Tips Mengecutkan Bartholin Cyst Dan Mengelakkan Daripada Berulang-ulang.

Baru-baru ni ramai pula customers yang cari supplement untuk masalah bartholin cyst. Apa tu? Ianya ialah benjolan di alat sulit wanita pada bahagian bibir faraj dan ianya amat mengganggu aktiviti harian. Ini kerana, ketumbuhan ini akan membuatkan kita tidak selesa. Bagi mereka yang telah berkahwin, Bartholin cyst akan menganggu hubungan intim antara suami isteri.

Ada yang berpendapat bisul pada alat kelamin ini akan sembuh sendiri, Awas! Jangan dipandang remeh, ini kerana untuk pengetahuan semua sekira ianya tidak dirawat Bartholin cyst ini boleh dijangkiti kuman bakteria lalu keadaan menjadi semakin buruk mendatangkan sakit yang teramat sangat. Mari teruskan membaca untuk mengetahui serba sedikit tentang Bartholin cyst.

Bagaimana Bartholin Cyst Terjadi?

Bartholin ini adalah kelenjar di bahagian vagina. Dimana dibibir alat sulit wanita terdapat kelenjar bartholin ini. Fungsinya adalah bagi memberikan kelembapan pada vagina. Cyst ini pula terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan menjadi bengkak. Apabila kelenjar ini membengkak,maka terjadilah Bartholin cyst. Ianya dilihat seperti bisul di bahagian vagina dan berlaku di bahagian dalam. Bartholin cyst ini akan menjadi semakin menyiksakan dan sakit apabila di jangkiti kuman bakteria.

Kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh mengakibatkan cecair terbabit tersekat dan berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk benjolan cyst yang semakin lama semakin membesar dan menyakitkan sehingga menganggu aktiviti harian.

Punca Bartholin Cyst

Saiz bartholin cyst daripada kecil boleh menjadi sebesar bola golf. Punca Bartholin Cyst adalah seperti berikut:

  • Keputihan – Keputihan yang kronik punca kepada penyakit ini. Ramai yang memandang remeh tentang keputhan yang dialami. Sedangkan ianya menjadi tempat bakteria membiak.
  • Jangkitan bakteria – Jangkitan ini disebabkan oleh faktor kebersihan. Di antara penyebabnya ialah bakteria E.Coli
  • Penyakit kelamin – Penyakit kelamin boleh berlaku disebabkan selalu bertukar pasangan. Adalah dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan penyakit kelamin seperti Gonorhea dan sifilis yang sememangnya mendatangkan kemudaratan.
  • Faktor umur – Pertambahan umur seseorang wanita menjadi faktor semakin bertambah risiko untuk mendapat Bartholin cyst ini.

Rawatan Bartholin Cyst

Bartholin Cyst memerlukan rawatan sekiranya terdapat jangkitan kuman dan anda mengalami kesakitan pada bahagian tersebut. Saiz Cyst mempengaruhi rawatan yang diperlukan .Antara rawatan yang dicadangkan oleh doktor termasuklah :

  1. Berendam di dalam besen berisi air suam boleh mengecutkan dan mengeringkan cyst yang kecil dan dijangkiti kuman.
  2. Pembedahan kecil dilakukan untuk mengecutkan cyst bersaiz sangat besar dan yang telah dijangkiti.
  3. Antibiotik akan diberikan sekiranya cyst dijangkiti bakteria, doktor akan merawat dengan antibiotik untuk membunuh bakteria yang telah berjangkit pada cyst.

Adalah diingatkan bahawa Bartholin Cyst ini boleh berulang-ulang. Sebagai satu langkah berjaga-jaga untuk mencegahnya supaya ianya tidak berulang ialah Anda perlu menjaga kebersihan di kawasan sekitar vagina sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Menitik beratkan dari segi pemakanan, Pengambilan supplement dan gaya hidup sihat juga perlu agar fungsi sistem imun sentiasa ditahap terbaik supaya tidak mudah untuk  kita mendapat jangkitan.

Untuk cadangan supplement bagi masalah Bartholin Cyst ini. Boleh klik SINI

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, Anda bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee sejak tahun 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge