Cara Memilih Vitamin C Terbaik Musim Covid 19

Hari ini entah hari keberapa PKP dijalankan di Malaysia. Malahan sekarang sudah memasuki Fasa Pemulihan. Di Johor Bahru kini masih lagi Fasa 1. Bila tengok berita dekat TV tu seram sejuk rasa. Kes mereka yang dijangkiti Covid 19 semakin naik. Di Johor ini pun tak kurang tinggi kesnya. Jadi Cikta rasa memang patutlah PKP ini diteruskan. Tak sanggup nak lepaskan anak ke sekolah dengan kes yang mencanak naik ni.

Cuma disebalik kebaikkan dalam menangani masalah jangkitan Covid 19 yang makin meningkat ini, maybe terselit mereka yang mula pening memikirkan kos untuk hidup. Dengar-dengar ada yang diberhenti kerja, dan ada juga yang diberi pilihan untuk dikenakan pengurangan gaji jika masih ingin bekerja, ada yang terpaksa menutup kedai dan ada juga yang tidak menerima kunjungan pelanggan dari pagi sehingga tutup kedai. Apa pun keadaan Cikta doakan semoga kita semua kuat menghadapi keadaan Pandemic Covid 19 yang entah bila habisnya.

Walau bagaimanapun, keadaan Pandemic Covid 19 ini juga memberi kami sebagai pengedar untuk mendapat lebih pendapatan. Dalam keadaan sekarang ini, ramai yang telah sedar tentang kepentingan supplement atau makanan tambahan untuk mencukupi nutrisi seharian. Lagi-lagi untuk menguatkan sistem immune badan. Alhamdulillah!

Kini ramai yang lebih cakna tentang pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian terutamanya vitamin C. Cikta rasa itu adalah sesuatu yang baik. Vitamin C memang bagus untuk kesihatan kita. Untuk kecantikan kulit, kekebalan sistem immune dan banyak lagi. Cuma tahu tak yang sebenarnya vitamin C pun ada yang bagus dan tidak. Jadi macamana kita nak pilih vitamin C yang bagus agak-agaknya ya?

Senang sahaja! 1st, kita kena pastikan Vitamin C yang kita hendak amalkan itu adalah dari bahan semulajadi dan bebas bahan sintetik. Apa itu bahan sintetik? Bahan sintetik adalah seperti pewarna tiruan, perasa tiruan, gula tambahan dan seangkatan dengannya. Kenapa tak elok bahan sintetik ini? Ianya kerana jika kita ingin makan dan amalkan vitamin C itu, kita mestilah nak jadikannya rutin untuk diamakan setiap hari, betul tak? Jadi kita kena ambil tahu juga sumbernya dari mana. Kita amalkan untuk sihat bukan untuk menambah penyakit. Setuju?

2nd, kita kena faham dengan sifat vitamin c yang larut air atau water soluble. Maknanya begini vitamin C yang kita makan, jika tak diserapkan oleh badan ianya akan keluar melalui air seperti urine atau peluh. Jadi pastikan kita tidak membazir. Kena pilih yang berbentuk tablet dan bukannya serbuk. Kita kena faham badan kita hanya menerima 100mg – 200mg sahaja dalam 1jam. Jadi pastikan juga vitamin C yang kita ambil tu mempunyai sustained release iaitu melepaskan sedikit demi sedikit dose vitamin C kedalam tubuh. Kalau semua vitamin C yang kita makan tapi tak serap badan akan keluar melalui air kencing kita. Rugilah kan?

Dan Last but not least, cari vitamin C yang dikeluarkan oleh Syarikat yang telah lama ditubuhkan dan bukannya Syarikat yang baru saja ditubuhkan sebaik sahaja timbulnya keadaan covid 19 ini. Ini adalah kerana mungkin syarikat itu hanyalah menjual vitamin C untuk mengaut keuntungan. Dan pastikan juga vitamin C yang akan anda pilih dan amalkan mempunyai Landmark-study untuk memastikan keselamatannya untuk diamalkan dalam jangkamasa yang lama.

Cikta yakin anda semua orang yang bijak. Bijak dalam memilih yang terbaik. Ingat! Apa yang ingin kita masukkan dalam mulut atau apa yang ingin kita sapukan keatas permukaan kulit kita, kita mesti tau apa kandungannya serta pastikan ianya adalah selamat dan bebas dari bahan berbahaya baik untuk diri kita sendiri atau untuk muka bumi yang kita sedang duduki ini. Kita kan khalifah atas dunia ni. Betul kan?

Nah! Sustained Release Vita C Plus ni lengkap dengan ciri-ciri yang Cikta beritahu awal tadi. Ianya diperbuat dari  ekstrak Jagung yang sesuai untuk anda yang mempunyai perut yang sensitif. Selain itu, harganya juga sangat berpatutan dan berbaloi. Hanya kira-kira 54sen sebiji. Cepat grab sebelum kehabisan Stock.

Jika Anda berminat untuk mendapatkan Vitamin C ini atau ingin menjana income yang lumayan dengan hanya menjual Vitamin C ini, boleh terus menghubungi Cikta segera

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6011-28640846

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge