Petua Untuk Merawat Chickenpox Secara Semulajadi Dengan Mudah Dan Berkesan

Penyakit Chicken pox atau nama lainnya cacar air sesuatu yang sangat membimbangkan. Ianya bukan sahaja menjangkiti golongan kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut berisiko dijangkitinya. Chickenpox atau cacar air adalah jangkitan dari virus “varicella zosta”. Tetapi jangan risau ianya boleh diselesaikan dengan rawatan yang betul.

Jadi, jom ikuti beberapa petua semulajadi untuk rawat chicken pox atau cacar air agar cepat sembuh.

Penyakit Chickenpox

Penyakit chickenpox atau cacar air boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu penyakit cacar air dan juga penyakit cacar api. Penyakit cacar air ini lebih dikenali sebagai chickenpox ianya terjadi apabila seseorang itu dijangkiti virus “varicella zosta”. Ianya biasa menjangkiti golongan muda, kanak-kanak, bayi ataupun remaja. Tidak ketinggalan orang dewasa yang biasanya dijangkiti cacar api yang dikenali sebagai “herpes zoster” atau “shingles”.

Punca Penyakit Chickenpox

Ianya berpunca daripada sejenis virus iaitu “varicella zosta” dan ianya mensasarkan golongan muda. Oleh kerana itu, ramai golongan muda yang berisiko terkena chickenpox jenis ini. Virus ini berjangkit atau tersebar melalui bersin, batuk mahupun meludah (jika seseorang itu telah ada virus ini). Jadi, kalau boleh elakkan daripada duduk berhampiran dengan orang yang dijangkiti virus ini.

Bagi mereka yang mengalami cacar api, virus ini akan kekal bertahun-tahun dalam sistem saraf mereka sehingga ianya aktif semula. Mereka yang terlibat akan mengalaminya kembali. Seram kan?

Gejala Penyakit Chickenpox

Penyakit ini haruslah dikenalpasti segera secara teliti untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya ianya tidak berulang atau bertambah lebih teruk. Oleh itu, para ibu bapa khususnya perlu take alert dan sentiasa peka. Antara gejala atau tanda-tanda penyakit ini adalah seperti:

  • Demam
  • Ruam merah
  • Ruam yang akan berasa sangat gatal
  • Ruam yang mempunyai cecair, jika digaru akan menjadi pecah
  • Ruam yang akan hilang dalam masa seminggu
  • Tiada selera makan
  • Sakit kepala
  • Rasa tidak bermaya
  • Otot akan berasa lebih sakit

Walaupun kelihatan tidak teruk dan tidak serious, langkah rawatan segera jangan diabaikan kerana ianya sangat kritikal dan harus dirawat dengan segera supaya kembali cegas untuk meneruskan aktiviti harian.

Rawatan Untuk Penyakit Chickenpox

Anda tidak perlu risau kerana dengan memberikan rawatan yang segera, penyakit chickenpox in shaa Allah akan hilang. Antara rawatan yang akan diberikan ialah:

  • Vaksin.

Vaksin adalah salah satu langkah pencegahan supaya tidak mudah mendapat jangkitan dan tidak menular kepada orang lain.

  • Ubat Acyclovir.

Ianya ubat yang akan diberikan kepada pesakit cacar api.

Petua Rawat Chickenpox

Anda juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan beberapa petua atau cara yang berkesan untuk chickenpox cepat sembuh, iaitu:

  • Mandi dengan Kerap

Tidak perlu mandi menggunakan sabun kerana sabun boleh menyebabkan keradangan. Hanya mandi dengan air biasa sahaja bagi tujuan mengeluarkan panas badan.

  • Daun Semambu

Daun semambu ini dikatakan amat mujarab untuk mengurangkan serta menghilangkan rasa gatal dan cepat mengeringkan ruam akibat chickenpox.

Cara pertama, ambil segenggam daun semambu dan kisar hingga hancur. Selepas mandi, letakkan pada ruam-ruam merah sehingga ianya kering.

Cara kedua, anda juga boleh mencampurkan daun semambu ke dalam besen berisi air dan biarkan anak berendam (cara ini sesuai untuk kanak-kanak). Tetapi harus diingatkan bahawasanya anda perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak semasa rendam anak di dalam besen untuk mengelakkan anak daripada lemas dan sebagainya.

Cara ketiga, anda juga boleh melapik daun semambu semasa tidur. Kemudian alaskan dengan kain batik.

  • Minum Air Kelapa

Air kelapa bagus untuk dijadikan penawar. Minum sedikit air kelapa bagi tujuan mengeluarkan panas badan.

  • Minum Air Yang Banyak

Anda juga perlu minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi dan menyejukkan badan.

5. Berpantang Makan

Kawal pemakanan semasa diserang chickenpox. Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi gula kerana ianya melemahkan sistem imun badan. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, elakkan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti seafood, telur, ayam, bilis dan sebagainya.

6. Kuarantin

Ambil sedikit masa berehat dengan secukupnya. Elakkan daripada keluar ke tempat-tempat awam yang ramai orang dan sesak. Ini kerana chickenpox ini boleh berjangkit.

Set Chickenpox Shaklee

Anda dicadangkan untuk makan Set Chickenpox Shaklee ini untuk menguatkan sistem imun badan supaya cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Set Cadangan untuk Chickenpox Shaklee ialah:

Set cadangan untuk chickenpox shaklee semenangnya berkesan dan diakui ramai. Jangan tunggu lagi! Boleh terus membeli set ini dengan hanya klik di sini.

Anda juga boleh menghubungi Cikta sekarang untuk set chickenpox shaklee ini atau anda juga boleh mendapatkan diskaun jika anda mendaftar sebagai ahli.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge