6 Punca Jeragat Dan Cara Mengatasinya Secara Semulajadi.

Perempuan dan cermin memang bersahabat baik. Mungkin boleh dikatakan daripada kecil lagi. Tapi bila usia dah menganjak ke angka 3 ni kan, macam-macamlah masalah yang timbul. Kalau diusia remaja bagi golongan yang mempunyai kulit yang agak kering atau kombinasi kering,  jerawat malu-malu saja mahu timbul. Berbanding dengan mereka yang mempunyai kulit yang berminyak, mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi kering atau kering ini tampak flawless sahaja. Bahagia rasanya.

Namun apabila usia telah meningkat kulit jenis  tidak berminyak  yang menjadi pujaan hati  tiba-tiba naik jeragat. Kulit kering dan matang memang diantara yang senang naik jeragat tau. Mari kita cari jalan penyelesaian untuk masalah jeragat ini.

Punca Terjadinya Jeragat.

Jom ambil tahu serba sedikit berkenaan punca bagaimana boleh terjadinya masalah jeragat. Semoga dengan pengkongsian sedikit ilmu ini boleh membantu anda dan sesiapa yang memerlukan untuk mengelakkan kulit daripada risiko menghadapi masalah jeragat ini. Sekiranya Anda memang telah mempunyai masalah jeragat mungkin Anda juga boleh memudarkan dan menghilangkannya sedikit demi sedikit. In shaa Allah.

Antara puncanya adalah:

  1. Sinaran Matahari

Sinaran matahari adalah perkara yang sangat diperlukan dan penting dalam kehidupan seharian.  Namun harus diingatkan,sekiranya Anda selalu dan mungkin terlalu terdedah dibawah terik sinaran matahari ianya boleh menyebabkan kerosakan yang serious kepada sel kulit.

Sinaran matahari mengandungi sinaran Ultra Violet (Uv) yang berbahaya.

–   Uv A (Aging) – membuatkan kulit kita akan kelihatan lebih tua.

–   Uv B (Burn) – menyebabkan melanin keluar bagi melindungi lapisan kulit dari sinaran uv itu tadi dan menjadikan kulit menjadi gelap seperti terbakar.

–   Uv C (Cancer) – Jika terlalu lama terdedah kepada sinaran uv kita juga berisiko untuk mendapat kanser kulit. Nauzubillah!

Penghasilan yang dinamakan melanin adalah untuk melindungi lapisan kulit sekiranya kulit terlalu lama terdedah dengan sinaran uv yang boleh mengakibatkan penyakit kanser itu tadi. Melanin itulah yang menyebabkan berlakunya masalah jeragat. Maka kita perlu mengelakkan dari terdedah terlalu lama secara langsung dengan sinaran matahari jika ingin mengelakkan masalah jeragat.

  1. Proses Kehamilan

Memang kebiasaannya ibu hamil didalam tempoh kehamilan akan mengalami banyak masalah berkaitan kulit. Ini adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak stabil. Jadi ibu hamil adalah sangat disarankan untuk mengambil nutrisi secukupnya dalam pemakanan seharian bagi memastikan kulit sentiasa sihat. Masalah kulit yang biasa dihadapi oleh ibu hamil adalah seperti kegatalan, rekahan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan tentunya jeragat.

Masalah jeragat bagi sesetengah ibu hamil hanya akan timbul semasa hamil dan ianya akan pudar serta hilang selepas proses bersalin. Tetapi ramai juga yang terus menghadapi masalah jeragat ini sukar untuk pudar dan hilang walaupun sudah melahirkan.

  1. Rawatan berkait dengan hormon

Menurut kajian yang dijalankan, kebanyakkan wanita yang menjalani rawatan hormon atau mengambil perancangan untuk jarakkan kehamilan tidak kiralah diambil dalam bentuk pil, suntikkan atau tanaman banyak mengalami masalah jeragat. Masalah jeragat ini adalah disebabkan hormon yang tidak stabil.

  1. Ubat- ubatan

Pengambilan pelbagai jenis ubat yang memberi kesan sampingan pada keupayaan kulit bagi merawat dan menghasilkan sel baru yang sihat dan aktif.

  1. Wangian dalam produk.

Kandungan wangian dalam pelbagai produk seperti dalam pewangi badan, kosmetik atau pewangi pakaian misalnya menjadi penyebab tindak balas ‘phototoxic‘. Ianya juga adalah merupakan diantara punca terjadinya masalah jeragat yang kronik. So please take alert!

  1. Hypothyroidism

Ianya juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid menjadi rendah. Masalah ini akan berlaku apabila kelenjar tiroid tidak lagi berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dapat dikeluarkan secukupnya. Boleh baca mengenai hipotiroid di SINI.

Masalah jeragat ini boleh diperbaiki dari dalaman dengan pengambilan supplement secara konsisten serta istiqamah. Untuk Set Supplement Cadangan untuk masalah jeragat ini. Sila baca di SINI.

Untuk memudarkan jeragat dari luaran pula boleh baca di SINI untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee. Bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah di Malaysia sejak 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge