Ketahui Punca Migrain Dan Cara Mengatasinya Dengan Selamat Serta Berkesan.

Bila borak dengan seorang kawan yang menderita sakit kepala yang teruk akibat migrain. Seriously kesian. Mana tidaknya bila kena sahaja, sampai berguling sakit. “Rasa macam nak hentak kepala ke dinding” Takut pula Cikta dengar kalau sampai tahap macam tu. Ada tu sampai kena minta MC disebabkan migrain ni. Kalau sekali 2 mungkin okay tapi kalau dah selalu sangat. Siapa nak layan kan?

Lebih membimbangkan lagi bila sakit sahaja telan pil tahan sakit. Seperti semua sedia maklum, pengambilan ubat tahan sakit secara berpanjangan adalah tidak baik untuk kesihatan dan ianya boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain. Ianya juga hanya sekadar menghilangkan rasa sakit dan bukan merawat puncanya. Jom kita berkenalan dengan Migrain ni, barulah nampak macamana cara mengatasi dan mungkin merawat puncanya.

Apa itu Migrain?

Migrain adalah keadaan dimana seseorang mengalami kesakitan yang berpanjangan dan ianya dialami pada sebelah bahagian kepala sahaja dan ianya sering berulang-ulang. Apabila migrain terjadi, pesakit terpaksa menahan kesakitan yang lama iaitu selama beberapa jam atau terpaksa berehat dengan berbaring selepas makan ubat. Selain mengalami sakit kepala, pesakit juga mungkin merasakan ketidakselesaan pada perut seperti angin, pedih, loya atau muntah.

Apa Punca dan Penyebab Migrain?

Dikatakan Migrain sebenarnya adalah berpunca daripada pembesaran saluran darah dan bahan kimia yang terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Ketika sakit , arteri temporal yang terletak di bawah kulit tengkorak membesar. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan kesakitan dan pembesaran arteri.

Antara penyebab lain migrain adalah seperti:-

  • alahan dengan perkara tertentu seperti cuaca,  lampu terang, bunyi kuat, bau tertentu seperti bau minyak wangi
  • tekanan fizikal atau emosi
  • tidur tidak teratur

  • Amalan merokok
  • Berpuasa atau menahan lapar
  • pengambilan alkohol
  • simptom PMS atau Menopouse
  • ketegangan akibat sakit kepala
  • Mengambil makanan yang mengandungi tyramine seperti wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, makanan mengandungi bahan perasa monosodium glutamat (MSG) atau nitrat seperti daging khinzir, sosej dan salami

Bagi mereka yang menderita akibat migrain, Anda perlulah mengambil tahu punca-punca yang menyebabkan serangan migrain berlaku. Dengan cara ini, gejala migrain mungkin boleh dikurangkan. Sekiranya ianya berpunca daripada pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan seharian dan mengelakkan daripada mengambil makanan yang menjadi punca kepada serangan migrain itu tadi.

Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang boleh menyebabkan migrain seperti tekanan dan sebagainya. Mungkin anda boleh elakkan atau jauhi. Amalan cara hidup yang lebih sihat juga dikatakan mampu mengurangkan dan mengatasi masalah migrain. Pengambilan Supplemen Shaklee juga amat digalakkan kerana ianya adalah selamat dan semulajadi serta terbukti di dalam membantu menangani masalah migrain. Untuk maklumat lanjut tentang supplement Shaklee yang dicadangkan untuk masalah ini serta testimoninya boleh klik di SINI.

Jika Anda memilih untuk sihat dengan supplement Shaklee atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Shaklee, boleh terus menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge