6 Cara Untuk Rawat Kulit Berpanau Dengan Selamat Dan Berkesan.

Masalah kulit memang boleh buat kita rasa rendah diri. Contohnya seperti masalah panau. Lelaki atau perempuan tak kisahlah yang penting mesti akan rasa rendah diri dan malu akibat daripada masalah panau ni. Lagilah malu kalau panau ni jadi di muka. Jadi apa kata kita ambil tahu serba sedikit hal berkaitan masalah panau ni. Dan mungkin ada jalan penyelesaian yang boleh buat panau ini hilang atau mungkin pudar sedikit demi sedikit. Biasanya kulit yang berpanau terdapat di bahagian dada, leher, belakang badan dan kadang-kadang di bahagian tepi-tepi dagu kan.

Kulit berpanau ataupun tinea versicolor antara puncanya disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat ataupun yis yang dikenali sebagai Malassezia. Kehadiran kulat ataupun yis pada kulit sebenarnya adalah tidak berbahaya. Ianya boleh hidup pada permukaan kulit yang lembab, berminyak ataupun pada sel-sel yang mati.

Punca Kulit Berpanau

Antara punca kulit berpanau ialah:

  1. Sistem imun badan yang rendah menyebabkan jangkitan kulat ataupun yis pada kulit.
  2. Kerap pakai pakaian di dalam keadaan lembab ataupun basah. Contohnya seperti baju  ampaian yang masih lembab terus angkat dan pakai. Ataupun memakai pakaian yang baru dijemur dan masih dalam keadaan panas.
  3. Terus membasuh muka ataupun mandi dalam keadaan badan ‘panas’ baru lepas melakukan aktiviti . Berlawanan suhu panas dan sejuk menyebabkan terjadinya bakteria menghasilkan panau.
  4. Mempunyai jenis kulit berminyak
  5. Kurang menjaga kebersihan diri
  6. Membuang kalenjar adrenal
  7. Perubahan hormon semasa mengandung
  8. Pengambilan pil perancang untuk wanita yang berkeluarga kerana ianya boleh menganggu sistem dalam badan kita.

Kalau dibiarkan dan tidak dirawat, panau akan menjadi seperti sebati dengan kulit kita. Memang akan menganggu tahap keyakinan diri walaupun ianya di tempat yang tersorok.

6 Cara Untuk Rawat Kulit Berpanau Dengan Selamat Dan Berkesan.

Jom kita ambil tahu tentang rawatan untuk kulit berpanau ini secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Seperti:

1. Campurkan ramuan mentega, serbuk kunyit dan serbuk cedana (sandalwood powder)

Jadikan seperti masker dan letakkan pada kulit berpanau dalam setengah jam sebelum dibersihkan. Lakukan dengan sekerap mungkin.

2. Bawang Putih

Ianya mempunyai sifat anti kulat. Boleh digosok pada kulit berpanau ataupun makan secara mentah sekiranya anda mampu menahan baunya. Lakukan dengan sekerap mungkin.

3. Yogurt

Gunakan yogurt yang asli dan tidak berperisa untuk dijadikan sebagai masker di bahagian yang berpanau. Untuk pengetahuan semua, yogurt adalah agen terbaik untuk mematikan kulat ataupun yis.

4. Limau dan kapur

Gunakan campuran limau dan kapur untuk disapukan pada kulit berpanau selepas mandi. Limau boleh menormalkan pH kulit kita.

5. Kebersihan diri

Mandi sekerap mungkin selepas badan berpeluh. Elakkan daripada berkongsi baju ataupun tuala yang lembab dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan kulat (yis).

6. Vitamin untuk rawat kulit berpanau

Paling penting, kulit yang berpanau menunjukkan sistem imum kita lemah. Sangat disarankan mengambil supplement atau makanan tambahan untuk membantu menguatkan sistem imun, mencantikkan kulit, membantu melawan bakteria daripada terus membiak dan banyak agi kebaikkannnya.

Untuk mengetahui supplement mana yang sesuai di amalkan untuk masalah kulit berpanau ini sila baca di SINI

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan ingin bertanyakan tentang masalah kesihatan dan produk Shaklee yang sesuai diamalkan atau skincare yang sesuai dengan kulit anda. Sila hubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge