Cara Tingkatkan Imun Untuk Elakkan Penularan Wabak

Pelbagai jenis wabak serta penyakit berjangkit yang melibatkan saluran pernafasan kini muncul dan ianya sangat mudah untuk menjangkit dan merebak. Adakah kita patut berdiam atau wajib berbuat sesuatu. Inilah masanya kita wajib mengambil inisiatif untuk menguatkan sistem imuniti badan, tingkatkan tahap kebersihan dan elakkan diri serta keluarga daripada punca risiko seperti berkunjung ke tempat-tempat sesak yang dikhuatiri menjadi tempat penyebaran wabak.

Tanda Dan Simptom Jangkitan Virus Terhadap Saluran Pernafasan.

Kebiasaannya pesakit yang dijangkiti akan mula menunjukkan simptom-simptom pada 2 hingga 14 hari selepas dijangkiti. Antara tandanya adalah demam, selsema dan batuk.

Pada asalnya, virus penyakit berjangkit ini hanya terkesan kepada haiwan dan sukar untuk menjangkiti manusia. Namun kini telah terdapat banyak kes yang melibatkan jangkitan terhadap manusia dan ianya masih belum dikenalpasti bagaimana ianya berpindah kepada manusia.

Penularannya sangat cepat, ini menunjukkan ianya telah menjangkiti sesama manusia terutamanya keluarga terdekat dan orang sekeliling melalui cecair salur pernafasan samaada secara batuk atau bersin.

Pencegahan Dan Rawatan

Antara aktiviti asas pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penyebaran penyakit salur pernafasan ini dari terus berjangkit dan tersebar adalah seperti:

  • Sentiasa mencuci tangan selama 20saat menggunakan sabun atau hand sanitizer
  • Elakkan daripada berada di tempat awam ketika tidak sihat (imun lemah)
  • Elakkan menyentuh kawasan muka seperti mata, hidung atau mulut dengan tangan yang kotor.
  • Jaga adab bersin dengan menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin
  • Elakkan daripada berada berhampiran dengan mereka yang tidak sihat (batuk dan demam)

Tingkatkan Tahap Imuniti Untuk Kurangkan Risiko Jangkitan

Seperti anda sedia maklum, tubuh yang rendah tahap imun mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, kita disarankan untuk tingkatkan tahap imun dan kebersihan diri. Ramai pakar perubatan bersetuju pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu untuk meningkatkan tahap imun tubuh dan mengurangkan jangkitan virus.

Penjagaan Kebersihan Bantu Elak Penyakit Berjangkit

Kebersihan diri dan persekitaran juga perlu dititikberatkan. Selain kerap mencuci tangan menggunakan sabun penggunaan sanitizer juga sangat membantu. Namun begitu, di masa ini mungkin sukar untuk mendapatkan sanitizer di pasaran dek kerana permintaan yang sangat tinggi sehinggakan jika ditanya di sana-sini sudah kehabisan stok.

Jangan risau! Sebenarnya terdapat alternatif lain di mana pengguna mula membuat sanitizer sendiri (DIY). Apa yang paling penting ianya selamat untuk kanak-kanak dan alam sekitar. Di sini Cikta kongsikan iaitu Basic H adalah merupakan sabun atau pencuci serbaguna dan diperbuat daripada ekstraks bahan semulajadi. Ianya sangat dicadangkan untuk dijadikan sebagai hand sanitizer dengan sukatan yang tertentu. Sukatan yang diperlukan adalah seperti gambar dibawah.

Untuk Perlindungan Menyeluruh

Risau sahaja tak cukup. Mari  berikhtiar untuk dapatkan pelindungan secara menyeluruh untuk seisi keluarga. Apa yang anda perlukan adalah produk untuk tingkatkan imun dari dalam dan produk untuk kebersihan diri serta kediaman.

Jika anda mengambil keputusan untuk berikhtiar dengan Set ini anda boleh terus menghubungi Cikta dengan kadar segera. In shaa Allah Anda akan berpuas hati dengan konsultasi yang akan Cikta berikan.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6011-28640846

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge