Atasi Masalah Keputihan Dengan Berkesan Dan Selamat

Mungkin bagi sesetengah wanita, masalah keputihan ini masalah yang dipandang remeh. Ada juga yang malu dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri serta tidak berbuat apa-apa apatah lagi untuk mendapatkan rawatan.

Ada juga yang menganggap masalah keputihan ini adalah 1 masalah yang serious. Telah pelbagai cara dicuba untuk menghilangkan dan merawat masalah keputihan tetapi masih tidak selesai. Keputihan berhenti sebentar semasa ubat diambil, tetapi datang semula apabila menghentikan pengambilan ubat. Mari teruskan membaca artikel ini, mungkin anda jumpa penyelesaiannya disini. In shaa Allah!

Adakah Keputihan Berbahaya?

Keputihan yang tidak dirawat dan dibiarkan  boleh mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Jika lewat ditangani, ianya bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi ianya juga boleh menyebabkan penyakit yang serious seperti kanser rahim dan boleh membawa kematian.

Keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangkamasa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah keputihan yang kronik adalah berkaitan daripada jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang juga boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Perlu diingatkan, jika anda mempunyai sistem daya tahan badan yang lemah, penyakit keputihan yang dianggap biasa ini boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkan pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Masalah Keputihan.

Faktor Kebersihan

Kebersihan terutamanya di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar tidak berlaku jangkitan.

Wanita sentiasa digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air yang bersih serta memastikan ianya dilap sehingga kering selepas membuang air kecil atau selepas melakukan aktiviti seksual. Keadaan yang lembab pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

Faktor Hormon

Hormon yang tidak seimbang dalam tubuh juga boleh menyebabkan seseorang menghadapi masalah keputihan. Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

  1. Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  2. Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semulajadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  3. Tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain juga akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang. 4. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.

Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang sangat mempengaruhi status kesihatan. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan di bahagian faraj.

Faktor Kesihatan

Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat masalah keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS, atau ketumbuhan, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Set Cadangan Untuk Masalah Keputihan.

Bagaimana ianya membantu masalah keputihan?

Alfalfa Complex

  • Membantu mencuci/ detox hati, darah dan usus – Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Membantu melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Bagus untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser astric, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex

  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk membantu mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Membantu menghalang alergi – hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Membantu mempertingkatkan sistem penghadaman – kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • Membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh
  • Membantu menurunkan kolesterol
  • Membantu menurunkan darah tinggi
  • Agen detoksifikasi

GLA Complex

  • Membantu mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Membantu menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
  • Membantu mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Membantu meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Membantu menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Juga membantu meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Testimoni

 

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. Opss

Jika anda mempunyai masalah keputihan dan sedang hamil, anda wajib memberitahu keadaan anda kepada Pengedar Shaklee yang anda hubungi. Anda boleh menghubungi Cikta, In shaa Allah Cikta akan beri konsultansi yang terbaik.

Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah sejakk tahun 2013 lagi. Dan tentunya merupakan pengguna tegar produk Shaklee sebelum membuat keputusan untuk menyertai Shaklee. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge