Kenali Jenis-jenis Tiroid Dan Gejala-gejalanya.

Masih tidak ramai yang mengetahui sejauhmana merbahayanya  penyakit Tiroid dan tidak sedar bahawa penyakit ini boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan baik. Menurut kajian, kaum wanita adalah lebih mudah diserang penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Selain boleh mengakibatkan kematian, masalah tiroid ini juga boleh menyebabkan perubahan kepada kehidupan penghidapnya dari segi emosi dan tenaga. Oleh kerana itu, penting bagi penghidap, keluarga terdekat serta masyarakat sekeliling untuk memahami kesan-kesan masalah ini dan memberi sokongan dan dorongan agar penghidapnya mampu melalui situasi ini dengan sebaiknya.

2 hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar tiroid ialah hormon tiroksin (T4) dan juga triodotiroksin (T3). Hormon inilah yang berfungsi mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) setiap manusia. Sekiranya tiroid tidak berfungsi dengan baik, ianya akan memberi kesan keatas aspek kesihatan, terutama berat badan, emosi dan tenaga.

Jenis-Jenis Tiroid.

Utama – Hipertiroidisme dan Hipotiroidisme.

  1. Hipertiroidisme

Masalah ini akan berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Antara penyebab masalah ini adalah :

  1. a) Grave’s disease – antibodi di dalam badan yang menyebabkan tiroid membesar serta mengeluarkan hormon berlebihan. Kebiasaannya sel tiroid orang yang menghidapi masalah ini akan mengeluarkan hormon berlebihan
  2. b) Thyroiditis – tiroid bengkak. Kebiasaannya keadaan ini boleh baik dengan sendirinya.
  3. c) Toxic nodule goiter – apabila terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Tanda-tanda Hipertiroidisme.

– Bengkak dibahagian leher

– Cirit birit

– Sentiasa berdebar-debar

– Gementar dan gelisah, terketar-ketar

– Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang

– Tahap kesuburan menurun

– Kurang daya tumpuan

– Angin yang tidak menentu. Kebiasaannya tidak dapat mengawal emosi walaupun oleh kerana benda yang kecil sahaja.

– Kejang otot

– Osteoporosis (kereputan tulang)

– Senang berpeluh, berpeluh dengan banyak.

– Suhu badan naik, tidak tahan panas

– Rambut tidak kuat

– Sukar untuk bernafas

– Sukar untuk tidur

– Tekanan darah naik

– Turun berat badan walaupun selera naik

– Lemah badan

Untuk Set Supplement Terbaik Untuk Masalah Hipertiroidisme Cadangan dari Shaklee, sila klik SINI

  1. Hipotiroidisme

Masalah ini akan berlaku apabila kelenjar tiroid tidak lagi berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Pengambilan ubat untuk merawat fungsi tiroid dimakan secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah ini.

Tanda-tanda Hipotiroidisme.

– Bengkak kaki

– Ingatan terganggu

– Rasa malas dan kuat tidur

– Badan sering terasa sejuk dan lemah

– Daya ingatan menurun

– Hilang deria rasa dan bau

– Kadar pengepaman jantung perlahan

– Kulit jadi lesu dan pucat

– Kulit kering

– Masalah kesuburan

– Telinga tidak dengar, tinitus (telinga berbunyi)

– Otot mudah kejang dan bengkak

– Percakapan lambat

– Pertambahan berat badan

– Rambut gugur.

– Rendah nafsu terhadap seks

– Sakit kepala

– Sembelit

– Suara menjadi serak

– Tidak tahan sejuk

Untuk Set Supplement Terbaik Untuk Masalah Hipotiroidisme Cadangan dari Shaklee, sila klik SINI

Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee. Bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah di Malaysia sejak 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge