Testimoni Diri Sendiri Kecilkan Pori Besar Mudah dan Berkesan Dengan Youth Skincare

Kalau dari jauh bukan main ‘flawless’ lagi muka, tapi bila dah datang dekat barulah nampak betapa besarnya liang pori. Ada tak yang pernah jumpa mereka yang mempunyai masalah seperti ini? Ataupun anda sendiri ada masalah liang pori besar? Stress kan? Rasa kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain, lagi-lagilah kalau kawan atau pelanggan nak jumpa dengan kita. Allah! Mana nak sorok pori besar ini?

 

Cikta faham perasaan itu sebab Cikta adalah salah seorang yang mempunyai masalah pori besar. Rasa tak selesa sangat-sangat. Bila ada masalah pori besar ini mulalah risau sebab muka berminyak dan senang naik jerawat. Tapi alhamdulillah masalah Cikta dah selesai. Kini liang pori makin mengecil. Jom Cikta share rangkaian penjagaan kulit Cikta guna. Semoga bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah liang pori besar seperti Cikta sebelum ini.

Terjatuh Cinta Dengan Youth Skincare

Cikta bukanlah seorang yang tegar dengan penjagaan kulit ini. Kalau dulu ada pencuci muka Cikta pakai, tak ada Cikta tak kisah. Sehinggalah Youth Skincare dikeluarkan oleh Shaklee. Kiri, kanan, depan dan belakang heboh memperkatakan tentang Skincare terbaru keluaran Shaklee ini. Mana taknya, gabungan antara sains dan kecantikan membuatkan rangkaian skincare Youth Shaklee menjadi bualan ramai. So Cikta sebagai Pengedar Shaklee yang dah lama makan supplementnya dan dah dapat effect dari segi kesihatan memang agak terujalah nak tau keberkesanan yang diperkatakan orang tentang Youth Skincare ini.

Yang membuatkan lagi teruja nak mencuba masa itu adalah apabila keluar satu kajian dan hasil telah menunjukkan 100% daripada mereka yang mengikuti kajian ini terbukti mengalami perubahan hanya dalam tempoh 3 hingga 7 hari sahaja dan 2/3 daripadanya berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun daripada sebelum menggunakan skincare Youth. Terujakan?

Kisah Disebalik Penghasilan skincare Youth.

Skincare Youth hampir 100% bebas bahan sintetik. Produk skincare Youth ini dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya yang menjadi penyebab kepada masalah kanser dan pelbagai masalah kesihatan  yang lain. Rangkaian produk skincare Youth menggantikan skincare Shaklee yang lain iaitu Nutriwhite dan Enfuselle.

Skincare Youth ini sebenarnya telah menjalani Ujikaji selama 3tahun untuk tahap keberkesanan dan keselamatannya. Selepas para saintis sudah berasa puas hati, mereka berjumpa  Mr Roger Barnett, Tapi Mr Roger Barnett mahu ianya ditambah baik lagi dan berkata “ianya masih belum cukup bagus dan berkesan. Awak boleh buat lebih baik dari ini”

Kemudian pulanglah para saintis dan mereka pun membuat lagi ujikaji dan proses ini berlarutan sehingga 8 Tahun. Barulah Mr. Roger Barnett berpuas hati dengan kelebihan, keberkesanan serta keselamatan skincare Youth ini. Bayangkan 8tahun mereka bertungkus lumus menyiapkan skincare Youth ini. Untuk memastikan penggunanya berpuas hati dan selamat menggunakannya. Bukan kerana untung semata-mata. Masih mahu memikirkan tentang kualitinya?

Anda tidak perlu risau tentang kualiti, keselamatan dan keberkesanan Youth Skincare ini. Shaklee bukanlah syarikat yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan hanya main-main dalam menghasilkan sesuatu produk. Ianya dihasil dengan kuasa CINTA dan yang paling buat Cikta teruja, adalah kerana skincare Youth ini, Ianya  adalah 100% vegan, bebas gluten dan bebas lebih 2500 jenis bahan kimia berbahaya dan meragukan, seperti:

– Parabens

– Sodium/Ammonium Lauryl Sulfate

– Phthalates

– Propylene Glycol

– BHT

– BHA

– Mercury

– Hydroquinone

– Mineral Oil

– Petrolatum

– Synthetic Colors

– Synthetic Fragrance

– Benzalkonium Chloride

– Benzophenone

– Cyclomethicone

– Aluminum Lakes

– Lanolin

– Petroleum-Derived Waxes

– Quaternium-15

– Methylisothiazolinone

– Triclosan

– Microbeads (Microplastics)

– Aminobenzoic Acid (PABA)

– Avobenzone

– Cinoxate

– Dioxybenzone

– Nitro & Polycyclic Musks

Berpuas Hati Dengan Hasil Menggunakan Youth Skincare

Alhamdulillah. Ini adalah testimoni daripada Cikta sendiri.Kini Cikta sudah hampir 9bulan menggunakan Youth Skincare dan secara jujurnya Cikta tak pandang lagi skincare yang lain. Cikta juga sering membuat skin analysis di Aeon dan hasilnya semakin bagus. Pori yang besar kini mengecil . Confident makin tinggi jika ada pelanggan atau business partner yang baru ajak jumpa. Dah tak risau lagi.

Sekarang Cikta yakin keluar walaupun tanpa secalit makeup. Tapi moisturiser Youth memang tak boleh tinggallah sebab SPF50 tau. Nak natural beauty pon kenalah lindungi kulit daripada bahaya sinaran UV kan? Beauty with the brain kata orang kampung Cikta. 😛

Rutin Malam Dengan Youth Skincare

Untuk membeli  Youth Skincare starter set, sila klik :

Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang penjagaan muka atau anda mempunyai masalah jerawat, jeragat atau pori besar boleh terus hubungi Cikta. Jika anda disekitar Johor bahru, Johor jomlah set appointment untuk test rasa Youth Skincare ini sendiri kerana Cikta juga ada menyediakan Mobile Spa.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge