6 Rawatan Penyakit Bell’s Palsy Mampu Merawatnya Mengikut Kaedah Perubatan Moden.

Bell’s Palsy ini kalau dulu memang agak rare. Agak susah nak jumpa orang yang mengalami penyakit atau masalah bell’s palsy ini. Sehinggakan kita juga tidak tahu apakah itu penyakit bell’s palsy. Cikta pernah berpeluang menemui sendiri customer yang mengalami masalah bell’s palsy ini dan mengambil keputusan untuk berikhtiar dengan Vivix Shaklee.

Pertama kali bersua, memang Cikta tak perasan tentang masalah beliau. Sehinggalah beliau menceritakan tujuan beliau ingin berjumpa dan ingin tahu lebih lanjut tentang Vivix Shaklee. Keadaan beliau masih tidak begitu jelas. Jadi dari situ baru Cikta sedar bahawasanya Penyakit bell’s palsy ini perlu diceritakan kepada semua untuk membantu kita mengatasi dan mengambil langkah berjaga-jaga. In Shaa Allah!

Apa Itu Bell’s Palsy?

Bell’s Palsy adalah merupakan sejenis penyakit yang mengakibatkan sebahagian otot muka menjadi lemah dan lumpuh. Ini disebabkan berlakunya kerosakan pada saraf yang mengawal otot di bahagian sebelah muka. Ianya akan menjadikan sebahagian lagi menjadi berat dan muka seolah-olah nampak jatuh. Dan apabila dilihat daripada bahagian hadapan, wajah mereka yang mengalami masalah Bell’s Palsy ini kelihatan senget sebelah.

Sebenarnya Bell’s Palsy bukanlah daripada serangan stroke atau angin ahmar dan berita baiknya ialah ianya tidaklah bahaya seperti serangan stroke atau angin ahmar. Tetapi kerosakan saraf pada otot muka ini tetap akan menjejaskan deria rasa dan kawalan terhadap penghasilan air liur dan juga air mata.

Penyakit ini akan menyerang secara tiba-tiba, hanya dalam masa semalaman sahaja. Kebiasaannya, ianya akan pulih dengan sendiri tetapi ianya juga memakan masa yang agak lama untuk sembuh seperti sediakala.

Simptom Penyakit Bell’s Palsy

Berikut adalah merupakan beberapa simptom yang boleh dikenalpasti tentang masalah Bell’s Palsy ini:-

  1. Kelumpuhan atau kelemahan pada sebelah muka secara tiba-tiba menyebabkan ianya terasa berat.
  2. Air liur kerap meleleh.
  3. Masalah seperti mata berair secara berlebihan atau mata kering menjadi terlalu kering.
  4. Kehilangan keupayaan deria rasa.
  5. Kesakitan di bahagian telinga atau belakang telinga.
  6. Kebas pada sisi wajah yang terjejas.
  7. Kepekaan terhadap bunyi meningkat secara tiba-tiba.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy

Secara umumnya, Bell’s Palsy kerap kali berlaku kepada:

  1. Ibu hamil dan memasuki fasa trimester ketiga
  2. Ibu yang baru melahirkan bayi
  3. Mereka yang mempunyai ahli keluarga pernah diserang Bell’s Palsy
  4. Penderita masalah diabetes
  5. Penghidap HIV

6 Rawatan Penyakit Bell’s Palsy

Kaedah rawatan tertentu ini dikatakan mampu merawat penyakit Bell’s Palsy. Ianya sama ada tertumpu kepada merawat punca utama mengapa terjadinya gangguan saraf yang terjejas itu atau mengawal gejala akibat Bell’s Palsy. Antara rawatan penyakitnya adalah seperti:

  1. Pengambilan ubat kortikosteroid seperti prednisolone – Bagi mengurangkan bengkak yang terjadi pada saraf wajah
  1. Pengambilan ubat titis mata – Penderita bell’s palsy akan mengalami kesukaran untuk menutup mata. Maka mata akan menjadi kering dan mudah terkena jangkitan. Ubat titis mata akan digunakan bagi mencegah masalah yang mungkin timbul daripada masalah tersebut.
  1. Melakukan Pembedahan plastic – Pembedahan ini tidak akan mampu mengembalikan fungsi saraf seperti biasa. Tetapi ianya akan melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta meningkatkan fungsi wajah yang kaku. Kebiasaannya, pembedahan plastik ini dilakukan untuk memperbaiki fungsi kelopak mata, memperbaiki posisi mulut, membantu dalam percakapan, makan, minum serta memperbaiki keseimbangan bentuk wajah.
  1. Fisioterapi – Ahli fisioterapi akan membantu dan mengajar latihan-latihan yang terbukti boleh menguatkan otot-otot wajah.
  1. Suntikan botox – Kebiasaannya dilakukan kepada penderita bell’s palsy yang kronik. Ianya berfungsi bagi meningkatkan penampilan wajah secara keseluruhan dan ianya dilakukan setiap 4 bulan sekali.
  1. Alternatif Rawatan Lain – Teknik relaktasi, akupuntur dan rawatan dalaman mampu mempercepatkan pemulihan Bell Palsy dan mampu mengembalikan fungsi saraf wajah.

Alternatif Pemulihan Bell Palsy Secara Nutrisi

Selain tertumpu kepada kaedah rawatan utama, Bell’s Palsy juga boleh diatasi melalui kaedah nutrisi. Ianya tetap tertumpu kepada masalah berkaitan saraf pada otot muka. Untuk membantu mempercepatkan pemulihan, kaedah memperbaiki sel saraf secara dalaman dapat membantu, In shaa Allah.

Saraf yang telah rosak mahupun bahagian organ yang terjejas akibat kesan sampingan Bell’s Palsy ini amat memerlukan sumber nutrisi yang lengkap agar ianya  dapat mengembalikan kesihatan sel dan fungsinya.

Untuk Ikhtiar melalui kaedah nutrisi yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu syarikat supplement yang berpengalaman selama 100tahun lebih dalam bidang nutrisi, sila klik SINI.

sebarang pertanyaan mengenai masalah kesihatan, penyusuan, kehamilan dan lain-lain bolehlah terus berhubung dengan Cikta. In shaa Allah Cikta akan memberikan jalan penyelesaian secara percuma. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak tahun 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge