Atasi Angin Dan Pedih Ulu Hati Akibat Dari Gastrik Dengan Selamat Dan Berkesan.

Mereka yang mengalami masalah gastrik pastinya tahu betapa sengsaranya apabila gastrik datang menyerang. Ada sesetengah orang diserang gastrik sehinggakan pedih ulu hati, muntah kuning kadang-kadang tinggal air jek, sakit kepala seperti migrain.

Kakak ipar Cikta cerita masa puasa lepas beliau diserang gastrik sampai tahap pergi serah diri di hospital untuk mendapatkan suntikan tahan sakit, sebab tak tahan sangat-sangat.

Faktor Penyebab Gastrik

Secara umumnya, gastrik sukar untuk ditangani secara menyeluruh kerana pesakit mungkin akan terus bergantung kepada “punca” berlakunya gastrik tersebut. Antara faktor penyebab masalah gastrik adalah seperti :
1. MAKANAN PEDAS
  • Mereka yang gemar makan pedas lebih berisiko untuk menghadapi masalah gastrik kerana tahap kepedasan itulah yang meransang rembesan jus gastrik asid di dalam perut.
2. MAKANAN / MINUMAN MASAM
  • Seperti makanan pedas tadi, makanan yang masam juga turut akan merangsang rembesan jus gastrik. Bagi mereka yang gemar makan makanan seperti jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada terhakis oleh asid hidroklorik dan akan menjadi semakin menipis.
3. MAKANAN BERGORENG / BERMINYAK
  • makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih sukar untuk dicerna, ianya akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang.
4. MEROKOK
  • Menurut beberapa kajian sains, bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Merokok boleh merangsang saraf otak yang memberi rasa ‘high’, maka ianya turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
5. KAFIEN
  • Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Sedikit pengambilannya mungkin tiada masalah tetapi jika ianya diambil kerap akan mendatangkan kemudharatan.
6. TEKANAN EMOSI
  • Gaya hidup moden kini penuh dengan pelbagai tekanan. Tekanan emosi ini yang akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan dan akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya..
Menurut kajian, faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori ini secara tidak langsung menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan ianya akan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulser perut. Kajian juga menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut.

Jenis Ubat Pesakit Gastrik

Kebiasaan untuk pesakit gastrik, apabila mereka berjumpa dengan doktor, mereka akan dibekalkan dengan ubat seperti :
1. ANTASID
Ianya diperbuat dari garam karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara yang menghalang asid refluks daripada mengalir ke dalam tiub esofagus yang menyebabkan rasa hati terbakar ( heart burn ). Ubat jenis ini memang boleh memberi kelegaan yang segera, tetapi anda dinasihat supaya jangan terlalu bergantung kepada ubat jenis ini kerana ianya mengandungi macam-macam bahan kimia sintetik yang sukar untuk dihadam oleh badan.
2. PROTON PUMP INHIBITOR
Ubat jenis ini bertindak dengan merencatkan sel-sel perut yang merembeskan jus asid gastrik. Masalahnya adalah jika tiada jus gastrik yang cukup untuk pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam usus. Apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan diserap ke dalam saluran darah, ianya akan menyebabkan darah menjadi semakin kotor dan pekat yang turut akan menyebabkan macam-macam penyakit sampingan yang lain..
3. PPI ANTIBIOTIK
Ubat ini digunakan untuk membunuh bakteria H. Pylori yang tersembunyi di dalam dasar dinding perut. Tetapi malangnya, antibiotik am ( broad spectrum antibiotics ) yang digunakan bukannya khas dalam membunuh H. Pylori. Ianya mungkin boleh membunuh segelintir koloni H. Pylori tetapi ianya juga membunuh lebih banyak bakteria baik yang penting dalam membantu pencernaan badan. Kajian terbaru menunjukkan spesies H. Pylori yang baru sudah mempunyai rintangan terhadap antibiotik am tersebut.
Pernah tak terfikir kenapa semakin hari semakin ramai yang menghidapi penyakit moden seperti kencing manis, darah tinggi dan mati akibat kanser ? Tetapi penyakit yang dinyatakan jarang didengar pada zaman dahulu kan? Penyakit mudah menyerang apabila kita semakin rasa selesa dan mengambil mudah serta tidak mementingkan kesihatan. Makan pun mahu yang sedap sahaja kan?

[Menderita Gastrik Selama 10tahun Alhamdulillah Pulih Dengan Set Berpantang]

Untuk Supplement Cadangan untuk masalah gastrik boleh klik di SINI.

Pilihan ditangan anda. Anda boleh memilih menahan sahaja gastrik itu atau ikhtiar untuk merawatinya. Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge