Hilangkan Jerawat Akibat Hormon Remaja Yang Tidak Stabil Dengan Set Pelajar Shaklee Yang Murah, Selamat Dan Berkesan.

“Cikta, set jerawat  shaklee untuk student punya budget ada tak? Saya ni student jadi tak mampulah nak beli yang mahal-mahal. ”

Ada adik. Shaklee ni memang banyak suggestion supplement tapi yang Set Jerawat ni sangat sesuai untuk student  dan memang mampu milik serta berkesan untuk hilangkan masalah jerawat. Tapi sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang harga Set Jerawat Pelajar yang mampu milik dan tahan lama ni, Cikta nak adik faham dulu punca adik mengalami masalah jerawat. Dah buat macam-macam tapi tetap tak berjaya atasi masalah jerawat tu kan? Jom teruskan membaca.

Punca Jerawat Di Kalangan Remaja

Golongan remaja adalah golongan yang sedang dalam fasa untuk menjadi dewasa. Dalam proses ini, akan berlaku perubahan hormon dan kebanyakan masa ianya tidak stabil. Kebiasaannya punca jerawat di kalangan pelajar dan remaja adalah disebabkan beberapa faktor seperti :

1.Perubahan Hormon

Perubahan hormon adalah antara faktor terbesar yang mencetuskan masalah jerawat. Hormon tidak seimbang akan membuatkan kelenjar minyak kulit muka mengeluarkan sebum atau minyak dengan berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat. Liang pori yang tersumbat dan dijangkiti bakteria inilah yang akan menyebabkan masalah jerawat.

Baca juga : Atasi Masalah Jerawat Kerana Hormon Tidak Stabil Semasa Pregnant

2. Kulit kurang nutrisi

Remaja kebiasaannya kurang cakna tentang penjagaan pemakanan. Apabila kurang menjaga pemakanan, mereka juga biasanya akan mendapat kulit yang tak sihat. Kulit yang tak sihat sukar untuk melawan bakteria didalam liang kulit. Bakteria akan menjadikan jerawat merah dan membengkak.

3. Kurang menjaga kebersihan

Memakai pencuci muka biasa saja tidak cukup untuk memastikan kulit muka adik bersih. Tambahan pula, pelajar biasanya aktif bersukan dan banyak berpeluh. Bakteria lebih senang membiak jika adik mengabaikan dan tidak menjaga kebersihan diri dan pakaian.

4. Tekanan / Stress

Stress atau pun tekanan sangat sinonim dengan dunia remaja dan pelajar. Zaman remaja memang biasa stress ni. Semua benda kalau tak dapat disempurnakan pun akan rasa stress. Biasalah jiwa remaja kan? Jangan tipu! Cikta pon pernah melalui zaman itu. hihi

Jom Cikta Share Sedikit Ilmu Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Paling Mudah.

1. Stabilkan Hormon

 

Kenapa perlu stabilkan hormon ya? Seperti yang Cikta cerita diatas, golongan remaja memang tidak dapat dipisahkan daripada masalah hormon tak stabil.  Hormon yang tidak stabil ini yang akan buat kulit muka kita tambah berminyak. Apabila minyak banyak, liang folikel kulit akan mudah tersumbat dan jerawat akan mudah beranak-pinak diatas permukaan muka. Dan buat pengetahuan adik sengugut juga merupakan salah satu tanda hormon tidak stabil ya.

Cara Mengatasi Hormon Tak Stabil

Cikta suggestkan adik-adik untuk mengamalkan GLA Complex Shaklee.

GLA Complex akan berfungsi membantu hormon adik menjadi seimbang. Bila hormon seimbang, kulit muka tidak lagi menjadi terlalu berminyak sekaligus mengelakkan masalah jerawat. Senggugut juga turut hilang dan emosi menjadi lebih stabil.

Antara kebaikan GLA Complex:

  1. Menghilangkan sakit sengugut.
  2. Turut mengandungi vitamin E. Vitamin E berfungsi membantu menghilangkan parut jerawat.
  3. Mengurangkan rasa gatal dan sakit pada jerawat
  4. Jerawat mudah kecut.
  5. Menghilangkan jerawat pasir.

2. Optimumkan Tahap Kesihatan Kulit

Cikta suggestkan adik-adik untuk mengambil Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee untuk memberi nutrisi kepada kulit muka dan badan secara menyeluruh. Sustained Release Vitamin C Plus ni merupakan makanan tambahan semulajadi yang diekstrak daripada jagung. Jadi ianya amat selamat untuk diambil ketika perut kosong dan tidak akan membuatkan adik gastrik.

Sustained Release Vitamin C Shaklee sangat unik kerana ianya mampu bertahan dalam badan selama 5 jam. Seperti yang adik-adik tahu, vitamin c merupakan salah satu vitamin yang bersifat Larut Air. Namun dengan adanya teknologi ‘Sustained Release‘ ini, vitamin C shaklee akan kekal didalam badan selama 5 jam dan dapat digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Jadi tiada pembaziran yang akan berlaku.

Vitamin C juga berfungsi sebagai antibakteria dan akan membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit adik. Kulit yang kaya dengan kolagen akan menjadi lebih cantik, kulit menjadi lebih anjal, semakin putih dan cerah, jerawat cepat kecut, jerawat tidak merah dan parut jerawat mudah hilang.

3. Elak Salah Pilih Produk Muka

Buka sahaja di media sosial sana-sini iklan produk kecantikan. Naik rambang mata dibuatnya. Ada yang sangat murah dan nampak berkesan. Jangan terpengaruh! Adik kena pastikan adik menggunakan produk penjagaan muka yang sesuai dengan jenis kulit dan bebas bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan paraben.

Baca Sini : Set Skincare Semulajadi Bebas Merkuri, Hydroquinone, Paraben dan 1500 Bahan Kimia Berbahaya.

Jika sekali sahaja tersalah pilih produk, ianya akan membuatkan jerawat dan kulit adik bertambah teruk serta rosak. Jadi sila berhati-hati ya!

4. Tukar Tudung Dan Anak Tudung Lebih Kerap

Ini juga penting! Pastikan tudung dan anak tudung yang digunakan sering dibasuh. Jangan dipakai berulang kali. Sebab tudung dan anak tudung yang dipakai berulang kali sebenarnya mengandungi banyakbakteria hasil gabungan peluh dan habuk/debu. Dengan menukar tudung dan anak tudung secara kerap, ianya membantu mengelakkan jangkitan bakteria di kulit muka sekaligus mengurangkan risiko mendapat jerawat terutamanya jerawat batuyang bernanah. Ish minta dijauhkan!

Testimoni.

Untuk terus membeli Set Jerawat Pelajar ini, Sila Klik:

Sekiranya adik mempunyai sebarang persoalan tentang produk Shaklee atau mungkin adik sedang tercari-cari peluang untuk menjana income tanpa modal yang besar serta dibekalkan produk yang berkualiti daripada Shaklee. Adik boleh menghubungi Cikta.

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge