Tips Atasi Masalah Sendi Dengan Cara Selamat Dan Berkesan

Penyakit sendi memang masalah yang terkenal tak kira usia tetapi kebiasaannya masalah ini dialami oleh mereka yang berumur. Masalah ini adalah masalah yang sangat mengganggu.

Sendi berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih tulang dan bagi melicinkan pergerakan. Kesakitan yang dialami menandakan berlakunya kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi tempat sakit, jangka masa dan tahap kesakitannya. Semua ini adalah berbeza bagi setiap individu.

Punca Sakit Sendi

Masalah nyeri di bahagian sendi adalah kesakitan yang berlaku pada penghubung tulang dengan tulang. Ianya menyebabkan pergerakan dan aktiviti harian terganggu. Kebanyakan pesakit tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka tetapi kesakitan itu berpunca daripada bahagian otot, ligamen, tisu luaran dan saraf pangkal.

Antara punca lain yang boleh menyebabkan masalah sendi adalah:

  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Sakit dari pangkal saraf ( saraf terhimpit)
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Ligamen atau otot terkoyak akibat aktiviti yang berat, terseliuh, postur yang tidak betul atau pergerakan yang tidak betul
  • Ubat-ubatan
  • Penyakit kronik

Siapa Yang Berisiko Menghidap Masalah Sendi?

Antara mereka yang berisiko mengalami sakit sendi adalah seperti :

  • Mereka yang lanjut berusia
  • Altet yang banyak menggunakan pergerakan sendi
  • Individu yang mengalami masalah lemah otot peha sejak kecil
  • Individu yang mempunyai rutin/aktiviti harian yang berat

Cara Mencegah Sakit Sendi

  • Elak mengangkat barang yang berat
  • Menjaga postur badan – postur yang betul
  • Tidur di atas tilam yang keras

  • Bersenam – memastikan sendi dan otot berfungsi dengan lancar
  • Kurangkan berat badan
  • Melakukan sedikit senaman ringan selepas memandu, berdiri atau duduk terlalu lama.
  • Kawal stress

Cara Mengurangkan Keradangan Sakit Sendi

Sakit sendi sangat mengganggu dan pesakit pastinya akan mencari jalan paling cepat dan mudah untuk mengurangkan rasa kesakitan itu. Namun begitu, sekiranya tidak dirawat daripada puncanya, masalah sakit sendi pasti akan berulang dan semakin parah dari sehari ke sehari. Usia semakin meningkat, aktiviti harian semakin terbatas dan menjadikan pesakit mengalami masalah kemurungan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala sakit sendi adalah seperti :

  • Penggunaan ‘splint’ (pengampu) untuk memberi rehat yang secukupnya kepada sendi tertentu.
  • Lakukan tuaman sejuk/panas (cold/hot press) kepada sendi yang mengalami kesakitan bagi mengurangkan keradangan (kemerahan) dalam anggaran 30 minit.
  • Urutan lembut juga membantu mengurangkan kesakitan
  • Gunakan kasut bertumit rendah dengan tapak yang lembut
  • Bijak mengawal stress
  • Dapatkan rawatan khusus untuk masalah sendi
  • Gunakan ubat tahan sakit bagi mengurangkan sakit dengan cepat
  • Amalkan Supplement atau makanan tambahan untuk mengisi lompong nutrisi akibat daripada makanan seharian. Untuk cadangan supplement daripada Shaklee, sila klik SINI.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai masalah kesihatan, penyusuan, kehamilan dan lain-lain bolehlah terus berhubung dengan Cikta. In shaa Allah Cikta akan memberikan jalan penyelesaian secara percuma. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge