Ikhtiar Bagi Penyakit Kencing Tikus Dengan Cara Selamat Dan Berkesan.

Penyakit Leptospirosis atau dikenali sebagai virus kencing tikus biasanya tersebar melalui air yang kotor dan tercemar oleh kencing tikus. Jika Anda mengalami tanda-tanda terkena virus ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ianya sangat bahaya dan boleh meragut nyawa! Sebanyak 2,234 kes dilaporkan dalam lima bulan pertama tahun ini. Statistik menunjukkan, jumlah kematian yang paling ramai direkodkan pada tahun 2014 iaitu 92 orang, diikuti 78 orang pada tahun berikutnya, 71 orang pada tahun 2013 dan 48 orang pada tahun 2012.

Akibat kelewatan untuk mendapatkan rawatan dan ramai orang menganggap ianya adalah demam biasa menjadi punca utama kematian. Jadi, penting untuk mendapatkan rawatan dengan segera penyakit kencing tikus supaya tidak membawa maut!

Penyakit Leptospirosis.

Ianya juga dikenali sebagai (penyakit weil grippotyphosa, dan canicola) penyakit yang disebabkan oleh kuman atau bakteria (Leptospira Interrogans) yang menghasilkan gejala, dimana ianya mungkin berlaku dalam 2 fasa. Pesakit mungkin berisiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang, hati, atau kegagalan pernafasan, meningitis atau kematian.

Penyakit kencing tikus bukan sahaja berpunca daripada tikus sebagaimana ramai orang faham. Tetapi ianya juga berpunca daripada air kencing haiwan dari banyak spesies seperti anjing, kuda, babi dan lain-lain. Bakteria ini mampu bertahan berbulan-bulan lamanya di dalam tanah dan juga air tawar.

Punca penyakit Leptospirosis

Puncanya ialah jangkitan bakteria (genus leptospira dan spesis interrogans) yang merupakan bakteria yang berbentuk spiral.

Bakteria leptospira ini menjangkiti perbagai jenis haiwan termasuklah seperti lembu, anjing, tikus, babi, kuda yang kemudian mencemari air sungai, tasik, tanah atau tanaman. Ianya terkandung di dalam air kencing haiwan yang dijangkiti oleh bakteria leptosis. Kemudian, bakteria tersebut akan menjangkiti manusia dengan memasuki aliran darah melalui kulit atau membran mukus atau ketika makan atau minum bahan yang telah dicemari oleh bakteria tersebut.

Golongan yang Terdedah Kepada Penyakit ini?

Antara golongan yang berisiko tinggi dijangkiti oleh penyakit ini ialah:

  • Petani
  • Doktor haiwan
  • Pekerja di pusat penyembelihan
  • Pekerja bawah tanah(lombong atau paip)
  • Askar/ Tentera
  • Berakit atau beraktiviti berhampiran kolam, tasik atau sungai yang dicemari oleh bakteria ini.

Gejala Penyakit Leptospirosis.

Tanda-tanda atau gejala Leptospirosis adalah berbeza dengan penyakit lain. Gejala boleh timbul selepas 2hari hingga 4minggu tempoh terdedah kepada bakteria. Antaranya ialah:

  • Demam panas
  • Menggigil
  • Sakit Kepala
  • Sakit Otot
  • Keletihan
  • Sakit tekak
  • Sakit perut
  • Cirit birit
  • Keletihan
  • Jaundis
  • Ruam
  • Mata Merah

Ianya biasanya berlaku dalam fasa yang pertama semasa terkena jangkitan. Ada sesetengah pesakit boleh sembuh, dan ada juga maju ke fasa yang kedua. Ada juga yang dijangkiti secara berulang hingga menyebabkan kerosakan organ.

Gejala fasa yang kedua, adalah lebih serius dimana pesakit:

  • Jaundis
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Pendarahan Paru-paru
  • Kejutan septic

Ianya adalah fasa yang kedua apabila dijangkiti penyakit Leptospirosis ini dan ianya juga dikenali sebagai penyakit weil. Jika tidak ditangani mungkin tidak ada cara untuk dipulihkan selama berbulan-bulan. Dan pesakit mungkin mengalami gejala kerosakan buah pinggang dan paru-paru. Gejala kematian fasa kedua ialah 1-5%.

Apakah Penyakit Weil?

Ianya adalah satu tahap di mana penyakit leptospirosis menjadi semakin teruk. Gejala penyakit weil biasanya selsema, sakit kepala dan menggigil. Jika ianya menjangkiti organ, ianya akan bertambah teruk. Organ-organ termasuklah:

  • Hati
  • Buah Pinggang
  • Paru-paru
  • Jantung
  • Otak

Rawatan Penyakit Kencing Tikus

Antara rawatan yang akan diberikan oleh Doktor ialah antibiotik seperti penicilin dan doxycycline. Doktor juga akan turut mengesyorkan “ibuprofen” untuk demam dan sakit otot.

Cara Mencegah Kencing Tikus.

Langkah pencegahan adalah kunci utama untuk mengelakkan kencing tikus. Langkah yang boleh di amalkan ialah:

  1. Elakkan Air yang Tercemar.

Elakkan minum air yang tercemar. Ianya juga boleh memasuki kawasan kulit yang terluka. Elakkan aktiviti seperti berenang, mandi atau ada sentuhan secara langsung dengan air tawar.

2. Jauhi Haiwan yang Berpenyakit Terutamanya Tikus Liar.

Tikus merupakan agen utama yang menyebarkan virus ini. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan tikus liar.

3. Berhati-hati dengan Persekitaran Anda, Terutamnya Ketika Melancong.

Di negara-negara yang berisiko, tahap kebersihan yang kurang memuaskan adalah lebih sukar untuk dielakkan. Jadi, anda hendaklah sentiasa peka dengan tahap kesihatan anda.

4. Gunakan alat Perlindungan.

Jika pekerjaan anda leih terdedah kepada virus ini, gunakan alat perlindungan seperti googles, kasut bot dan sebagainya.

Anda masih ingat Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi di mana mereka adalah selebriti yang dijangkiti virus kencing tikus. Jadi, segeralah ikhtiar jika anda atau ahli keluarga yang diserang virus ini. Kuasa penyembuhan hanya pada Allah, kitalah yang perlu berusaha

Bolehkah Ikhtiar Penyakit Kencing Tikus dengan Shaklee?

Suplement yang bertindak untuk membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan bakteria ini. Antaranya ialah:

1.Vivix

  • Membantu meningkatkan sistem imun badan
  • Membantu menggalakkan fungsi kesihatan seluruh badan
  • Membantu memulih dan memelihara sel sehingga ke peringkat DNA supaya sistem badan dapat berfungsi dengan baik

2. Nutriferon

  • Merupakan penggalak sistem imun yang sangat hebat, hasil 40 tahun kajian yang dijalankan oleh ahli imunologi Jepun.
  • Ianya akan mengaktifkan sistem pertahanan badan dan menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imun badan kita.

3.Vitamin C

  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
  • Membantu melawan bakteria
  • Membantu membersihkan salur darah.

Testimoni 

[SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON]

Sebelum ini saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.

Tanda-Tanda

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.

Kritikal dan Masuk ICU

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.

“Confirm” Virus Kencing Tikus

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.

Cuba Vivix dan Nutriferon

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.

Konsisten consume Shaklee hari ke 7 dan start kerja

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.

Bagaimana Vivix dan Nutriferon berfungsi

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen Shaklee. Anda boleh menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge