Tips Pilih Skincare Yang Selamat Dan Berkesan Elak Dari Kulit Breakout.

Mungkin sebelum ini ramai tidak kisah dengan apa bahan kandungan dalam skincare yang ingin disapu diwajah sendiri. Asal sahaja nampak testimoni yang cun melecun mulalah terpengaruh tanpa usul periksa. Nanti dulu! Jangan begitu, anda perlu bijak untuk memastikan kulit anda cantik dan sihat.

 

Jom tonton video ini. Mungkin dapat membantu anda dalam memilih produk penjagaan muka yang lebih selamat dan berkesan.

Bahan Kimia Berbahaya.

Kini dipasaran terdapat banyak lambakan produk kecantikan dengan pelbagai janji manis contohnya ianya menjanjikan anda akan mendapatkan kulit yang licin dan cantik dalam masa yang sangat singkat. Persoalannya adakah kulit yang licin itu sihat? Kandungan merkuri dan hydroquinone yang terkandung didalam produk tersebutlah yang bertanggungjawab untuk membuat kulit anda licin seperti cermin.

Merkuri dan hydroquinone ini bahaya ke?

Ya. Ianya sangat bahaya dan boleh merosakkan sehingga 7lapisan kulit tau, ini menyebabkan kulit anda kelihatan cantik seperti kulit bayi. Jika diikutkan memanglah anda kelihatan cantik dengan kulit bayi, tetapi dari segi perlindungan kepada sinaran uv (cahaya matahari) dan pencemaran sekeliling bagaimana pula?

Perasan tak kulit yang sebegini akan kelihatan seperti udang yang disalai apabila berada di tengah panas. Ianya kerana tiadanya perlindungan. Sinaran uv boleh mengakibatkan kulit anda nampak tua dari umur sebenar, terbakar dan paling bahaya ianya boleh menjadi punca kanser kulit. Adakah anda sanggup menghidap kanser kulit demi ingin kelihatan cantik dalam jangkamasa yang pendek? Seram kan?

Kesan Buruk Merkuri

Raksa atau merkuri adalah logam berat yang sangat beracun. Tetapi ianya sering disalahgunakan dan diletakkan dalam produk kecantikan sebagai agen pemutih kulit wajah. Antara kesannya :

  • Jerawat tak pernah muncul kerana tiada liang pori-pori. Jerawat biasanya memang akan keluar setiap bulan ketika haid ini adalah normal
  • Kulit kelihatan dan menjadi merah serta sensitive
  • Kulit akan berminyak¬†secara berlebihan dan timbul jerawat yang banyak
  • Kulit bertukar menjadi kusam dan timbul ruam apabila semakin lama
  • Kulit semakin menipis
  • Terjadi pigmentasi dan berparut,
  • Timbul jerawat bernanah
  • Kegagalan kulit melawan bakteria
  • Perubahan atau kelunturan pada warna asal kulit yang ketara.
  • Kulit putih dengan cepat.
  • Diserap ke dalam saluran darah. Kesan jangka panjangnya ialah boleh merosakkan buah pinggang, ginjal dan gangguan saraf serta organ lain.

Kesan Buruk Hydroquinone

  • Bertindak menghalang pengeluaran melanin dan kulit menjadi semakin cerah tetapi lapisan kulit muka akan menjadi semakin nipis.
  • Jika terdedah secara berlebihan kepada cahaya matahari¬† muka akan menjadi merah dan pedih
  • Boleh menyebabkan sakit kepala, sukar bernafas, mual dan muntah jika masuk ke dalam saluran darah dalam kuantiti yang tinggi.

Rangkaian Set Skincare Bebas Hydroquinone Dan Merkuri

Youth Shaklee bukanlah skincare biasa-biasa. Youth is hope. Ianya telah melalui pelbagai kajian dan ujian sebelum dikeluarkan dipasaran. Cuba anda bayangkan ianya memerlukan 8tahun untuk dipasarkan. Lama bukan? Kajian dan ujian yang teliti itu adalah bagi memastikan skincare ini berkualiti, selamat dan berkesan apabila digunakan.

Beza Skincare Youth Dengan Skincare Lain Di Pasaran.

Ianya dibezakan dengan keberkesanannya dibuktikan melalui ujian klinikal. Ujian klinikal ini direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ianya mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data secara klinikal.

Antara salah satu kajian yang dibuat adalah ke atas kedutan wajah iaitu wrinkles. Skin Age Index ini mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut itu. Ianya sangat terperinci.

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti kedutan dan garis-garis halus, saiz pori-pori, tona kulit, kelembutan kulit, tekstur kulit, pigmentasi, keserian kulit dan kekenduran kulit.

Hasil telah menunjukkan 100% daripada mereka yang mengikuti kajian ini terbukti mengalami perubahan hanya dalam tempoh 3 hingga 7 hari sahaja dan 2/3 daripadanya berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun daripada sebelum menggunakan skincare Youth.

Berpuas Hati dengan Youth Skincare.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan produk Shaklee, anda boleh contact Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak 2013 lagi. dan jika anda berminat untuk merasai kehebatan Youth Skincare terlebih dahulu, Cikta juga ada menyediakan mobile spa dan skincare class. Jangan risau Cikta juga seorang Pengedar Youth yang mempunyai ilmu dibawah Celikvitamin Group.

Jom Contact Cikta Sekarang!

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge