Atasi Masalah Kulit Berjerawat Ketika Hamil

Hamil adalah sesuatu yang membahagiakan oleh setiap pasangan. Bagi seorang yang bakal bergelar ibu juga, tentulah ianya sesuatu yang sangat diidam-idamkan. Memang ini tidak dapat disangkal lagi. Tetapi tempoh hamil adalah tempoh yang mencabar bagi sesetengah wanita.

Masalah Kulit Semasa hamil.

Entry kali ini Cikta ingin berkongsi cerita tentang masalah kulit yang kerap menghantui ibu-ibu yang sedang hamil. Bagi sesetengah orang mungkin perkara ini adalah sesuatu perkara yang remeh dan kecil tetapi jika sudah ketahap jerawat tumbuh bersilih ganti sehingga membuatkan wanita hamil menjadi tertekan serta hilang keyakinan diri, adakah perkara ini perlu dibiarkan sahaja?

“Ala sekejap sahaja tu, nanti baby lahir hilanglah masalah itu” Mungkin ini ayat yang boleh digunakan untuk menyedapkan hati tetapi jika ada sesuatu yang lebih baik dan membantu, mungkin ianya boleh difikirkan serta dipertimbangkan.

Suplemen Sesuai Untuk Wanita Hamil.

Ramai yang mengabaikan pengambilan suplemen atau vitamin untuk ibu hamil. Ada juga yang beranggapan makanan sebenar (real food) sahaja sudah cukup untuk menampung keperluan seharian ibu hamil. Ada pula yang mula mendoktrinkan bahawa suplemen ini perkara yang merbahaya kepada ibu dan juga bayi didalam perut. Ini tidak benar sama sekali.

Jika suplemen berbahaya untuk wanita hamil, Doktor tidak akan membekalkan iron tablet, vitamin b, asid folik dan vitamin c kepada wanita hamil. Ada juga Doktor yang membekalkan multivitamin seperti obimin atau iberet. Adakah anda sedar bahawa apa yang dibekalkan oleh Doktor itu semua adalah suplemen atau makanan tambahan atau juga lebih dikenali sebagai vitamin?

Ianya sangat penting dan bertujuan untuk menampung keperluan badan ibu hamil akibat kekurangan nutrisi dalam diet pemakanan seharian. Sebagai contoh asid folik berfungsi membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Anda masih lagi takut untuk mengambil suplemen semasa hamil?

Dan suplemen yang sesuai untuk ibu hamil ini juga sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai masalah kulit akibat ketidakseimbangan hormon. Terutamanya Vitamin B dan C. Ianya membantu mengecutkan jerawat dan menyihatkan semula kulit anda. In shaa Allah!

Skincare/ Penjagaan Kulit Sesuai Untuk Wanita Hamil.

Ramai yang mula mengabaikan penjagaan kulit semasa hamil. Dan menggunakan perkataan ‘pembawakan’ untuk menyedapkan hati. Tidak dinafikan ada benarnya tapi mungkin anda boleh menjaga kulit anda secara asas sebelum ianya bertambah teruk. Cikta bagi contoh, jika anda biarkan masalah kulit anda yang lebih berminyak daripada biasa semasa hamil selama lebih kurang 9bulan jerawat akan bermaharaja lela. Ya mungkin ianya akan surut tetapi apabila jerawat sudah surut parut jerawat itu akan kekal dan susah dihilangkan. Adakah anda akan membiarkan parut jerawat memenuhi wajah anda?

Ada juga diantara kita mengambil jalan mudah untuk mencantikkan kulit dengan menggunakan produk kecantikan yang mempunyai bahan terlarang seperti merkuri dan hydroquinone. Anda harus cakna dengan apa kandungan sesuatu produk sebelum anda menyapukan atau memasukkannya kedalam tubuh anda. Ingat! Bahaya merkuri tidak hanya pada sapuan dipermukaan kulit tetapi diserap hingga kedalam usus. Ianya sangat merbahaya!

Shaklee mengambil masa sebanyak 8tahun untuk menghasilkan skincare dengan bahan semulajadi dan bebas daripada bahan terlarang mahupun paraben yang dikatakan selamat untuk menjadi pengawet sesuatu produk penjagaan kulit. Tetapi bagi Shaklee selamat itu adalah bebas dari SEMUA bahan kimia berbahaya.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang penjagaan kulit daripada luaran dan dalaman. Bolehlah menghubungi Cikta, Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah semenjak 2013 sehingga kini.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge