Kelebihan Daftar Ahli Shaklee 2018 Bagi Anda Yang Bekerja

Tidak sampai beberapa hari duit gaji sudah pun tidak nampak bayang. Mana tidaknya sebelum dapat gaji panjang berjela list untuk hutang sudah sedia menunggu. Nak diabaikan nanti bertambah pula bil-bilnya. Dengan Bil air, elektrik, astro, wifi dan macam-macam lagi. Sudahnya bekerja sebulan gajinya habis dalam beberapa jam sahaja. Sedihkan?

Sampai bila Anda harus bertahan dengan keadaan seperti ini? Oleh kerana keadaan inilah ramai yang kini memilih untuk berniaga bagi menampung keperluaan dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Bila berkata tentang perniagaan atau bisnes, ramai orang yang bersemangat pada mulanya tetapi dek kerana tiada ilmu, puluhan ribu modal hangus begitu sahaja. Lagi perit apbila perniagaan telah terkubur tapi pinjaman perniagaan pula harus dilunaskan. Serik yang teramat.

Nanti dulu. Jangan serik sangat! Jom jana pendapatan sampingan tanpa had dengan Shaklee tanpa modal. Ya Anda boleh memulakan bisnes tanpa modal. Jom teruskan pembacaan Anda.

Anda Perlu Menyertai Bisnes Shaklee!

Buat pengetahuan Anda, Shaklee bukan sahaja mempunyai produk yang dijamin kualitinya malah Shaklee mempunyai pelan perniagaan yang sangat bersesuaian dengan semua. Terutamanya yang sedang mencari idea serta peluang untuk membuat bisnes bagi menambah pendapatan.

Antara 5 kelebihan bisnes Shaklee berbanding bisnes jenis konvensional yang lain adalah:

  1. Modal Yang Sangat Rendah Dan Tidak Ada Risiko

Bisnes konvensional selalunya memerlukan kedai dan pekerja. Majoriti peniaga akan berusaha untuk mendapatkan pinjaman bagi menyelesaikan deposit kedai, renovasi, membeli stok serta gaji pekerja. Kos-kos banyak dihabiskan sebelum bisnes mula beroperasi lagi. Sudahnya banyak bebanan hutang yang perlu ditanggung sebelum perniagaan mula beroperasi.

Nak cerita sikit, Cikta pun pernah menjalankan perniagaan menjual desert atau makanan pencuci mulut beserta penghantaran. Cikta dan partner menghabiskan lebih daripada RM10,000 untuk kos-kos seperti chiller, stock dan bayaran untuk sewa tapak bagi menyertai mana-mana event.

Memang sangat laku masa mula-mula berniaga. Semua Nampak macam menguntungkan sahaja. Tapi hakikatnya Cikta dan partner berhempas pulas untuk pusingan modal. Beberapa event yang kami pergi, kami Cuma dapat penat sahaja. Tapi Cikta bersyukur kerana banyak yang kami belajar.

Tapi kini dengan bisnes Shaklee, Cikta boleh dapat pendapatan dalam bulan pertama Cikta serius berniaga. Walhal modal hanyalah RM75. Anda tidak  ada risiko untuk muflis kerana anda tidak membuat mana-mana pinjaman perniagaan. Senang hati kan?

  1. Formula Bisnes Yang Sedia Ada

Bisnes Shaklee adalah Perniagaan yang mempunyai formula menarik serta telah diguna dan berjaya. Anda tidak perlu menghadiri mana-mana seminar pemasaran mahal-mahal yang belum tentu keberkesanannya untuk memulakan bisnes Shaklee. Hanya perlu mendaftar dengan Mentor yang betul.

Mungkin agak susah untuk mencari mentor dalam bisnes konvensional. Ini kerana, kebiasaannya Anda tiada pertalian dengan mereka. Tetapi didalam bisnes Shaklee ianya sangat berbeza, orang yang bertanggungjawab menaja anda (upline) perlu memastikan anda berjaya untuk mereka lebih berjaya. Di dalam Bisnes Shaklee impian anda adalah penting bagi upline anda. Tiada istilah anda bekerja untuk upline anda. Serious!

Malah, upline akan berusaha supaya lebih agresif untuk memastikan anda lebih berjaya daripada mereka. Itu adalah satu keunikan bisnes Shaklee yang tiada pada bisnes lain.

  1.  Jenama Besar Dan Sudah Lama Dipasaran Serta Diyakini Keberkesanannya.

Shaklee telah bertapak didalam dunia perniagaan sejak  103 tahun yang lalu iaitu dari tahun 1915. Shaklee merupakan jenama yang sangat komited dengan kualiti produknya dan berusaha untuk mengubah kehidupan manusia kearah yang lebih baik dan sihat. Shaklee telah melalui lebih daripada 6 kali zaman kegawatan ekonomi dunia dan masih berdiri teguh sehingga kini.

Contohnya kontrak Shaklee bagi menaja minuman hidrasi untuk angkasawan NASA telah pun masuk tahun ke 26. Banyak kejayaan yang telah Shaklee capai daripada dulu hingga kini.

  1. Franchise Mampu Milik

Jika Anda berminat dengan sistem bisnes francais anda tentu tahu franchise ini memerlukan modal yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit, maka hanya sedikit sahaja orang yang mampu untuk menceburinya.

Bisnes Shaklee dikenali sebagai ‘People Francise’. Ini bermaksud Anda boleh buka seberapa banyak cawangan di semua tempat tanpa kos. Contohnya kami di Celikvitamin Group mempunyai cawangan atau rakan niaga di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Sekiranya ada pelanggan yang mahukan perkhidmatan penghantaran (COD) Cikta tak risau, rakan niaga Cikta ada dimerata tempat. Mudah kan?

Kesimpulannya, dengan modal permulaan yang sangat rendah iaitu RM75 ramai pengedar Shaklee yang berjaya mendapat pendapatan bulanan sehingga 4, 5 dan 6 angka. Malahan Anda juga boleh memulakan bisnes Shaklee ini Tanpa Modal. Ingin tahu Whatsapp Cikta. Anda juga boleh jika anda tahu caranya. Dengan ilmu, bimbingan mentor dan usaha yang berterusan, Anda pasti boleh berjaya!

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge