7 Cara Atasi Anak Hiperaktif Dengan Mudah Dan Berkesan

“Anak saya seolah-olah tak tahu duduk diam walaupun seminit, ada saja yang akan dilakukan. Langsung tidak penat.”

“Anak saya degil, langsung tak mau dengar kata.”

“Anak saya tidak suka bercampur dengan orang lain, dia hidup dalam dunia dia sahaja”

Itu diantara keluhan yang biasa keluar dari mulut ibu dan ayah kepada anak yang mengalami masalah hiperaktif atau ADHD.

Kanak-kanak yang aktif adalah sangat bagus untuk perkembangan mereka. Tetapi pernah tidak kita lihat kanak-kanak yang terlalu aktif sehingga ada ibu dan ayah naik ‘give up’ dibuatnya. Nasihat berpuluh kali pun tidak diendahkannya maka jalan penyelesaian terakhir yang mampu dibuat oleh ibu dan ayah adalah memarahi mereka. Cikta percaya tiada ibu dan ayah yang sengaja memarahi anak mereka tanpa sebab melainkan mereka tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendidik anak-anak.

Pernah atau tidak kita terfikir kenapa anak kita menjadi terlampau aktif? Dapatkah perkara ini diubati?

Hiperaktif Atau ADHD (Attention Deficit/ Hyperactivity Disorder)

Hiperaktif atau dikenali juga sebagai ADHD adalah keadaan dimana ketidakmampuan seseorang kanak-kanak menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang lama dan fokus pada sesuatu tugasan tertentu. Dianggarkan kira-kira 7% daripada kanak-kanak di Amerika Syarikat mempunyai beberapa bentuk ADHD. Sebahagian besar daripadanya adalah kanak-kanak lelaki.

Ciri-ciri Anak Hiperaktif.

Antara ciri-ciri anak yang Hiperaktif seperti:

– Tidak boleh duduk diam dan kelihatan sangat lasak.

– Membuat sesuatu perkara mengikut perasaan mereka secara spontan.

– Tidak suka menurut arahan yang diberi dan sering membantah

– Sukar memberikan tumpuan kepada sesuatu aktiviti bagi tempoh yang agak lama.

– Mudah merasa tertekan dan tidak puas hati dengan keadaan sekeliling.

– Tidak suka bergaul dan suka bermain sendirian

– Kerap mengamuk terutamanya apabila kehendaknya dihalang.

– Mudah berpeluh dan sakit perut

– Bertindak secara berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

– Mengalami tidur yang tidak tetap.

– Terlalu kerap menangis atau ketawa.

– Sukar untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif.

Punca sebenar terjadinya sifat hiperaktif dikalangan kanak-kanak masih belum diketahui secara tepat walaupun kajian giat dijalankan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan sebagai  punca sifat hiperaktif seperti:-

1. Gangguan kepada genetic. Dimana kanak-kanak dengan gen tertentu mempunyai tisu otak yang tipis dihubungkan dengan pusat kawalan tumpuan.

2/ Kajian juga menunjukkan pendedahan kepada minuman alkohol dan rokok oleh ibu bapa ketika bayi masih di dalam kandungan juga boleh menyumbang kepada masalah ADHD.

3. Faktor pemakanan iaitu kanak-kanak mengambil terlalu banyak gula,  coklat dan makanan ringan yang tidak berkhasiat.

4. Faktor luaran seperti kecederaan otak.

Tips Dan Cara Atasi Anak Hiperaktif.

1. Ibu dan ayah boleh cuba sediakan suasana yang tenang dengan pencahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang untuk menenangkan anak.

cute little child joke outdoor with dad

2. Kerap meluangkan masa bersama anak bagi menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, memanjat dan sebagainya.

3. Ringkaskan subjek dalam pembelajaran supaya tidak terlalu panjang dan membosankan.

4. Ibu bapa haruslah lebih bersifat kreatif untuk menarik minat anak untuk belajar. Banyakkan penggunaan kaedah visual dan gambar untuk menerangkan sesuatu kepada mereka.

5. Biarkan mereka meneruskan aktiviti yang diminati.

6. Berikan lebih tumpuan kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka lebih bersikap mendengar kata. Cuba cara berlembut dan memberikan perhatian lebih.

7. Jauhkan anak dari suasana yang boleh menganggu konsentrasi mereka.

Selain daripada cara diatas, ibu dan ayah juga boleh mencuba untuk memberikan supplement seperti minyak ikan OmegaGuard kepada anak yang hiperaktif atau ADHD ini.

Bagaimana Omegaguard dapat membantu anak yang hiperaktif ni?

Omegaguard adalah merupakan minyak ikan yang tulen dan berkualiti tinggi . Mengandungi lebih  90% EPA & DHA yang berupaya untuk membantu anak yang hiperaktif menstabilkan emosi mereka serta fokus dalam aktiviti yang dilakukan.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang menghidap ADHD atau hiperaktif ini adalah mereka yang mempunyai tahap omega 3 iaitu asid lemak yang sangat rendah. Sebuah badan Inflammation Research Foundation telah mejalankan satu kajian dengan memberi minyak ikan bagi mengurangkan gejala ADHD.

Kajian ini melibatkan 3 orang kanak-kanak lelaki dan 6 orang kanak-kanak perempuan yang mana kesemua mereka telah disahkan mengidap ADHD. Dan keputusan menunjukkan kandungan EPA dan DHA dalam kanak-kanak tersebut meningkat selepas 8 minggu menggunakan kaedah minyak ikan sebagai rawatan. Didalam masa yang sama, ianya menunjukkan pengurangan gejala ADHD dikalangan kanak-kanak tersebut.

Selain itu, Omegaguard ini juga sangat bagus untuk melegakan selsema, lelah dan asthma kanak-kanak.

Jadi, kepada ibu dan ayah yang mempunyai anak hiperaktif, Anda boleh cuba mengamalkan tips serta berikan minyak ikan Omegaguard kepada Anda secara konsisten dalam membantu anak-anak supaya lebih fokus dan untuk mengurangkan masalah hiperaktif dan ADHD tersebut.

Testimoni.

Jika Anda berminat untuk membeli Omegaguard Shaklee sila klik :

Untuk sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut lagi tentang Supplement yang dicadangkan anda boleh terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah sejak 2013.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge