Ikhtiar Memulihkan Penyakit Strok Berkesan Dengan Vivix Shaklee

Angin ahmar atau nama lainnya strok akan berlaku apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Bahagian otak tersebut tidak menerima oksigen yang mencukupi , yang menjadikan keadaan dimana sel-sel otak akan rosak dan mati serta mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak tersebut lumpuh atau tidak dapat berfungsi.

Angin ahmar atau strok merupakan kecederaan saraf yang serius. Masalahnya adalah kehilangan fungsi saraf dengan tiba-tiba. Ianya dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal atau kematian jika tidak dirawat dengan cepat.

Jenis-jenis Angin Ahmar.

Terdapat 2 jenis angin ahmar iaitu:

  1. Ischemic

Jenis ini akan berlaku apabila salur darah ke otak tersumbat. Salur darah ini tersumbat disebabkan oleh ketulan darah atau bila ada arteri yang mula sempit dipenuhi dengan kolestrol dan benda-benda berlemak yang lain melekat pada dinding salur darah.

  1. Hemorrhagic

Jenis ini berlaku disebabkan salur darah pecah, darah terkeluar dari salur darah dan membunuh sel otak. Salah satu penyebab strok jenis ini ialah masalah tekanan darah tinggi.

Punca-punca Angin Ahmar.

  1. a) Keadaan kesihatan seseorang

Punca angin ahmar atau strok adalah termasuk lanjutan usia, masalah tekanan darah tinggi, masalah kencing manis atau diabetis, masalah kolestrol yang tinggi, masalah hipertensi, gangguan jantung, arteriosklerosis(pengerasan pembuluh darah), migrain dan sejarah keluarga juga boleh menyebabkan terjadinya angin ahmar.

Berdasarkan statistik iaitu 80% pesakit yang menghidapi masalah darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko tinggi menghadapi masalah serangan angin ahmar.

b) Pemakanan dan gaya hidup.

Amalan merokok merupakan salah satu punca terjadinya masalah angin ahmar atau strok ini. Selain itu, Pola pemakanan yang tidak seimbang seperti gemar dan selalu makan makanan segera, makanan yang di proses dan makanan ringan antara yang menyumbang kepada penyakit ini. Ditambah lagi dengan mengabaikan aktiviti bersenam. Sikap negatif seperti mudah marah, murung juga turut menjadi penyumbang kepada seseorang itu untuk diserang angin ahmar.

Antara Tanda-tanda Serangan Angin Ahmar.

Antara tanda-tanda serangan angin ahmar atau strok adalah seperti:

  1. Merasakan kepala seperti berpusing, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas
  2. Rasa bingung,celaru dan keliru
  3. Sebelah mata kabur secara tiba-tiba
  4. Hilang keseimbangan badan secara mengejut dan susah untuk berjalan.
  5. Berasa seperti hendak mati dan kaku atau kebas pada muka,tangan,kaki serta sebahagian tubuh sahaja
  6. Rasa mual atau muntah-muntah
  7. Terasa seperti mahu pitam atau pengsan secara tiba-tiba
  8. Sukar untuk bertutur dan perkataan yang disebut tidak jelas

Cara Merawat Penyakit Strok

  1. Cuba elak dan berhenti merokok

Amalan merokok boleh menyebabkan atherosclerosis iaitu pengerasan dinding pembuluh darah dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.

  1. Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan yang berlebihan.

  1. Penyakit jantung

Sekiranya terdapat masalah atau gangguan pada jantung seperti dengupan tidak teratur atau kadar kolestrol tinggi, anda mestilah mendapatkan rawatan susulan doctor. Ini bagi mengelakkan terjadinya serangan angin ahmar.

  1. Kawal stress dan tekanan perasaan.

Stress boleh mengganggu kesihatan jantung, jadi cuba kawal stress dengan baik.

  1. Jaga diet pemakanan

Lebih makan sayur-sayuranan dan buah-buahan. Ini adalah kerana, makanan berserat dapat mengawal dan mengurangkan lemak, garam serta gula. Kurangkan makan daging merah kerana lemaknya boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras.

  1. Kawal berat badan dan ketahui BMI anda

Obesiti atau masalah berat badan adalah meningkatkan risiko untuk serangan angin ahmar atau strok. Ianya juga meningkatkan risiko kepada penyakit kronik lain seperti diabetis, darah tinggi, serangan jantung dan lain-lain.

  1. Bersenam

Dengan amalan bersenam kita mampu menurunkan tekanan darah serta menyihatkan badan disamping dapat membakar lemak secara sihat.

  1. Jauhi minuman alkohol

Meminum minuman keras boleh menjadikan tekanan darah meningkat naik,malahan umat Islam haram meminumnya.

Vivix Shaklee Membantu Masalah Angin Ahmar Atau Stroke.

Vivix Shaklee adalah minuman botanical iaitu sejenis cecair pekat yang berwarna merah. Ianya terhasil daripada gabungan kandungan anggur muskat, lobak ungu,  elderberi dan Knotweed Jepun.

Vivix Shaklee mengandungi kandungan polyphenol dan resveratrol yang 10 kali lebih efektif daripada hanya resveratrol sahaja. Ianya tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semulajadi ,tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Apakah itu Resveratrol?

Ianya antioksidan yang kuat, anti-inflamasi, anti-kanser dan banyak lagi fungsi Vivix ini, antaranya

  • Membantu melindungi dan membantu memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati, abnormal yang terjadi akibat daripada serangan berjuta-juta perosak setiap hari seperti radikal bebas disekeliling kita
  • Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula.
  • Vivix membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan bantu menghalang pengoksidaan kolestrol LDL iaitu kolestrol jahat. Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular atau jantung.
  • Vivix juga sangat tinggi anti-oksidan yang dapat membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Kandungan elderberry berfungsi untuk membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, angin ahmar atau dan serangan jantung.
  • Manakala kandungan lobak ungu dapat membantu dalam kesihatan salur darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan bagi mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Pengguna Vivix Shaklee menunjukkan bukti bahawa Vivix Shaklee banyak membantu pemulihan pesakit yang diserang strok atau angin ahmar.

Testimoni.

Ikutilah kisah seorang isteri yang gigih berusaha mencari penawar untuk menyembuhkan suaminya yang diserang angin ahmar atau strok dalam video di bawah.

Rawatan untuk masalah angin ahmar atau strok ini kebiasaannya adalah dengan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku dan ianya akan memakan kos serta belanja yang sangat tinggi. Jadi jika anda fikir Vivix Shaklee mahal, sila fikir sekali lagi jika ianya berbaloi dan membantu diri sendiri atau yang tersayang untuk lebih sihat.

Untuk terus membeli Vivix Shaklee :

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Vivix, produk shaklee yang lain atau peluang perniagaan yang Shaklee tawarkan. Boleh hubungi Cikta. In shaa Allah Cikta akan bantu sebaiknya.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge