Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah Dan berkesan

Setuju tak kalau Cikta katakan jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang paling sering dialami hampir semua orang? Tak hairanlah jika ramai yang tertipu dengan pelbagai jenis ubat dan set penjagaan kulit untuk menghilangkan jerawat yang banyak dijual di pasaran, malah menjanjikan hasil yang sangat tak masuk akal dalam masa yang singkat. Lebih parah lagi ada yang dicampur dengan bahan kimia yang berbahaya untuk mempercepatkan proses untuk mendapatkan hasil yang pantas. Awas! Kerana kebanyakkannya bila anda stop menggunakannya masalah jerawat anda akan jadi lebih teruk berganda-ganda. Menakutkan kan?

Anda tahu tak yang ada bahan di rumah anda mampu menghilangkan jerawat. Serious!!! Tak percaya? Jom Cikta kongsikan 2 bahan yang anda selalu jumpa dirumah anda sendiri dan yang paling penting boleh membantu menghilangkan masalah jerawat anda itu. Jom teruskan membaca.

Baking Soda


Baking soda merupakan salah satu bahan untuk membuat kuih atau kek, jangan tak tau ianya juga punya kegunaan lain sebagai penyelesaian untuk masalah jerawat. Baking soda ini mampu mengeringkan jerawat yang sedang merah sehingga boleh surut dengan lebih cepat.

Caranya campurkan baking soda dengan air, dan gaul hingga menjadi seperti doh yang lembek. Kemudian sapukan pada permukaan kulit yang berjerawat. Biarkan selama 15 menit kemudian bilas dengan air yang sejuk. Dinasihatkan supaya menggunakan pelembap (moisturiser) selepas melakukan rawatan ini kerana kulit dikhuatiri akan menjadi kering.

Lemon

Selain boleh dibuat masakan, Pati lemon juga membantu untuk mengawal penghasilan sebum pembentukan jerawat serta menegangkankan dan mencerahkan kulit.

Caranya dengan memerah lemon untuk mendapat airnya, sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit. Tapi ingat jangan terlalu lama membiarkannya di permukaan kulit kerana ianya boleh buat rasa sakit dan rasa terbakar. Selain itu, selalu gunakan sunblock untuk menghindari kemerahan pada kulit.

Apa punca masalah Jerawat Anda?

Itu untuk luaran saja. Tapi kita kena tahu punca masalah jerawat ini mungkin juga dari masalah dalaman seperti badan penuh toksin, dan hormon yang tak stabil, jadi bagaimana nak hasilkan kulit yang canti jika rawatan luaran sahaja dilakukan untuk mengatasinya?

Jom Cikta cadangkan beberapa supplement atau makanan tambahan untuk mengatasi masalah jerawat.

Set Cadangan dari Shaklee untuk Hilangkan Jerawat dengan Berkesan

1.Gla Kompleks

Ianya berfungsi sebagai penbantu untuk menstabilkan hormon. Selain itu, ianya juga mengandungi vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang menguatkan sel kulit, memudarkan parut, mencegah keradangan pada kulit serta melembapkan kulit.

Kenapa Perlu Ambil GLA Complex?

Seperti yang telah Cikta kongsikan sebelum ini, antara punca jerawat ialah hormon yang tidak stabil. Apabila hormon tidak stabil, kulit akan bekerja keras dan menghasilkan minyak yang banyak dan kulit berminyak ini mudah memerangkap habuk, kotoran dan menyumbat pori dengan senang. Maka terhasilah masalah jerawat.

2. Vitamin C Sustained Release

Ramai rasanya yang tahu Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan kulit. Vitamin C ini bertindak dengan 2 cara iaitu sebagai antioksidan dan menggalakkan sintesis kolagen pada kulit. Sebagai antioksidan ianya berfungsi dengan cara menghalang radikal bebas dari merosakkan sel kulit. Tapi tahu tak anda cara bagaimana untuk memilih vitamin C yang paling bagus?

Jom tonton video dibawah ini.

Alfafa Compleks

Alfalfa complex ni berfungsi sebagai agen detoks toksin secara semulajadi. Jangan tak tahu yang kehadiran jerawat juga selalunya berpunca daripada toksin yang banyak dalam badan. Ianya membantu meneutralkan asid dalam badan serta menguatkan system imun badan. Recommended untuk Anda yang mempunyai masalah jerawat kerana masalah resdung.

Cara Hilangkan masalah Resdung dengan berkesan.

Feedback Dari Pengamal Vitamin Shaklee

Jangan Risau kerana Cikta juga mengamalkan Supplement Shaklee.

Jika Anda mengambil keputusan untuk berikhtiar dengan supplement Shaklee anda boleh terus menghubungi Cikta. Cikta adalah Pengedar Shaklee yang sah dan berdaftar sejak 2013 lagi. Cikta akan cuba beri cadangan yang terbaik mengikut budget Anda, in Shaa Allah!

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6011-28640846

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge