5 Tanda-tanda Hampir Bersalin Yang Perlu Anda Tahu. Wajib!

Wah. Tiba-tiba mood nak bercerita tentang tanda-tanda nak bersalin pula kali ni. Almaklumlah sekarang pon Cikta pon hampir bersalin. Doakan ya semua!

Bila bercerita tentang pengalaman atau rasa nak bersalin ni rasanya takkan habis, sudahlah itu selepas bersalin pun masih lagi bercerita tentang tanda-tanda hampir nak bersalin yang dialami dan tak lupa kisah pengalaman bersalin, betul kan?

Tanda-tanda nak bersalin ni berlainan setiap orang dan setiap kelahiran. Jadi kita wajib tahu tentang tanda-tanda bersalin ini supaya proses ini akan jadi lebih mudah, tidak kelam-kabut dan mengundang suasana panik. lagilah jika ianya adalah kelahiran anak pertama.

Kebiasaanya apabila kandungan masuk ke usia 32 minggu, para ibu-ibu bolehlah bersedia untuk menyambut kelahiran baby baru. Kerana pada usia kandungan 7bulan atau 32 minggu kita boleh melahirkan baby pra-matang. Dan ada juga yang mungkin bersalin awal daripada estimate due date , ada yang lambat beberapa hari daripada estimate due date dan ada yang bersalin tepat pada due date.

Setiap kali tiba waktu nak bersalin walaupun kita telahpun mempunyai ramai anak , pastinya masih lagi akan rasa nervous dan takut , ini kerana berapa kali sekalipun kita tetap akan melalui proses bertarung nyawa untuk melahirkan. Semoga segalanya dipermudahkan ya.

Apa kata kita teruskan dengan tanda-tanda hampir nak bersalin ni, semoga bermanfaat pembacaan ini:-

1) Keluar Lendir bercampur darah

Jika anda berdepan dengan keadaan keluar darah ini , anda perlu terus ke hospital secara segera untuk cek berapa cm bukaan anda, keadaan ini memang buatkan kita gelabah dan takut kan? tapi cuba tarik nafas dan bertenang supaya tidak terlalu panik. Jangan lupa sambil-sambil beristighfar dan banyakkan zikir ya.

2) Pecah air ketuban

Air ketuban akan turun bila semakin hampir nak bersalin. Tahu tak macammana nak tahu itu adalah air ketuban ? ianya jernih . ada yang keluar banyak terus dan ada yang keluar sedikit demi sedikit. Jadi bila anda sudah ada tanda pecah air ketuban ini cepat-cepat ke hospital ya.

3) Sakit perut rasa kerap nak buang air besar dan Sakit perut berterusan (kontraksi)

Lebih bagus jika kita catat berapa minit sekali sakit perut datang menyerang. Bila kekerapan itu semakin kerap, semakin dekatlah nak bersalin. Sekiranya 10 minit secara konsisten dan seterusnya 5 secara konsisten , memang dah dekat sangat untuk bersalin. Terus ke hospital ya.

4) Sakit pinggang dan sakit belakang

Jika sakit yang anda hadapi semakin teruk. Ianya juga tanda anda ingin melahirkan tau. Take note ya!

5) Ada juga sesetengahnya baby kurang bergerak.

Oleh sebab itulah pentingnya untuk kita catat betul-betul carta pergerakan bayi kita . bukan catat seminggu sekali tau! Rotan nanti.

Inilah di antara tanda-tanda yang memang anda akan lalui semasa hampir sangat nak bersalin. So kenalah take note. Tapi jangan pula terlalu risau sehinggakan mengundang suasana panik. Belajar juga teknik pernafasan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Caranya tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskan sedikit demi sedikit melalui mulut. Lakukan berulang kali. Cubalah nanti ya.

Satu tips lagi yang Cikta boleh share, bila sudah ada bukaan nak bersalin, bolehlah cuba baring mengiring ke kiri dan zikir ‘ya fattah’ ya ibu-ibu. in shaa Allah ianya sangat membantu dalam proses mempercepatkan pembukaan jalan nanti.

Cikta doakan ibu-ibu semua kuat, dipermudahkan proses kelahiran dan selamat bersalin. Ibu dan baby kedua-duanya selamat dan sihat. aamiin. Doakan Cikta juga ya.

Untuk para suami pula, kalau boleh apabila isteri semakin hampir nak bersalin , temanilah isteri anda, tenangkan perasaannya, berilah kata-kata semangat . Juga boleh bantu urutkan belakang isteri, ianya akan melegakan sedikit kesakitan amat dasyat yang sedang dilalui si isteri. Percayalah bila suami ada di sebelah, isteri akan rasa sedikit lega dan mngurangkan rasa takut.

Jangan lupa, Isteri dah bolehlah mintak maaf dengan mak, ayah dan suami. part nilah  sedih dan syadu. confirm nangis punyalah. Semoga dipermudahkan proses kelahiran baby ya. aamiin.

Cikta berharap semoga artikel ini memberi manfaat pada kita semua ya.

Jika anda masih lagi tercari-cari Set Hamil atau Berpantang. Cikta ada ready stock tau! In shaa Allah Cikta akan beri konsultasi secara percuma dengan sebarang pembelian. Semoga proses mengandung, bersalin dan berpantang anda menjadi lebih menyeronokkan. aamiin.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6011-28640846

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge