Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dewasa Yang Selamat Dan Berkesan

Cuba ingat semula, adakah anda sudah pernah kena demam chicken pox semasa kecik dulu? Yalah, Bila sebut je chicken pox terus terlintas di fikiran yang chicken pox ini hanya akan menyerang sekali seumur hidup kan? Ya, kebiasaannya begitulah. Tahukah anda, ada kajian yang mengatakan bahawa kesan chicken pox terhadap orang dewasa adalah lebih teruk berbanding kesan chicken pox kepada kanak-kanak.

Chicken Pox? Apa tu?

Chicken pox juga dipanggil sebagai cacar air, berpunca dari virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan sangat mudah berjangkit. Ianya berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada peringkat umur kanak-kanak. Namun begitu,ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh menyebarkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkiti orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkuping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi daripada virus yang sama dan berlaku pada di umur dewasa.

Tanda Dan Gejala Chicken Pox

Mereka yang menghidapi chicken pox pada mulanya akan mengalami demam. Setelah itu akan keluar bintik-bintik merah dimana ianya melibatkan kawasan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox ini akan mula timbul kurang dari 2 minggu selepas berlakunya jangkitan.

Bilangan bintik-bintik merah ini boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Apabila gelembung berisi air tersebut pecah ianya akan menjadi kering dan berkuping. Rasa gatal sederhana atau mungkin teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut yang teruk.

Tips Supaya Tidak Menggaru:

  1. Pastikan kuku penghidap chicken pox sentiasa pendek. Elak luka dan merosakkan kulit semasa menggaru.

  2. Pilih fabrik yang sesuai terutama kain kapas yang licin untuk elak ketidakselesaan pada kulit

  3. Untuk melegakan rasa gatal, boleh cuba menyapu krim atau losyen bagi tujuan menyamankan.

Komplikasi Chicken Pox

Ruam akibat chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tidak akan mendatangkan sebarang komplikasi. Tapi diingatkan, adakala penyakit boleh jadi lebih teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk antaranya:

  • Bayi yang baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau tidak mengambil pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung akan menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan yang serius serta membahayakan nyawa bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan terhadap penyakit seperti penghidap HIVbarah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit radang kulit (inflammation eczema).

Cara Hilangkan Kesan Parut Chicken Pox Dengan Lebih Cepat Dan Berkesan

Disini Saya berkongsi sedikit ilmu cara menghilangkan Parut Chicken Pox dengan vitamin dan nutrisi yang secukupnya. Semoga bermanfaat kepada anda.

Antara Supplement yang dicadangkan untuk masalah Chicken Pox ini adalah seperti dibawah. Anda boleh memilih mengikut keadaan parut anda serta mengikut budget kewangan anda.

 

  • Nutriferon – Bantu meningkatkan antibodi bagi melawan penyakit. Nutriferon merupakan satu-satunya supplement yang dihasilkan oleh pakar imun dengan penyelidikan lebih 40 tahun.
  • Garlic complex – Bertindak sebagai antibiotik semulajadi.
  • Vitamin C Sustain Released – Meningkatkan sistem imun badan dan mencantikkan kulit supaya lebih cerah dan berseri.
  • ESP –  Memberi tenaga segera dan membina sel baru pada kulit yang diserang parut chicken pox.
  • Vitamin E – Membantu memudarkan parut chicken pox yang teruk pada tubuh dan wajah dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Krim Herbal Blend – Memberi kelegaan kepada  kulit yang tidak selesa/gatal akibat chicken pox

Testimoni Chicken Pox Dengan Produk Shaklee

Anda buntu dengan parut chicken pox yang besar dan menjadikan kulit tidak menarik? Jangan berlengah untuk mencuba Set Chicken Pox Shaklee bagi mengatasi parut degil anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee ini? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium. klik di SINI

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge