Tips Mengatasi Masalah Pori Besar dan Terbuka Secara Berkesan Serta Selamat.

Masalah pori besar memang perkara yang biasa berlaku dan ianya sangat mengganggu. Mungkin ianya nampak remeh tetapi ramai wanita yang berusaha mencari produk kecantikan untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk mengecilkan pori yang besar dan terbuka kebiasaannya mereka akan memilih produk yang kurang tepat. Zaman kini memang banyak lambakan produk kecantikan yang berada dipasaran, tapi tahukah semua banyak kes kulit rosak dan semakin teruk selepas mencuba produk-produk kecantikan yang merepek yang ada dipasaran.

Murah Tapi Membunuh.

Kini banyak produk-produk kecantikan yang menjanjikan kulit yang cantik dan licin semakin berleluasa di Malaysia. Daripada yang sah mempunyai sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehinggalah yang hanya ada testimoni semata-mata. Ramai pula yang sanggup menggunakan krim atau produk kecantikan tersebut kerana percayakan janji yang kulit akan cantik dalam masa beberapa hari hingga tidak cakna apakah kandungan yang terkandung dalam produk kecantikan tersebut. Bahan kimia yang biasa digunakan didalam kebanyakkan produk penjagaan wajah atau skincare dan kosmetik bagi mempercepatkan proses mencantikkan kulit adalah seperti hydroquinone, merkuri dan plumbum.

Kandungan-kandungan ini adalah sangat berbahaya. Kesan jangka pendek penggunaanya adalah seperti :

  1. Wajah akan membengkak terutamanya di kawasan sekitar mata, bibir dan pipi.
  2. Kulit mengelupas dalam jangkamasa 1 hingga 2 hari dan kulit akan jadi semakin nipis.
  3. Kulit muka akan kelihatan seperti terbakar (burn) dan kadangkala kesannya akan kekal.

Ngeri kan? Maka sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu produk skincare atau kosmetik yang bertujuan untuk mencantikkan kulit, sila rajinkan diri untuk mengkaji dan menyemak kandungan didalamnya terlebih dahulu. Jangan hanya terlalu pentingkan harga yang murah hingga mengabaikan kualitinya. Ingat! Kulit dan organ kita tidak ternilai harganya. Jadi jaga dan berikanlah yang terbaik untuk diri sendiri. Takkanlah dengan diri sendiri pun nak berkira kan?

Pori Besar Dan Terbuka Sangat Mengganggu.

Masalah pori terbuka membuatkan wajah kita kelihatan seperti berlubang-lubang. Pori ini adalah liang roma yang mana fungsinya bagi kulit bernafas. Cuma yang membezakan pori setiap orang adalah saiz antara besar atau kecil. Ianya berfungsi mengeluarkan minyak dan jika aktif ianya akan mengeluarkan minyak dengan kerap dan mengakibatkan teroksidan, kotoran melekat, bakteria membiak dan tersumbat atau kadangkala campuran sel-sel kulit mati menyebabkan saiznya akan semakin membesar.

Liang Pori Boleh Dikecilkan?

Sekiranya liang pori anda sudah besar ianya tidak boleh di hilangkan tetapi kita boleh memperbaikinya dengan mencari produk yang sesuai untuk mengecilkannya.  Ianya mengambil masa sedikit.

Anda boleh mencuba untuk mengecilkan pori anda dari dalam dengan mencari supplement atau makanan tambahan yang dapat menstabilkan hormon, bersifat antibakteria dan mempunyai antioksidan yang tinggi.

Set Supplement Cadangan.

 

Set vitamin yang Cikta cadangkan adalah Set Radiant 4 Shaklee :

Collagen Powder – berfungsi untuk membantu menganjalkan kulit seterusnya mengecilkan pori pori yang besar.

Sustained Release Vitamin C – dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen. Vitamin C bekerja bersama-sama kolagen bagi menghasilan kulit yang anjal dan bebas kedutan. Tanpanya, penghasilan kolagen akan terhenti.

GLA Complex – Kulit yang sihat bergantung kepada jumlah lipid kulit, terutamanya gamma-linolenic acid (GLA). Asid lemak ini memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Energizing Soy Protein (ESP) – Sumber protein yang berfungsi untuk :

– Membantu membekalkan Asid Amino yang diperlukan, yang tak boleh dihasilkan oleh badan.

– Membantu menyokong penghasilan sel kulit sihat.

– Membantu memperbaiki dan menghasilkan sel dan tisu kulit yang baru.

– Membantu mengasilkan hormon yang sihat, dan enzim penting untuk kulit.

– Membantu menyokong penghasilan Asid Amino Glutathione, yang membantu melindungi sel kulit daripada kerosakkan oleh sinaran matahari.

Set Skincare Bebas Kimia Terlarang.

Produk skincare Youth Shaklee ini membantu untuk :

– mengecilkan saiz liang pori

– membersihkannya supaya tidak tersumbat

– menghalang jerawat daripada berleluasa akibat pori tersumbat.

Anda wajib tahu liang pori yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan dinding pori menebal dan mengakibatkan kecacatan kekal.  Oleh itu, kita kerap perasan ada orang yang mukanya seakan-akan berlubang dan terlampau besar terutama kaum lelaki. Jadi jangan abaikan penjagaan dari luar juga.

Testimoni Sendiri.


Untuk terus membeli Set Radiant 4 :

Untuk terus membeli Set Skincare Youth Shaklee :

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee. Tidak kiralah supplement atau rangkaian skincarenya. Anda boleh terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak 2013. In shaa Allah Cikta akan membantu.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge