Tips Memudarkan Dan Menghilangkan Jeragat Dengan Penjagaan Kulit Yang Selamat Daripada Bahan Kimia Bahaya.

Bila tengok cermin ada sahaja yang tak kena.  Mana tidaknya kulit makin kering, sudahnya jeragat makin jelas kelihatan .Stress kan? Sudah masanya penjagaan kulit jangan diabaikan dan perlu dititik beratkan. Diri kita adalah pemberian daripada Allah yang wajib dijaga dan dihargai termasuklah kulit. Jadi macamana nak hilangkan jeragat ini?

Punca-punca Terjadinya Jeragat.

Mari kita berkenalan serba sedikit dengan punca-punca terjadinya sang jeragat ini. Sedikit ilmu ini mungkin boleh membantu anda mengurangkan risiko jeragat yang degil ini daripada terjadi. Jika anda memang sudah mempunyai jeragat mungkin boleh pudarkan dan hilangkan sedikit demi sedikit. In shaa Allah.

Antara punca-punca terjadinya masalah jeragat ialah:

  1. Matahari

Semua tahu sinaran matahari memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Tapi jika terlalu terdedah dibawah terik sinarannya ianya boleh menyebabkan kerosakan kepada sel kulit.

Sinar matahari mengandungi sinar Uv yang mungkin boleh memudaratkan kulit

  • Uv A (Aging) – Ianya akan membuatkan kulit kita akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
  • Uv B (Burn) – Ianya akan menyebabkan melanin keluar bagi melindungi lapisan kulit dari sinaran uv itu tadi.

Dan lebih teruk jika terlalu terdedah dengan Uv ni boleh juga mengakibatkan Kanser kulit.

Penghasilan melanin untuk melindungi lapisan kulit daripada terlalu terdedah daripada sinaran uv yang mengakibatkan masalah kanser itu tadi yang menyebabkan terjadinya jeragat. Jadi perlulah kita mengelakkan dari terlalu terdedah dengan cahaya matahari jika ingin mengelakkan masalah jeragat.

  1. Kehamilan

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah berkaitan kulit. Ini adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Jadi wanita hamil disarankan untuk mengambil nutrisi secukupnya dalam pemakanan seharian untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Masalah yang biasa dihadapi oleh ibu hamil adalah seperti kegatalan, rekahan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.

Sesetengah orang, jeragat akan timbul semasa hamil dan akan pudar serta hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga yang terus mengalami masalah jeragat dan ianya payah untuk pudar dan hilang.

  1. Rawatan berkait dengan hormon

Menurut kajian yang dijalankan, kebanyakkan wanita yang menjalani rawatan hormon tidak kira diambil dalam bentuk pil, suntikkan atau tanaman banyak mengalami masalah jeragat. Masalah jeragat ini disebabkan hormon yang tidak stabil. Ramai yang mengalami masalah jeragat selepas mereka mengambil perancang kehamilan.

  1. Ubat- ubatan

Pengambilan pelbagai jenis ubat yang memberi kesan sampingan pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru yang sihat dan aktif.

  1. Wangian dalam produk.

Wangian dalam produk seperti dalam pewangi badan, kosmetik atau pewangi pakaian misalnya yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘. Ianya juga adalah diantara punca terjadinya masalah jeragat.

  1. Hypothyroidism

Ianya dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah. Masalah ini akan berlaku apabila kelenjar tiroid tidak lagi berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Boleh baca mengenai hipotiroid disini

Set Penjagaan Dari Luar.

Anda mempunyai pilihan untuk memilih skincare yang betul bagi masalah jeragat yang degil ini. Shaklee juga mempunyai cadangan skincare untuk masalah jeragat ini iaitu Set Skincare Youth.

Skincare Youth adalah penjagaan wajah yang sangat selamat dan berkesan kerana ianya hanya mengandungi kandungan semulajadi, tanpa sebarang bahan pengawet, bebas daripada bahan kimia dan dijamin 100% BERKESAN. Kajian menunjukkan 100% orang yang telah mencuba Youth ini akan mengalami perubahan dalam 3 hingga 7hari. Dan 2/3 daripada mereka yang mencuba nampak muda 10tahun dari usia sebenar.

“100% PROVEN WITHOUT COMPROMISE”

Untuk penjagaan kulit dari dalaman boleh klik sini.

Testimoni.

Untuk terus membeli Set Skincare Youth ini. Sila klik :

Cikta juga pengguna Set Skincare Youth tau. Inilah hasilnya :

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Set Skincare Youth Shaklee atau produk lain yang sesuai dengan masalah kesihatan anda. Sila hubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge