Tips Kurus Dengan Selamat Dan Mudah Seperti Lisa Surihani

Baru-baru ini Lisa Surihani membuat kejutan apabila tampil lebih ramping ibarat anak dara setelah melahirkan anak keduanya. Lisa telah memuat naik beberapa tips yang diamalkannya bagi mengurangkan berat badannya. Menurut Lisa, tips yang diamalkannya ni walaupun berkesan buatnya namun mungkin tak sesuai untuk orang lain. Tapi apa salahnya kita cuba kan?

Actually macamana pun tips yang diberi atau dibaca, yang penting kita. hendak atau tidak untuk melakukannya. Dan apa pun teknik yang kita apply pastikan ianya adalah selamat dan tidak merbahayakan kesihatan diri sendiri. Takkanlah nak kurus dan cantik dengan cara yang tidak selamat. Contohnya dengan cara mengambil racun berjadual seperti sibutramine. Ianya amat berbahaya dan perlu dielakkan.

Tips Kuruskan Badan Lisa Surihani

Berikut adalah merupakan 4 tips kuruskan badan yang diamalkan Lisa Surihani:

1. Bertukar kepada beras herba ponni

Kebiasaannya kita semua menggunakan beras biasa. Namun begitu  Lisa Surihani memilih untuk menggunakan beras herba ponni dalam usaha bagi mengurangkan berat badannya. Ini adalah kerana, beras herba ponni mengandungi serat yang lebih tinggi berbanding beras biasa. Walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, ianya mampu membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

2. Mengurangkan gula dalam makanan dan minuman

Rasanya semua sudah maklum, gula merupakan salah satu penyebab kenaikan berat badan sekira ianya diambil secara berlebihan. Oleh kerana itu, Lisa sebolehnya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman hariannya.

3. Mengamalkan ‘intermittent fasting’

Ini adalah kaedah diet yang mudah dan tidak menyeksakan. Seperti penjelasan oleh Dr. Siti iaitu seorang Doktor yang pakar dalam bidang pemakanan dan nutrisi , caranya dengan bahagikan masa selama 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk makan. Diet yang fleksibel ini adalah bergantung kepada keselesaan individu.

Intermittent fasting ini boleh dilakukan ketika anda sedang tidur. Sebagai contoh, diet ini dimulakan pada pukul 8 malam sehingga 12 tengahari keesokan harinya. 8 jam berikutnya, anda boleh makan dengan kerap tetapi syaratnya kena makan dengan kuantiti yang sedikit dan terkawal. Masa yang sama, perlu kerap minum air kosong dan seboleh-bolehnya elakkan minuman atau makanan yang manis.

Ianya adalah diet dengan cara mengatur pola makanan.Seperti berpuasa cuma perbezanya ialah ianya hanya dilakukan dalam tempoh tertentu. Diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan masalah dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh berpuasa.

Dr. Siti Aniza Basir juga telah membuat satu perkongsian tentang intermittent fasting dalam laman Facebook peribadinya.

“IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis. 
Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast.
Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan/breakfast.

Apa kebaikan IF??

Banyak!!

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”

Biar betul Doktor?

Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.

‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,

Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan

Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan

Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16?jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 /1030pagi!

Tatacaranya banyak :

As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok bekfes 630 pagi.

Bila dah ok ,buat 14 jam . Ie 630 pm dinner dan 830 am bekfes

Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 630 pm , bekfes merangkap lunch kul 1030.

Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .

Its fleksible . Buat ikut keperluan . Cth , smlm ada kenduri makan kul 830 pm , esok tu xyah bekfes, terus lunch!

Lapar ?

In between tu , anda boleh untuk

1. Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee 
5. Tea

No 3,4,5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap xboleh gula , boleh la pi mamak mintak teh sarbat ! Abab nanti !

Pastu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay ! Tapi No Refined Sugar and Processed Food !

Lepas dah ok buat Daily .

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu….”

4. Melakukan exercise

Lisa Surihani tidak melakukan senaman berat. Cukuplah sekadar senaman ringan yang boleh lakukan agar kekal fit seperti berbasikal, berjogging, lompat bintang, berlari atas treadmill dan sebagainya. Senang kan?

Untuk Produk yang selamat dan berkesan untuk membantu Anda dalam mengurangkan berat badan tanpa menggelebeh sila klik SINI.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee sejak tahun 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge