5 Penyakit Akibat Kekurangan Nutrisi Yang Anda Mesti Elakkan

” Saya makan banyak, jarang tak tambah. Boleh dikatakan setiap hari saya makan bertambah-tambah. Tapi masalah saya, saya selalu rasa seperti mahu pitam dan lesu. Kenapa ya?” Persoalan ini yang membuatkan Cikta terpanggil untuk menulis artikel kali ini.

Pernah tak Anda rasa seperti itu? Kenyang sangat-sangat tapi badan lesu, letih dan hampir mahu pitam. Itu adalah tanda badan anda kekurangan nutrisi. Memang menjadi budaya kita makan pelbagai menu setiap kali makan. Tetapi kita kurang dan menitik beratkan tentang kandungan zat dalam makanan tersebut, sebaliknya kita lebih mementingkan rasa makanan tersebut. Janji sedap, kan?

Pentingnya Menjaga Pemakanan Dan Gaya Hidup.

Apabila tubuh kita tidak mendapat nutrisi yang cukup, ianya bukan saja menyebabkan tubuh tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik tetapi boleh mengakibatkan gangguan kesihatan serious. Malah kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan masalah seperti mudah letih, hilang fokus, kemurungan, mudah terkena jangkitan kerana sistem imun yang tidak kuat dan sebagainya.

Gaya hidup kita yang sibuk hari ini juga lebih memburukkan keadaan. Tabiat makan yang tidak teratur, kurang tidur, banyak berfikir, tekanan serta jarang bersenam. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan. Berdasarkan kajian SEANUTS Malaysia, 2013, British Journal of Nutrition, 1 daripada 3 keluarga di Malaysia adalah kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.

Selama ini kita tidak sedar pemakanan dan gaya hidup  kita sekarang mendatangkan banyak masalah kesihatan jika tidak dijaga. Kita kena mengambil nutrien yang betul dan paling penting mesti mencukupi.

Jika Anda Mengalami Lesu dan letih mari baca Tips Mengatasi Masalah Lesu Dan Letih, DISINI

Penyakit Akibat Kekurangan Nutrisi

Nutrien atau makanan berzat sangat penting untuk tubuh badan kita. Di antara penyakit-penyakit yang boleh dicegah akibat daripada kekurangan nutrisi adalah seperti :

1. Sakit Kanser
Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Namun setakat ini bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Manakala diet tinggi lemak pula selalu dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon dan endometrium. Namun begitu, diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu dikatakan dapat meningkatkan risiko penyakit kanser.
2. Angin Ahmar atau Strok dan Serangan Jantung
Satu kajian menunjukkan mereka yang mengikut panduan pemakanan yang disarankan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap strok atau angin ahmar dan serangan jantung berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Tekanan Darah Tinggi
Sebenarnya banyak kelebihan mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Mengikut satu kajian yang dijalankan, mengambil banyak buah-buahan dan sayuran-sayuran (8 hingga 10 hidangan), diikuti dengan diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, sekali gus mengurangkan risiko terhadap penyakit koronori.
4. Lebihan Kolestrol
Kolestrol adalah suatu zat lemak yang beredar di dalam darah, dihasilkan oleh hati dan ianya sangat diperlukan oleh tubuh. Tetapi kolesterol berlebihan akan menimbulkan masalah terutama pada pembuluh darah jantung dan otak. Mengurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu dapat mengurangkan risiko lebihan kolestrol di dalam darah, sekali gus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Setiap orang memiliki kolesterol di dalam darahnya, di mana 80% dikeluarkan oleh tubuh sendiri dan 20% berasal dari makanan. Kolesterol yang dikeluarkan terdiri daripada 2 jenis iaitu kolesterol HDL dan kolesterol LDL.
Kolesterol HDL, adalah kolesterol baik, berfungsi membersihkan pembuluh darah dari kolesterol LDL yang berlebihan. Kadar kolesterol HDL yang tinggi merupakan suatu tanda baik semasa kolesterol LDL kurang daripada 150 mg/dl.
Trigliserida pula iaitu lemak yang terhasil dari metabolisme makanan, termasuk makanan yang berlemak juga makanan yang berbentuk karbohidrat dan protein. Tidak seluruh lemak digunakan sebagai sumber tenaga dan kadar trigliserida akan meningkat apabila kalori berlebihan serta terlebih banyak daripada keperluan asal tubuh badan. Kadar trigliserida yang tinggi akan memburukkan lagi risiko terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah jantung dan otak.
5. Osteoporosis
Osteoporisis adalah sakit tulang di mana tulang kita menjadi rapuh dan mudah patah. Ianya sering berlaku terutamanya pada golongan orang berumur. Oleh itu, pengambilan kalsium secukupnya akan dapat melindungi anda daripada penyakit ini. Kalsium boleh didapati dalam produk tenusu, sayuran hijau dan produk-produk yang diperkayakan dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Pengambilan makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkayakan dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Kesan kekurangan dan kelebihan nutrien
Sumber:  Williams, M. H. (2002). Nutrition for health, fitness and sport.
Boston: Mc-Graw Hill
Set Supplement Asas Shaklee untuk mengatasi masalah lesu akibat kekurangan nutrisi serta mengelakkan daripada penyakit-penyakit diatas, sila baca DISINI

Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah dan berdaftar sejak tahun 2013 dan merupakan pengguna untuk Produk Shaklee, Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Produk Shaklee, Skincare Youth atau berminat untuk membeli produk Shaklee sila hubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge