. Bila berpeluh, memang cepat terasa gatal-gatal. Punyalah nikmat bila mengaru walhal sudah tahu kemudian kulit akan berbekas sampai jadi hitam. Sudahnya kulit jadi hitam sampai kering dan bersisik.

Jom Cikta kongsikan Tips untuk rawat kulit berkurap. Tipsnya mudah dengan bahan-bahan yang senang untuk didapati dan mungkin ada di dapur anda sekarang.

4 Tips Rawat Kulit Berkurap

1. Bawang Putih

Banyak sangat keistimewaan bawang putih ini dalam kehidupan seharian kita. Daripada menjadi penyedap dalam masakan sampailah penawar kepada penyakit. Bawang putih bertindak sebagai antikulat untuk menghalang jangkitan kulat.

Caranya ambil bawang putih seulas. Jadikan hirisan nipis dan letak pada kawasan berkurap. Kemudian balut dengan kain ataupun bandage. Biarkan ianya semalaman. Untuk kawasan kurap yang besar, boleh juga buat pes bawang putih dan balutkannya.

2. Kunyit

Kunyit mempunyai sifat antibiotik yang tinggi serta bagus untuk menghalang kulat dari terus merebak.

Caranya jadikan jus kunyit dan sapu pada kawasan berkurap menggunakan bebola kapas. Lakukannya dalam 3 kali sehari hingga kurap kering dan sembuh.

3. Aloe Vera

Kulit lidah buaya ini adalah diantara tumbuhan yang kerap digunakan dalam kecantikan rambut dan kulit. Ianya bertindak untuk membantu menghalang jangkitan kulat.

Caranya kupas kulit lidah buaya dan sapu gelnya terus pada kawasan berkurap. Rasanya sejuk. Lakukan dengan kerap.

4. Vitamin rawat kulit berkurap

Pengambilan Vitamin semulajadi secara konsisten juga dapat membantu menguatkan sistem imun dan juga dapat membantu menghalang daripada jangkitan kulat penyebab kurap.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Shaklee, boleh terus menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6011-28640846

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge