Bisnes Tanpa Modal Yang Membolehkan Anda Jana Income Dengan Mudah Dan Sesuai Untuk Semua

Mungkin ada diantara anda yang masih tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan. Tak kiralah anda masih bekerja atau surirumahtangga sepenuh masa seperti Cikta. Sebenarnya kita semua mempunyai peluang yang sama cuma yang berbeza hanyalah tindakan kita.

Mungkin kisah dibawah ini serba sedikit memberi gambaran betapa anda perlu menyertai Cikta berbisnes bersama-sama Shaklee iaitu bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar dan anda akan diberikan panduan tentang macam-macam ilmu untuk berbisnes. Jadi janganlah risau jika anda tidak pandai berniaga. In shaa Allah itu bukan masalah besar.

[PENSYARAH AMBIL CUTI TANPA GAJI UNTUK FOKUS JANA PENDAPATAN LUMAYAN BERSAMA SHAKLEE]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama Saya Nurul Aziyana. Ibu kepada 2 orang anak. Bekerja sebagai pensyarah di politeknik tapi sekarang mengambil cuti tanpa gaji selama 9 bulan.

Penglibatan saya dengan Shaklee bermula Jun 2012 lagi. Sudah hampir 6 tahun. Waktu itu saya mula consume product Shaklee iaitu ESP. Tujuannya untuk tambah susu. Merasai keberkesanan product, saya pilih untuk beli lagi dan terus jadi ahli pada 26 julai 2012.

Saya suka berniaga. Sebelum saya mula serius dengan bisnes Shaklee, saya dah berniaga macam-macam iaiatu baju-baju baby, makanan, ambil tempahan menjahit, jual tudung dan macam-macam lagi lah. Bila upline saya tunjuk income yang beliau dapat dengan bisnes Shaklee, saya jadi teruja untuk cuba juga. Jadi saya tak fikir panjang, terus mula berkongsi kebaikan product. Masa tu medium yang saya gunakan adalah Facebook dan blog.

Alhamdulillah, bila berkongsi tak sangka dapat sambutan yang baik. Order dari pelanggan macam tak menang tangan. Jadi secara perlahan-perlahan saya hentikan jual macam-macam barang tu. Saya Nampak potensi sangat besar dalam bisnes ni. Walaupun saya bukan d ari latar belakang kesihatan, tapi menjual product kesihatan tidak menjadi masalah kerana kami dapat banyak training dan support dari syarikat dan group. Saya banyakkan membaca dan bertanya. Dari situ semakin hari semakin suka dengan bidang kesihatan.

Paling mengujakan, 3 bulan lepas saya serius dan focus dengan bisnes ni saya berjaya jana income 4 angka. Alhamdulillah group saya Road To Success (kini dengan nama Emerald Family) semakin berkembang. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu yang mana dari bisnes yang jual macam-macam sebelum tu pun tak pernah cecah 4 angka, tapi yang ni boleh bagi saya peluang dan kejayaan untuk raih income impian.

Sejak itu, saya nekad. Inilah bisnes yang saya akan buat sungguh-sungguh. Hari demi hari, bulan berganti bulan dan rank berganti rank, saya Berjaya capai kesemua 3C yang ditawarkan syarikat iaitu Cash, Car dan Convention. Dengan izin Allah, saya berjaya melayakkan diri untuk dapat Car bonus yang diberi dalam bentuk duit setiap bulan bergantung kepada pencapaian kita. Itulah duit yang saya guna untuk bayar ansuran kereta kami setiap bulan, sejak itu memang peruntukan duit gaji untuk kereta tidak terusik. Boleh diguna untuk perkara lain pula. Alhamdulillah.

Setiap tahun, Allah izinkan juga untuk saya merasai Trip Percuma Shaklee. Tahun pertama, saya dapat kelayakan ke Sabah. Hadiah ini saya beri pada suami. Tahun kedua, saya layak ke USA. Kali ini saya bawa bersama anak saya. Tahun ketiga, saya layak ke Italy. Sekali lagi saya hadiahkan buat suami kerana saya dalam pantang anak kedua waktu itu. Tahun keempat, saya layak ke Jepun dan tahun kelima iaitu tahun ini sekali lagi saya layak untuk ke trip Cruise Meditteranean ke 3 buah Negara iaitu Spain, Italy dan Perancis.

Allahuakbar, terasa sangat besar nikmat yang Allah bagi. Pengalaman pertama ke luar Negara adalah dengan trip Shaklee. Saya selalu mengimpikan untuk travel ke luar negara, tapi terasa mustahil kerana pelbagai kekangan namun dengan trip percuma ni, itulah hadiah yang Allah bagi untuk impian saya. Bertambah seronok kerana trip ini dengan kawan-kawan seangkatan. Dan saya juga boleh hadiahkan percutian ke Korea untuk keluarga kecil saya dengan bonus Shaklee sepenuhnya.

Nikmat Allah tak terhenti di situ. Dengan bisnes ni, saya jalinkan lebih banyak ukhuwah kerana bisnes ini adalah People Business. Saya belajar banyak perkara tentang manusia. Ilmu saya berkembang dan saya ajarkan pula pada downline-downline. Nikmatnya bila downline mendapat hasil dari apa yang diajar. Semoga Allah rezekikan saya untuk dapat pahala berpanjangan dengan bisnes ini.

Saya amat percaya, banyak impian saya tercapai dengan bisnes ni termasuklah menaja keluarga menunaikan umrah. Saya juga percaya, anda di luar sana juga mampu lakukannya tidak kira apa jua tahap pendidikan kerana sudah ramai yang buktikannya. Walaupun buat secara part time, yakin lah ianya boleh dilakukan kerana bisnes Shaklee sudah ada sistem yang kukuh untuk diikut.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kita semua mampu capai apa jua impian yang kita nak. Kita buat kerja kita, dan Allah aturkan segalanya. Saya jemput anda yang masih mencari-cari bisnes yang kukuh, ada sistem dan jana income impian untuk sama-sama lakukannya dengan bisnes Shaklee

Untuk sebarang persoalan mengenai bisnes Shaklee, anda boleh terus menghubungi Cikta. Jangan risau Cikta telah menceburi bisnes Shaklee daripada tahun 2013 dan kini Cikta merupakan seorang daripada mentor yang terlatih di CVG Group. Jomlah Cikta ajar!

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge