Bahaya Bahan Kimia Dan Bertoksik Dalam Sabun Basuh Baju Kita

Tengok tajuk pun dah menjeling. Mana taknya daripada lahir kita memang tak pernah hairan dengan sabun basuh lagi-lagi sabun basuh baju. Baju sahaja kot. Kita kurang pendedahan atau kurang mengambil tahu tentang hal ini. Sebenarnya produk detergen atau sabun basuh baju pelbagai jenama yang banyak dipasaran mengandungi bahan kimia bertoksik.

Kimia bertoksik ini akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan kita dari aspek kerengsaan kulit, rasa sakit tekak dan sehingga tahap karsinogen (agen-agen pencetus kanser!). Adakah Anda rasa perkara ini boleh dipandang remeh?

Murah Dan Wangi Tapi Adakah Ianya Selamat?

Banyak lambakan detergen atau sabun basuh baju yang mempunyai pelbagai warna, wangi dan dijual dengan harga yang murah dipasaran. Ianya mampu membuat pakaian kita berbau segar dan harum tetapi awas kerana tidak semua bau wangi itu selamat. Malah tempat kita mendobi adalah salah satu kawasan yang paling bertoksik dalam rumah kita.

Para pengeluar produk detergen ini tidak diwajibkan untuk menyenaraikan semua bahan ramuan pada bungkusan. Justeru, ianya sangat sukar untuk pengguna membuat pilihan berdasarkan maklumat. Istilah “wangi” sahaja merujuk kepada gabungan beberapa ratus bahan kimia yang berbahaya.

Pada tahun 2008, ahli-ahli sains melaporkan tentang kewujudan bahan kimia bertoksik dalam detergen dan bahan pencuci yang lain. Pelbagai bahan kimia telah ditemui pada produk sabun pencuci yang dipasarkan di kedai runcit dan pasaraya. Ini adalah fakta.

Para Saintis Telah Membuktikan Perkara Ini

Beberapa penyelidik daripada Universiti Washington telah dibuat untuk mengkaji beberapa jenama produk sabun basuh dan penyegar udara yang terkenal. Mereka mendapati produk-produk ini sebenarnya mengandungi berpuluh-puluh bahan kimia yang berbeza. Bahan-bahan kimia ini telah dikenalpasti sebagai toksik atau berbahaya di bawah undang-undang antarabangsa. Dan lebih menakutkan, tiada satu pun bahan kimia ini telah disenaraikan pada label bungkusan.

Kemudiannya kajian oleh penyelidik-penyelidik yang sama pada tahun 2011, mendapati bahawa udara yang dibebaskan daripada mesin basuh dan penyegar udaraoleh jenama terkemuka ini mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya, termasuk dua diklasifikasikan sebagai karsinogen. Analisis udara yang ditangkap menunjukkan lebih daripada 25 VOC, termasuk tujuh pencemar udara berbahaya. Kedua-dua karsinogen adalah asetaldehid dan benzena.

Anda perlu tahu, produk-produk ini boleh memberi kesan bukan sahaja keatas kesihatan peribadi tetapi juga kesihatan awam dan alam sekitar. Bahan kimia ini boleh meresap ke udara, ke air dan ke dalam tubuh kita. Bahaya bukan?

Sumber:

 7 Bahan Kimia Toksik Berbahaya Dalam Detergen Anda.

Jom kita dengan teliti apa diletakkan oleh pengeluar dalam sabun basuh kita yang membahayakan kesihatan kita dan keluarga.

1) Pewangi (Fragrance)

Para pengeluar menggabungkan beberapa jenis bahan kimia untuk menghasilkan wangian supaya kita akan percaya pakaian kita bersih. Ini kerana persepsi kita bau yang wangi itu bersih. Ini adalah salah satu masalah utama.  Mereka tidak perlu menyenaraikan bahan kimia pada label atas nama perlindungan perdagangan. Seperti yang kita lihat tadi, beberapa bahan kimia boleh menjadi sangat toksik.

2) Agen Pencuci (surfaktan)

Agen pencuci ini dimasukkan sekali dalam ramuan tujuannya untuk membantu membersih dengan lebih baik. Ini termasuklah bahan kimia seperti

  • Quaternium-15  dikenali kerana membebaskan formaldehid iaitu karsinogen
  • Dietanolamina. Ini dikaitkan dengan kulit dan kerengsaan mata dan mungkin masalah hati
  • Nonylphenol ethoxylate atau NPE iaitu toksik kepada saraf, merengsa kulit, potensi gangguan hormon, toksik kepada hidupan akuatik
  • Linear Sulfonat alkil benzena atau LAS boleh merengsa kulit dan mata dan toksik kepada hidupan akuatik; benzena sendiri adalah karsinogen
  • Sulingan petroleum dikaitkan dengan kanser dan kerosakan paru-paru

3. Penstabil (Stabilizer)

Bahan kimia ini membantu tujuannya menstabilkan formula, supaya ianya tahan lebih lama dari tarikh luput . Contohnya termasuk oksida Polialkalina atau etilena oksida, yang dikaitkan dengan mata dan kerengsaan paru-paru, dan juga dermatitis.

4. Peluntur

Peluntur boleh digunakan secara berasingan atau boleh dimasukkan dalam bahan pencuci itu sendiri. Ianya diketahui kerana merengsakan kulit, mata, dan paru-paru. Apabila ianya bercampur dengan air sisa basuhan, boleh membentuk sebatian organik toksik yang telah boleh mendatangkan masalah pernafasan, hati dan kerosakan buah pinggang.

5. 1,4-Dioxane

Ini adalah bahan kimia yang digunakan dalam  pembuatan detergen. Dalam ujian bebas, Women’s Voices for the Earth mendapati 89 bahagian per juta (ppm) dalam Tide Free & Gentle dan 63 ppm dalam Tide regular. Organisasi ini telah berjaya membantu meningkatkan kesedaran dan Proctor & Gamble juga bersetuju merangka semula untuk mengurangkan tahap ke bawah 25 ppm.

6. Pencerah (brightener)

Biasa kita lihat di televisyen, iklan sabun cuci yang berkuasa untuk mencerahkan ini banyak ditonjolkan. Tapi pernahkan kita terfikir apakah bahan kandungan yang digunakan untuk mencerahkan pakaian kita? Bahan kimia apa sebenarnya yang kekal pada pakaian untuk menyerap cahaya UV dan membantu pakaian kembali cerah?

Sebenarnya ianya mengandungi bahan kimia seperti

  • Naphthotriazolystilbenes iaitu dikaitkan dengan kesan perkembangan dan pembiakan
  • Benzoxazolyl
  • Disulfonate diaminostilbene dan banyak lagi.

Jikaa bahan bertoksik ini kekal dipakaian kita, sudah tentulah ianya mungkin akan bersentuhan dengan kulit.

7. Fosfat & EDTA

Pengeluar menggunakan bahan ini untuk membuatkan bahan pencuci jadi lebih berkesan dalam air yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi dari biasa (hard water) dan untuk membantu mencegah kotoran daripada terlekap kembali pada pakaian apabila telah dicuci.

Bahan kimia ini telah lama dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar. Terutamanya pencemaran sungai dan saliran air. Fosfat menyuburkan pertumbuhan alga yang merosakkan ekosistem. Banyak pengeluar yang sudah tidak menggunakan fosfat tetapi sering menggunakan etilena diamine asid tetraacetic (EDTA) sebagai bahan penggantinya. EDTA juga telah didapati sebagai toksik dalam kajian haiwan.

Pilihan Semulajadi Sebagai Alternatif

Sebenarnya kita boleh membuat beberapa pilihan alternatif sebagai jawapan untuk melindungi keluarga kita daripada semua bahan kimia bertoksik ini jika kita mempunyai ilmu tentangnya. Ada beberapa langkah mesra alam yang boleh kita ambil antaranya:

  • Buat Sendiri Sabun Basuh
    Sebenarnya ianya tidak sesusah mana pun. Cuma kita perlu meluangkan sedikit masa untuk menghasilkannya. apa yang diperlukan adalah soda basuh, boraks dan sabun bebas bau. Kemudian ikut sahaja panduan membuat sabun yang boleh didapati daripada internet.
  • Elakkan Guna Pelembut Fabrik
    Separuh cawan cuka vinegar yang dicampurkan sekali semasa fasa membilas akan memberikan hasil yang sama seperti penggunaan pelembut fabrik.
  • Bersihkan Kotoran Secara Semulajadi
    Dari menggunakan pembersih kotoran berkimia apa kata ditukarkan kepada kombinasi ramuan soda basuh, soda penaik dan air.
  • Cuba Guna Pencerah Semulajadi
    Campurkan sedikit soda penaik (baking soda) ke dalam mesin basuh ketika fasa membasuh sebenarnya akan membuatkan pakaian cerah secara semulajadi tanpa perlu mengguna bahan yang mungkin merengsakan kulit.
  • Rajinkanlah Diri Untuk Selalu Membersihkan Mesin Basuh
    Ini akan membantu kita untuk menghindari sebarang sisa sabun, bakteria dan bahan kotor yang lain yang tertinggal ketika proses mencuci pakaian selama ini. Curahkan cuka putih, masukkan air panas ke dalam mesin basuh dan tekan butang bilas.

Sabun Basuh Paling Selamat, Semulajadi Dan Berkesan? Ada ke?

Selepas kita baca semua informasi sehingga yang terakhir. Adakah kita mampu untuk membuat semuanya sendiri secara semulajadi? Rutin harian yang sibuk apatah lagi jika kita ini bekerja. Pilihan yang paling tepat dan jitu ialah belilah sabun basuh yang telah terbukti selamat, semulajadi dan berkesan. Tapi masalahnya ada ke?

Get Clean Shaklee : Fresh Laundry Concentrate

Formula enzim semulajadi akan meninggalkan rasa penuh kepuasan buat kita. Di samping memastikan pakaian ‘extra‘ bersih dan pada masa yang tidak memudaratkan alam sekitar. Ini bermakna kita boleh mencium bau harum pakaian bersih tanpa rasa bimbang dan ianya mesra kepada kulit.

Bahan kimia  yang terkandung dalam kebanyakan detergen di pasaran bersifat merengsakan dan diserap melalui kulit atau dihidu sehingga menyebabkan alergi. Sebarang sentuhan dengan bahan kimia bertoksik ini boleh membuatkan kulit jadi rengsa dan terbakar, mata berasa tak selesa dan gatal, mengganggu pernafasan di kawasan hidung, tekak dan paru-paru. Ini akan menyebabkan batuk atau sesak nafas. Sentuhan berulangkali dengan kulit boleh menyebabkan kekeringan, gatal-gatal, kerengsaan kronik, dan ruam.

Fresh Laundry Shaklee dijamin selamat dan semulajadi serta tidak mengandungi sebarang bahan-bahan berbahaya dan bertoksik.

Jimat, Selamat Dan Efektif

  • Pekatan Unggul – Sekotak boleh mencuci sehingga 88 cucian. 43% lebih dari jenama terkenal lain!
  • Prestasi Unggul – pembersih enzim diaktifkan menjaga kulit putih putih dan warna-warna terang.
  • Tak perlu gusar kerana ia selamat untuk semua jenis fabrik
  • Tanpa klorin dan tanpa bahan kimia berbahaya dala
  • Sesuai digunakan untuk sebarang suhu air sama ada panas atau sejuk.
  • Dirangka untuk mencegah pakaian berwarna luntur dan terkena pakaian yang lain semasa mencuci.

Testimoni.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Sila klik ;

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang produk Shaklee. Anda boleh terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Cikta akan bantu anda. In shaa Allah!

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge