7 Tips Atasi Masalah Sembelit Bayi Dan Kanak-kanak dengan Berkesan Tanpa Ubat

Apabila sudah menjadi ibu dan ayah ini, percaya atau tak apa-apa yang berkaitan dengan anak pastinya akan difikirkan. Waima masalah sembelit anak pon boleh jadi topik perbincangan yang hangat. Betul tak?

Mulalah masing-masing tidak senang duduk untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Cikta juga tidak terkecuali daripada masalah tersebut. Anak-anak merupakan keutamaan Cikta dan suami sekarang. Kami sedaya upaya berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak. Anda juga mesti begitu kan? Jom Cikta kongsikan sesuatu, semoga ianya menjadi manfaat kepada anda.

Bayi Dan Sembelit

Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi yang menyusu susu formula, mereka lebih berisiko untuk sembelit. Namun begitu, ianya bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudah mula makan makanan pejal.

Tanda Anak Sembelit Teruk

Bagi mengenalpasti samada anak anda mengalami sembelit atau tidak, anda boleh melihat kepada gejala di bawah :

  • Asyik menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Asyik meragam
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Tips Atasi Anak Sembelit Teruk

Bagi mengatasi masalah tersebut, Cikta cadangkan untuk melakukan tips dibawah :

  1. Beri meraka minum air kosong sebanyak yang mungkin
  2. Cuba tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanan mereka.
  3. Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat
  4. Beri sayur dan buah untuk bekalan serat
  5. Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya. Baringkkan bayi, buat gerakan kaki seperti mengayuh basikal.
  6. Kurangkan makanan yang menyebabkan sembelit sperti nasi, pisang atau bijirin
  7. Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan dipandang remehmasalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihatnya.

Pengalaman Ibu Tentang Anak Sembelit Teruk

Cikta kongsikan kisah seorang ibu yang mana anaknya baru berusia setahun dan mengalami masalah sembelit teruk disini. Masalah sembelit yang dihadapi anaknya agak serius sehingga suami beliau terpaksa mengorek punggung si anak untuk membantu mengeluarkan najis keras yang tersekat ketika buang air besar. Hasilnya anak jadi trauma dan takut nak makan sampai jadi kurus kering. Tetapi Alhamdulillah, akhirnya beliau mendapat rahsia untuk hilangkan masalah sembelit. Apakah rahsia itu sehingga sembelit teruk anak beliau berjaya di atasi?  Mari tonton video ini.

Testimoni.

Untuk membeli Mealshake ini secara terus, klik sini :

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau berminat untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan menyertai Shaklee. Boleh hubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp : +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge