Ketahui Apa Itu Penyakit Vertigo Dan Puncanya

Suami Cikta pernah mengalami masalah vertigo ini dulu. Setahun mesti ada 4 atau 5 kali MC disebabkan masalah ini. Pada mulanya memang kami biarkan saja masalah ini sehingga 1hari Suami Cikta terpaksa admitted dalam 6hari dan di cadangkan untuk operate oleh Dr pakar ENT kerana keadaan vertigo sudah teruk. Suami Cikta mengalami vertigo disebabkan sinus yang teruk. Masa itu, sinusnya telah terkena jangkitan kuman.

Operation itu menelan belanja yang tinggi. Untuk cerita lanjut sila klik SINI.

Apa Itu Vertigo?

Vertigo adalah merupakan keadaan yang amat mengganggu. Ini kerana, ianya sering menyebabkan yang mengalaminya harus banyak berehat untuk sementara waktu. Vertigo ini akan menyebabkan mereka merasa seperti berpusing dan bergegar sehingga seolah-olah semua objek atau benda disekeliling mereka seperti bergerak dan berputar.

Sekiranya ianya terjadi dalam waktu terus menerus maka boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala yang teruk, mual, muntah dan pengsan. Bagi mencari rawatan untuk masalah vertigo anda harus mengetahui apa sebenar puncanya.

Apakah Punca Vertigo?

Vertigo ini akan terjadi apabila terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan seseorang. Untuk pengetahuan kita bersama, keseimbangan tubuh manusia adalah dikendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat ianya akan terus memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan.

Gangguan vertigo ini pula akan menyerang apabila terdapat gangguan pada bahagian dalam telinga serta penglihatan. Gangguan dalam telinga dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ianya boleh menyebabkan pekak dan tidak boleh berdiri dengan betul, akibat hilang keseimbangan. Takut kan?

Ini juga mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh berikut:

  • Pemakanan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak)

  • tabiat merokok.
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi) akibat tidur yang tidak cukup dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak dan menyebabkan oksigen tidak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Keradangan dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Berlakunya gangguan saraf di sekitar mata. Ini akan menyebabkan sistem keseimbangan tubuh juga terganggu.
  • Akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf.
  • Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.

Apakah Gejala Vertigo?

  1. Merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
  2. Merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan ini boleh datang dan pergi.
  3. Menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala.
  4. Merasakan penglihatan bertindih
  5. Merasakan kesukaran bernafas, berpeluh
  6. Merasakan pergerakan jantung yang cepat.
  7. Mengalami masalah untuk menelan dan bercakap serta deria merasa menjadi lemah secara tiba-tiba.

Perlu Dapatkan Rawatan.

Anda perlu mendapatkan rawatan sekiranya mengalami:

– pening kepala yang teruk

– demam yang tinggi

– penglihatan menjadi bertindih atau kurang jelas

– masalah bercakap atau mendengar

– kelemahan kaki dan tangan

– ketidakupayaan untuk berjalan

– pitam, kebas, sakit dada

– muntah-muntah tanpa henti.

Untuk cadangan makanan tambahan untuk membantu mengurangkan gejala Vertigo ini. sila klik SINI.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge