Peluang Untuk Surirumah Menjana Income Dari Rumah Tanpa Meninggalkan Anak-anak

“Baru hari ini gaji, esok sudah habis!”

“Dah gaji tapi masih tak mampu nak bayar hutang!”

“Suami kerja siang dan malam sampai tiada masa untuk keluarga tapi gaji masih tidak mencukupi”

Pernah tak anda mengalami masalah seperti berikut? Jika ya anda mungkin memerlukan sesuatu untuk menjana income tambahan untuk membantu memperbaiki ekonomi keluarga anda.

Terkadang anda terfikir untuk sama-sama bekerja bagi membantu suami memperkukuhkan lagi ekonomi rumahtangga tetapi macam-macam yang bermain difikiran. “Anak-anak siapa nak jaga? Jika anak sakit pula macamana?” Itulah dilema seorang ibu dan surirumah yang tiada pendapatan sendiri.

Teringin juga kadang-kadang ingin membeli keperluan diri sendiri seperti baju dan tudung baru, skincare yang bagus, makanan yang sedap serta macam-macam lagi. Tapi dek kerana ekonomi keluarga yang tidak mencukupi terpaksalah tahan keinginan itu dan dahulukan keperluan anak-anak. Betul kan?

Jangan risau kini anda mampu menjana 3 atau 4angka hanya dari rumah. Yang penting, anak-anak tidak terabai. Serious!

Pengalaman Cikta Sendiri Menjana Income Dari Rumah.

Perniagaan Shaklee Mesra Surirumah

Zaman sekarang ini janganlah kata duit tidak penting. Memang duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Dan masalah rumahtangga dan punca terbesar penceraian adalah berpunca daripada masalah duit. Jadi tolong jangan nafikan kepentingan duit ini.

 

Dengan menggunakan teknologi terkini yang sedia ada, anda boleh memilih untuk membuat bisnes Shaklee hanya dari rumah sahaja. Senang sahaja dimana anda tidak perlu keluar meninggalkan anak-anak untuk bekerja. Hanya klik klik daripada rumah sahaja.

Shaklee telah menyediakan satu sistem online yang di mana anda boleh memesan pesanan secara terus dan Shaklee akan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda. Seperti sistem dropship tetapi bezanya anda tidak perlu risau sama ada supplier anda jujur dan boleh dipercayai atau tidak. Jangan tidak tahu, sekarang ini macam-macam cara orang mahu mendapatkan duit hingga sanggup menipu. Ada kawan cikta join dropshipper dan ambil order daripada pelanggan, sudahnya duit pelanggan-pelanggan semua beliau kena ganti kerana supplier yang offer barang yang hendak dipos direct keppada pelanggan hilang entah kemana. Kesian kan?

Untuk pelanggan yang berhampiran dengan anda pula, mungkin anda boleh membuat penghantaran COD kepada mereka. Sambil-sambil buat penghantaran ini selalunya Cikta dan suami ambil peluang untuk bawa anak-anak berjalan dan menghabiskan masa bersama. Untung runcit setiap jualan sahaja dah boleh cover kalau anak mahu makan yang sedap-sedap. Best tau!

Kemudahan online seperti medium Facebook, Blog, Instagram dan lain-lain sangat membantu untuk anda mempromosikan produk tanpa perlu keluar dari rumah dan mencari pelanggan. Semua ini pilihan anda. Jangan risau semuanya akan diajar.

Jom Jadi Business Partner Cikta

 

Untuk berjaya di dalam bidang perniagaan ini, anda memerlukan seseorang untuk menjadi mentor dan membimbing anda supaya sentiasa di landasan yang betul. Macam di sekolah dulu, kita ada cikgu untuk mengajar kan? Macam itu juga dalam dunia perniagaan. Anda akan rasa lost jika anda tidak ada ilmu.

Di dalam bisnes Shaklee terutamanya bersama Geng Ibu Ohsem dan CelikVitamin Group, kami mempunyai sistem sokongan yang kuat dan mentor-mentor yang sangat hebat. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang ada yang cikgu, Doktor falsafah, engineer, akauntan, surirumah dan banyak lagi.

Anda sebagai protege akan dibimbing di dalam kumpulan khas supaya segala maklumat mudah disampaikan dan prestasi anda dapat dipantau dari semasa ke semasa. Ini adalah satu kelebihan yang anda mungkin tidak dapat di tempat lain. Bukan sahaja dari segi jualan, marketing tapi anda juga akan selalu diberi motivasi untuk selalu bersemangat untuk terus maju. In shaa Allah.

4 Kelebihan Memulakan Perniagaan Shaklee Dengan Group Yang Betul Dan Telah Berjaya.

Produk Shaklee Sangat Berkualiti dan Berkesan

Anda kena tahu, jika produk yang dijual tidak berkualiti, secanggih mana pun sesuatu perniagaan itu pastinya ianya tidak akan kekal lama. Ianya sekadar trend datang dan pergi. Anda tentu mahukan sesuatu bisnes itu dijalankan dalam tempoh yang lama kan?

Testimoni Cikta sendiri

 

Inilah kelebihan jika anda memilih membuat perniagaan Shaklee, kekuatan utama bisnes Shaklee ini adalah disebabkan produknya. Boleh dikatakan setiap bulan pelanggan akan membuat pembelian kerana sesiapa yang merasai kebaikan produk shaklee ini kebiasaannya tidak mahu berhenti mengamalkannya. Dan yang paling best ada juga diantara pelanggan-pelanggan Cikta yang dahulunya hanyalah pengguna kini berjaya menjadikan shaklee sebagai pendapatan sampingan. Best tau sambil makan sendiri untuk kesihatan diri, kami tak kedekut untuk berkongsi produk yang best ini dengan semua orang.

Testimoni Cikta Sendiri

Kebanyakan daripada peniaga-peniaga Shaklee datangnya dari ahli makan sendiri yang mana telah mendapat kesan positif dari Shaklee dan ingin orang lain juga merasainya. Serious seronok!

Pendapatan Yang Tidak Terbatas.

Unlimited Income. Pendapatan didalam Shaklee bergantung kepada usaha dan semangat anda. Sebab itu pemilihan mentor dan group untuk mendaftar adalah sangat penting untuk membuatkan anda sentiasa bersemangat dan mempunyai ilmu yang mencukupi untuk mencapai segala impian anda. In shaa Allah!

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Cikta untuk sama-samma menjadi surirumah yang berpendapatan sendiri bagi membantu suami anda memperkukuhkan ekonomi rumahtangga. Sila hubungi Cikta. Cikta adalah pengedar Shaklee yang berdaftar secara sah sejak tahun 2013. Kini Cikta adalah leader didalam group Celikvitamin Group dan Sr Supervisor Shaklee yang telah melahirkan supervisor yang berpendapatan 4angka sebulan. Jom la contact Cikta segera.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge