Tips Atasi Masalah Anemia Atau HB Rendah Dengan Diet Dan Pemakanan Yang Betul.

Masalah Anemia atau HB rendah sering menjadi igauan ngeri ibu-ibu yang sedang hamil. Ramai yang susah hati mengenainya tapi ramai juga yang membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Ini adalah kerana kurang faham tentang masalah anemia yang dihadapi. Mari kita ambil tahu serba sedikit mengenai Anemia atau HB rendah.

Anemia ini boleh berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi seorang lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi seorang wanita ialah 12-16 gram/dL.

Ibu Hamil Berisiko Menghidapi Anemia.

Bagi seorang ibu hamil, jumlah haemoglobin adalah  10-15 gram/dL. Jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu berisiko menghidapi anemia. Dimana ibu akan dibekalkan dengan pil tambah Darah dan Dinasihatkan untuk mengamalkan diet tambah darah.  Ibu hamil yang tidak mengambil suplemen asid folik dalam jumlah yang mencukupi adalah memiliki risiko tinggi untuk menghidapi anemia.

Tanda Anemia

Anemia dapat dikenali dari tanda-tanda berikut ini:

  • Badan terasa lemah dan cepat lelah.
  • Kulit kelihatan pucat atau kekuningan.
  • Degupan jantung tidak teratur.
  • Nafas pendek.
  • Kepala terasa berpusing.
  • Sesak dada.
  • Tangan dan kaki terasa sejuk.
  • Sakit kepala.
  • Sukar memberi perhatian kepada sesuatu.
  • Insomnia.
  • Kaki kerap kejang.

Komplikasi Anemia

Jika tidak ditangani, masalah anemia berisiko menyebabkan beberapa komplikasi seperti berikut:

  • Keletihan yang teruk. Jika tidak diatasi dengan cara yang baik, masalah anemia akan menyebabkan keletihan yang melampau sehingga mengganggu aktiviti seharian.
  • Kerosakan akibat jangkitan. Kekurangan zat besi yang menyebabkan anemia dapat mempengaruhi  kemampuan sistem imun dalam memerangi pelbagai patogen, sehingga ibu hamil itu anemia lebih senang terdedah kepada penyakit berjangkit
  • Komplikasi dan gangguan kehamilan. Wanita hamil yang kekurangan asid folik berisiko mengalami gangguan ketika kehamilan dan perkembangan janin. Selain itu, anemia juga akan menyebabkan si ibu mengalami masalah kemurungan postpartum selepas melahirkan dan gangguan pada bayi yang dilahirkan, seperti:
    • Kelahiran pramatang sebelum minggu 37.
    • Berat badan di bawah normal.
    • Masalah pada kandungan zat besi dalam darah.
    • Keputusan ujian keupayaan mental yang buruk
  • Masalah jantung. Anemia dapat menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur. Ini disebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih sukar untuk mengimbangi kekurangan oksigen dalam darah. Keadaan tersebut akan menyebabkan pembesaran jantung atau gagal jantung.
  • Kematian. Beberapa anemia yang bersifat pembawakan, seperti anemia sel sabit, bisa menjadi serius dan mengancam hidup penghidapnya. Kehilangan darah tanpa pengendalian yang baik dapat menyebabkan anemia yang kronik dan boleh menyebabkan kematian.

Makanan Tambah Darah.

Makanan yang dicadangkan untuk tambah darah bagi pengidap Anemia:

  1. Daging merah
  2. Brokoli
  3. Pisang
  4. Kekacang
  5. Hati
  6. Bayam
  7. Kerang
  8. Daging ayam
  9. Telur
  10. Oat
  11. Delima
  12. Madu
  13. Kurma
  14. Kismis

Set Tambah Darah Shaklee

dav

Vitalea Iron Formula

  • membantu melengkapkan nutrisi bagi yang mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral terutama mereka yang mengalami anemia

B Complex

  • Membantu mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan pembentukan antibodi

Sustained Release Vitamin C

  • Membantu mengoptimumkan lagi penyerapan  zat besi dalam darah.

#Elakkan daripada minum susu sejam atau kurang sejam sebelum dan selepas makan suplemen ini atau ianya akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Ini kerana susu akan mengurangkan penyerapannya.

Testimoni

Untuk Terus membeli Set Tambah Darah ini, sila klik :

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk produk Shaklee, Anda bolehlah menghubungi Cikta. Cikta adalah pengedar Shaklee yang sah di Malaysia sejak tahun 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge