Cara Menentukan Tahap Kesihatan Melalui Warna Air Kencing.

Baru-baru ini Cikta ada terima soalan daripada seorang pelanggan yang membeli B-complex. Katanya Urine bertukar warna kuning selepas makan B-complex. Sebenarnya kita kena faham sifat vitamin yang kita decide untuk makan. Contohnya vitamin B-Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ianya sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ianya adalah normal, proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan dan ianya terus keluar melalui air kencing, menyebabkan air kencing menjadi warna kuning terang. Bukanlah bermaksud kita terlebih dose tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik. 

Cara Menentukan Tahap Kesihatan Melalui Warna Air Kencing

Badan kita terlalu unik, ciptaan yang Maha Esa. Melalui warna urin kita juga kita boleh tentukan tahap kesihatan kita. Ini antara contohnya:-

  • KUNING PUCAT – normal dan cukup hidrasi.
  • KUNING TERANG – akibat pengambilan vitamin B-Complex.
  • KUNING GELAP – akibat pengambilan vitamin B-Complex, dan kemungkinan dehidrasi. Sila tambah jumlah air minuman anda!
  • OREN – akibat pengambilan vitamin Carotomax, dan kemungkinan dehidrasi. Sila tambah jumlah air minuman anda!
  • KECOKLATAN – akibat pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati. Sila rujuk doktor anda.
  • KERUH – Jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
  • KEMERAH-MERAHAN – Jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • KEBIRU-BIRUAN – Kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Jadi janganlah risau ya jika warna air kencing jadi kuning terang lepas ambil vitamin B-Complex. Ia adalah NORMAL. Tapi jika warna kuning gelap, ianya mungkin petanda pengambilan air seharian anda tidak cukup. Jadi pastikan anda minum air mengikut jumlah yang disarankan bergantung berat badan anda.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, Anda boleh menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge