Atasi Masalah Anxiety Disorders Dengan Berkesan Tanpa Sebarang Ubat

Anxiety Disorders? Apa itu? Actually sebelum ini pun Cikta tak pernah tahu pun pasal masalah anxiety disorder ni tau, kalau dengar pun tak ambil tahu pun. Sehinggalah ahli keluarga Cikta sendiri yang mengalaminya. So Cikta rasa Cikta kena share tentang masalah anxiety disorder ni dengan semua. Supaya kita semua lebih alert tentang kewujudannya.

Anxiety disorders ini merupakan salah satu masalah emosi. Kita semua memang akan mengalami debaran and keresahan.. Kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah sesuatu yang biasa dan ianya bersifat sementara. Namun  ada sesetengah daripada kita, keresahan ini akan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi sesuatu gangguan yang tidak normal.

Masalah emosi seperti ini adalah sesuatu yang serius. Seandainya kebimbangan atau keresahan ini tidak dapat dikawal ianya akan mengakibatkan kemurungan (depression). Dan yang paling merbahaya, jika dibiarkan penderita anxiety disorders ini mungkin akan terfikir untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan seperti mencederakan atau membunuh diri. Nauzubillahhiminzalik!

7 Tanda ‘ANXIETY DISORDER’

1. Kebimbangan Pada Setiap Masa

‘Anxiety disorder’ menyebabkan anda sentiasa merasa resah pada kebanyakan hari dan perasaan resah ini akan berterusan selama enam bulan. Ianya boleh menjadi terlalu kronik sehinggakan perkara harian yang remeh pun sering menjadi kerisauan. Ini juga menyebabkan aktiviti harian anda akan terganggu manakala tubuh dan minda terasa letih sangat-sangat.

“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD, Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.

2. Susah Tidur

Masalah untuk melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. Jika kita ingin berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah jika kita berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar untuk melelapkan mata. Tetapi sekiranya anda sering terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh tidur atau terbawa-bawa masalah itu ke dalam mimpi hingga selalu terjaga. Ini adalah merupakan salah satu tanda anda menderita ‘anxiety disorder’. Tolong alert!

3. Otot Berasa Tegang

Berlaku ketetangan otot secara berterusan adalah antara tanda yang kecil ‘anxiety disorder’. Tanda-tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stress yang keterlaluan. Ianya boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa. Rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’. Ini adalah menurut Anxiety Centre.

4. Penghadaman Yang Teruk

Kebimbangan mungkin bermula daripada minda anda, tetapi ianya boleh dilihat secara fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua adalah merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi. Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman ini juga membuat seseorang merasa bertambah risau.

5. Nervous Breakdown

Seseorang yang menderita ‘anxiety disorder’ kebiasaannya suka menyimpan perasaan. Namun apabila keresahan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut. Selain itu, ada juga sesetengah orang sering pengsan apabila terlalu stress.

6. Fokus Pada Sesuatu Negatif

‘Anxiety disorder’ ini menyebabkan seseorang lebih cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif berbanding positif. Walaupun banyak hal positif yang ada dihadapannya. Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.

7. Panic Attack

Serangan panik ini boleh menjadi sesuatu yang lebih menakutkan kerana ianya seakan-akan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ ini akan berasa sukar untuk bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badan. Bukanlah semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mengesahkannya.

Ujian Saringan Minda Sihat (DASS)

Jika anda ragu sama ada anda mengalaminya atau tidak, nah try Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) secara online sebagai langkah awal. Saringan ini akan menilai tahap stress, risau atau depresi yang anda dialami. Keputusannya akan dihantar melalui email. Cikta dah, jom try.

Cara Atasi Masalah Anxiety Disorder

Seandainya anda beragama Islam, apa yang boleh anda buat adalah dekatkan diri kepada Allah. Sabar, banyakkan solat sunat, berdoa dan bacalah al-Quran terutamanya ayat-ayat ruqyah.

Adakah Pengambilan Suplemen Dapat Membantu Pesakit?

Ya. Suplemen bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah ‘anxiety disorders’ tersebut, malah dengan pengambilan secara konsisten juga dapat membantu menenangkan hati dan fikiran si penderita. Sila klik SINI untuk lebih details.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee yang sesuai dengan masalah kesihatan anda. Sila hubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge