Tips Mengelakkan HFMD Menjangkiti Kanak-kanak Dengan Selamat Dan Berkesan.

Sekarang banyak kes HFMD diseluruh Malaysia. Risau pula jadinya. Almaklumlah ibu mana yang tidak risau jika anaknya menderita akibat penyakit tangan, kaki dan mulut ini atau yang dikenali sebagai Hand, foot dan mouth disease (HFMD).

HFMD Berpunca Daripada Jangkitan Virus.

Ini adalah kerana kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus yang boleh menyebabkan HFMD ini berlaku tetapi jenis paling biasa adalah virus coxsackie A16(CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ianya jarang berlaku.

Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain. Dr Syed Nazir berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ianya biasanya menyerang kanak-kanak yang di bawah 10 tahun, tetapi ianya juga boleh berlaku pada orang dewasa.

Simptom Dan Gejala HFMD.

Demam. Ianya akan bermula dengan demam ringan dan hilang selera makan.

Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan,tapak kaki dan kadang-kadang di punggung selepas 1 hingga 2 hari demam bermula.

Bintik-bintik merah mula timbul. Ulser di dalam mulut (Lidah dan tekak).

Kebiasaannya gejala HFMD akan mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari kepada seseorang yang terdedah kepada jangkitan.

HFMD Mudah Berjangkit

HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Wabak HFMD ini mampu berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain dengan hubungan terus (direct contact) melalui cairan daripada hidung, mulut, peluh mahupun najis yang menghidap HFMD. Wabak ini mampu berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.

HFMD tidak menjangkiti haiwan atau merebak daripada haiwan.

HFMD Boleh Menjejaskan Orang Dewasa.

Wabak HFMD ini jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Namun begitu, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini, ianya akan menjadi lebih teruk dimana keadaan kaki dan tangan akan membengkak.

Gejala HFMD Boleh Dicegah.

Gejala HFMD ini boleh dicegah dengan :

  1. Amalkan kebersihan diri, tempat tinggal dan sekeliling yang baik.
  • Cuci tangan sekembalinya daripada tempat kerja dan sebelum memegang anak kecil

  • Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas keluar daripada tandas, membersihkan najis bayi, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.
  • Menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.

  • Bersihkan dan cuci permainan anak-anak, perabut serta lantai dengan cecair pencuci dengan Basic H Shaklee.
  • Menggalakkan anak-anak supaya amalkan mencuci tangan selepas ke tandas, bermain dan sebelum makan.
  • Sentiasa menjaga kebersihan dalam dan persekitaran tempat tinggal
  1. Cuba elakkan daripada membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti wabak HFMD (kuarantin) seperti nurseri,pusat asuhan,taman permainan, pasaraya, pasar sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.
  2. Elakkan perbuatan seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti wabak ini.

Pentingnya Kuarantin

  1. Jika kanak-kanak yang dihantar ke nurseri, tadika,taska atau pusat asuhan dijangkiti HFMD adalah dinasihatkan supaya tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh bagi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak yang sihat. Tempoh diperlukan lebih kurang 10 hari dari hari demam atau sehingga hilang bintik-bintik merah pada tangan, kaki dan mulut kanak-kanak tersebut.
  2. Sekiranya perlu, premis atau institusi tersebut perlu ditutupdari tarikh mula sakit pesakit terakhir. Sekiranya berlaku di sekolah,memadai menutup kelas yang terlibat kerana semakin besar kumpulan kanak-kanak,semakin rendah risiko jangkitan.

Penjagaan Terbaik Bayi Semasa Dijangkiti HFMD.

Apabila anak anda dijangkiti wabak ini, ianya akan menyebabkan mereka kurang selesa dan perlu diingatkan ianya akan menyebabkan anda letih. Anda perlu menanti sekurang-kurangnya 7 hingga 14 hari untuk wabak ini reda. Tetapi Cikta yakin sebagai seorang ibu anda mampu membuat bayi anda berasa selesa. In shaa Allah!

Dibawah ini adalah antara usaha dan ikhtiar yang telah Cikta dan suami lakukan untuk anak-anak tercinta supaya kuat sistem imun mereka. 

Set Cadangan Untuk Kanak-Kanak membantu Meningkatkan Immunisasi .

  1. Meal Shakes- Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.
  2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunissi kanak-kanak.
  3. Vitamin C chewable- Disamping meningkatkan imunisasi,vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak
  4. Vitalea for Children – Multivitamin yang melengkapi jurang nutrisi dalam pemakanan si manja untuk perkembangan dan pertumbuhan sihat.

Untuk terus membeli Set ini sila klik:

Untuk membeli pencuci serbaguna basic H, sila klik :

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak tahun 2013.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge