Cara Merawat Bisul Dengan Mudah, Berkesan Dan Selamat.

Di kalangan kita ramai yang pernah mengalami masalah timbul bisul di bahagian-bahagian tertentu pada badan. Namun tidak ramai mengetahui bahawasanya bisul juga boleh mengancam nyawa sekiranya ianya lambat di rawat terutama jenis bisul yang dipanggil karbunkel. Jadi masalah Bisul haruslah dirawat sebelum terlambat!

Bisul Boleh Membawa Maut.

Karbunkel adalah merujuk kepada sekumpulan bisul kecil yang telah bersatu di bawah kulit dan menjadi satu bisul besar. Ianya mempunyai banyak mata dan boleh mengeluarkan nanah daripada matanya yang pecah. Bisul Karbunkel kebiasaannya terjadi di bahagian badan yang mempunyai banyak rambut seperti di leher atau bahagian belakang tubuh.

Ianya berwarna merah, tegang dan membuatkan rasa sakit. Ianya terjadi disebabkan oleh infeksi beberapa akar atau folikel rambut (folikulitis) yang bersatu menjadi satu karbunkel. Punca seseorang mendapat bisul karbunkel adalah disebabkan infeksi bakteria yang dinamakan staphylococcus aureus atau strepfococcus pyogeues.

Kedua-dua bakteria tersebut memang hidup di lapisan atas kulit manusia dan boleh ianya menyebabkan infeksi berlaku apabila terdapat luka di atas permukaan kulit. Bukaan luka berkenaan membolehkan bakteria tersebut memasuki lapisan bawah kulit dan menyebabkan berlakunya infeksi pada folikel-folikel rambut dan akhirnya menjadi karbunkel.

Simptom utama seseorang itu mendapat bisul karbunkel ialah apabila satu bisul kecil merebak kepada folikel rambut berdekatan dan menjadi satu bisul yang besar, merah, panas, dan sakit. Mata pada karbunkel ini boleh pecah dan mengeluarkan nanah yang baunya kurang menyenangkan.

Bisul juga berisiko menyebabkan simptom infeksi lain seperti demam, rasa lesu dan tidak bermaya. Bisul tidak berbahaya pada peringkat awal. Namun, jika lambat diubati, bisul boleh mengancam nyawa iaitu sekiranya bakteria yang menyebabkannya memasuki salur darah dan menjadi sepsis.

Tips mencegah bisul

  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan memastikan kulit sentiasa bersih, membasuh tangan sebelum menyentuh muka dan elakkan berkongsi tuala atau pakaian dengan orang lain.
  • Dari segi pemakanan pula cuba elakkan makanan bergula atau berlemak serta banyakkan makan buahan, sayuran, bijirin dan protien (tak berlemak)
  • Apabila terkena bisul elakkan menekan dan memicitnya kerana ianya boleh merebak ke bahagian kulit lain atau aliran darah.

Supplement Yang Dicadangkan Untuk Membantu Masalah Bisul.

Garlic – Antibiotik semulajadi. Ianya juga terkenal sebagai antiseptik dan antifungal. Bukan sahaja untuk bisul tapi ia boleh meningkatkan imuniti tubuh dan menyekat pembentukan kulat, yis candida dan virus2 lain.

‘ Tahu tak 1 tablet garlic shaklee menyamai 2 ulas bawang segar yang berkualiti ‘

Vitamin C – Adalah vitamin antioksidan yang akan membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Vitamin C akan membantu tubuh menghalang jangkitan seperti bisul dengan lebih efektif. Vitamin C juga menghalang bisul daripada terjadi lagi kerana ianya meningkatkan antibodi tubuh.

Herbal Blend Cream – Krim serbaguna ini boleh disapukan pada bisul agar cepat matang. Herbal blend cream juga sesuai disapu pada kulit kering, tumit kasar & pecah, kulit gatal-gatal, terkena gigitan nyamuk, merawat luka-luka, melecur, memudarkan parut dan banyak lagi .

Testimoni.

Untuk membeli Set ini sila klik :

 Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan mengenai produk Shaklee untuk menyelesaikan masalah Anda atau Anda berminat untuk mengetahui tentang peluang perniagaan yang ditawarkan oleh pihak Shaklee. Boleh menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge